Rabu, 16 November 2011

Nubuatan-Nubuatan akhir Zaman yang Palsu dan Gagal Total






Pengenalan
Tuhan Allah telah berfirman tentang nabi dan nubuatan.

Tuhan mulanya berfirman tentang keberhalaan di kalangan nabi-nabi. Jika seorang nabi menyokong pemujaan berhala atau Ilah lain maka nabi itu harus mati.

Jika seseorang berkata, “Demikianlah firman Tuhan” dan apabila ia tidak terjadi atau bertentangan dengan Alkitab maka nabi itu harus mati. Demikianlah setiap nabi palsu yang dibaptiskan ke dalam Tubuh Kristus, terbatas kepada Kebangkitan Kedua oleh anggapan itu.

Ulangan 18:20 Tetapi seorang nabi, yang terlalu berani untuk mengucapkan demi nama-Ku perkataan yang tidak Kuperintahkan untuk dikatakan olehnya, atau yang berkata demi nama allah lain, nabi itu harus mati.

Ulangan 18:22 apabila seorang nabi berkata demi nama TUHAN dan perkataannya itu tidak terjadi dan tidak sampai, maka itulah perkataan yang tidak difirmankan TUHAN; dengan terlalu berani nabi itu telah mengatakannya, maka janganlah gentar kepadanya."

Demikianlah firman Allah yang Hidup melalui hamba-hambaNya para nabi.

Syarat pertama Jemaat Tuhan ialah pembaktian kepada kebenaran, kerana Tuhan adalah Kebenaran dan firmanNya ialah Kebenaran (Yohanes 17:17). Roh  Kudus ialah Roh Kebenaran (Yohanes 14:17; 15:26). Roh Kudus memimpin kita kepada kebenaran dan kebenaran itu memerdekakan kita. Roh Kudus bekerja di kalangan umat pilihan yang dipercayakan segala Rahsia Tuhan. Justeru Roh Kudus, dalam kebenaran, mengembangkan Rencana Tuhan melalui Jemaat-jemaat Tuhan (lihat karya Kebenaran (No. 168)).

Umat pilihan ialah mereka yang menuruti Hukum-hukum Tuhan dan Kesaksian (atau iman) Yesus Kristus (Wahyu 12:17; 14:12). Mereka menyembah Tuhan dalam roh dan dalam kebenaran (Yohanes 4:24).

Dalam pesannya kepada orang Korintus, Paulus memberitahu kita bahawa Kasih tidak berkesudahan. Seluruh Hukum Tuhan berkisar sekitar dua sokoguru iman sebagaimana yang diwujudkan dalam Dua Perintah Terutama Hukum Tuhan. Kedua-dua sokoguru Hukum ini ialah Kasih akan Tuhan dan Kasih akan Sesama Manusia (lihat karya-karya Perintah Terutama Pertama (No. 252) dan Perintah Terutama Kedua (No. 257)).

Kita diberitahu bahawa Kasih tidak berkesudahan; nubuat akan berakhir; bahasa roh akan berhenti; pengetahuan akan lenyap. Pengetahuan kita tidak lengkap dan nubuat kita tidak sempurna. Tetapi jika yang sempurna tiba, maka yang tidak sempurna itu akan lenyap. Waktu itu kita semua akan mengetahui dengan sempurna dan nubuat akan berakhir (1 Korintus 13:8-10). Sebelum waktu itu Tuhan menyatakan RencanaNya dan bimbinganNya, dan menjelaskan segala Rahsia Tuhan melalui Jemaat-jemaat Tuhan, dan melalui hamba-hambaNya para nabi yang melayani jemaat-jemaat itu dan memperingatkan manusia.

Nubuatan palsu ialah kesalahan alkitabiah yang paling berat sekali, kerana ia merebut firman Tuhan lalu digunakan oleh para pengkritik sebagai bukti kegagalan Alkitab. Ini lazimnya, sebaik-baiknya, hanya ucapan belaka daripada pendeta yang tidak berpengetahuan, dan seburuk-buruknya, mungkin campur tangan Iblis dalam Rencana Tuhan.

Bab-bab awal Roma mengisahkan penindasan kebenaran Tuhan dengan kelaliman dan keingkaran.

Nubuatan palsu dan nabi palsu merampas kuasa Tuhan sebagaimana ia ternyata dalam Tubuh Kristus. Nabi-nabi palsu mencari penghargaan untuk diri mereka sendiri, sedangkan hamba Tuhan sepatutnya menjadi hamba semua dalam Tubuh Kristus.

Kami bermaksud untuk menangani, secara progresif dan teratur, semua kesalahan itu serta dasar kesalahan-kesalahan ini dan  salah tafsir nubuatan-nubuatan Alkitab sebagaimana yang dinyatakan oleh Tuhan melalui hamba-hambaNya para nabi. Kami berharap rakyat semua bangsa boleh mengetahui ajaran palsu yang telah digunakan, dan yang nyata masih digunakan, untuk mengekploitasi mereka sepanjang waktu.

Kita akan mengkaji, tahun demi tahun, semua nubuatan palsu yang dibuat oleh nabi-nabi palsu zaman akhir ini serta orang yang digembalakan dengan kesalahan-kesalahan mereka.

Kita akan mengkaji dasar-dasar kebenaran Jehovah Witness (Saksi Yehovah) yang tak segan silu, kegagalan sistem Jemaat-jemaat Tuhan, serta nubuatan palsu Herbert W. Armstrong dan sekutunya yang nampaknya bergelumang dalam kecenderungannya terhadap nubuatan palsu. Mereka sendiri masih meneruskan kelaziman nubuatan palsu ini seolah-olah ia jubah Elia yang harus dicapai dan dipertahankan. Semua ini dan lain-lain akan dikaji sampai waktu hari ini.

Akhir sekali, kami akan memperincikan apa yang akan terjadi dengan Jemaat dan peranannya dalam nubuatan serta Rahsia Tuhan.

Apa yang pelik sekali adalah hakikat bahawa pengikut nabi-nabi palsu ini nampaknya tidak peduli sedikitpun yang mereka berterusan dalam kesalahan dan penghujatan ini.

Kita semua melakukan kesilapan namun kerendahan diri dan ketulusan hati menuntut pengakuan. Malah mereka yang dipercayakan Rahsia Tuhan sekalipun boleh salah mengerti urutan nubuatan jika mereka tidak mempunyai pimpinan Tuhan. Jika seseorang ingin bersifat dogmatik, dia wajib melakukannya dengan betul.

Latar Belakang kepada pembahagian Jemaat-jemaat
Zaman Tiatira berakhir dengan Reformasi dan penganiayaan efektif gerakan Sabbatarian di Eropah oleh golongan Protestan yang baru muncul. Identifikasi kumpulan-kumpulan ini dan penganiayaan yang berlaku terkandung dalam karya-karya Distribusi Umum Jemaat Pemelihara Sabat (No. 122) dan juga Peranan Hukum Keempat di dalam Jemaat-jemaat Tuhan Pemelihara Sabat dalam Sejarah (No. 170).

Reformasi tidak bertujuan untuk menghapuskan jemaat-jemaat palsu Trinitarian dan yang berbakti pada hari Minggu di Eropah. Ia bertujuan untuk melindungi doktrin-doktrin palsu kultus-kultus matahari yang diancam kemusnahan oleh tunasusila dan keterlaluan sistem sesat Roman Katolik. Keadaan umum waktu itu lebih kurang berulang sekarang ini, sebagaimana yang kita semua lihat dengan tindakan undang-undang yang tak habis-habis terhadap jemaat-jemaat kerana kelakuan mereka yang menyimpang. Jemaat-jemaat Protestan tidak membetulkan apa-apa penting pada Reformasi. Mereka hanya memberikan rupa yang lebih dihormati kepada sebuah sistem pagan dan purba yang bertentangan dengan Kekristianan Alkitab. Mesin cetakan telah menyaksikan kemunculan Alkitab yang mudah didapati dan murah yang mendedahkan rupa sebenar sistem palsu itu. Kecelikan huruf Alkitab tidak boleh dihalang. Ini sudahpun dicuba dan telah gagal. Ia hanya mampu dilambatkan. Ia harus disalaharahkan demi keselamatan mereka. Melainkan sistem palsu itu memperlihatkan penampilan pembaharuan, ia pasti menemui ajalnya. Jadi ia mengadakan apa yang kemudiannya dikenali sebagai Reformasi Protestan. Umat Protestan mendapat namanya daripada kata-kata “Pro teste” yang bererti demi kebenaran Perjanjian Tuhan. Pihak Roman Katolik menukarnya kepada erti Protesting (Membantah) doktrin Roman Katolik. Golongan Protestan tidak menjangkau lebih jauh daripada Abad Keempat dalam pencarian mereka untuk kebenaran. Akibatnya, mereka membenarkan segala kesalahan daripada Augustine dari Hippo dan struktur Trinitarian awal. Malah mereka menganiaya Jemaat-jemaat Tuhan dengan lebih teruk lagi, jika itu mungkin, daripada Roman Katolik sebelum mereka.

Banyak denominasi Protestan timbul oleh sebab cita-cita manusia duniawi. Berdasarkan struktur persatuan rahsia, seperti Scottish Rite Freemasonry, jemaat-jemaat seperti Church of Jesus Christ of Latter Days Saints telah dibentuk. Mereka dipanggil Mormon sempena kultus orang mati mereka. Mormo merupakan dewa purba orang mati di kalangan orang pagan. Pemimpin mereka juga menggunakan nubuatan palsu dan nampaknya dibunuh oleh golongan Mason kerana pendedahan itu, serta penggunaan sistem dan upacara Mason untuk manfaat mereka sebagai sistem agama yang bersaing. Golongan ini juga kekal Unitarian namun pemahaman mereka terpesong. Kini barulah ia diperbetulkan sebahagian besarnya kerana penjelasan CCG tentang doktrin-doktrin Sifat Tuhan.

Agen-agen Trinitarian menempatkan banyak kesilapan yang meresap masuk ke dalam Jemaat-jemaat Tuhan. Banyak yang masuk melalui tindakan tidak berilham orang-orang yang tamak dan menyimpang yang ingin menggunakan Jemaat-jemaat Tuhan untuk kebaikan mereka sendiri.

Pada abad ke 19, dalam zaman Sardis, ada sebuah gerakan besar yang menjangkakan kedatangan Mesias. Ia disalaharahkan untuk menimbulkan keraguan terhadap pesan Alkitab yang jelas tentang kedatangan Mesias, dan untuk menimbulkan rasa kekecewaan serta mencetuskan keadaan yang akan menyaksikan orang ramai tidak mempedulikan nubuatan Alkitab sebagai suatu penyelewengan. Gerakan Jemaat Tuhan telah dipengaruhi oleh kumpulan yang kemudiannya dikenali sebagai Adventist, daripada konsep Advent (Kedatangan) Mesias. Beberapa doktrin palsu juga timbul daripada sistem Protestan, seperti teori Rapture (Kehilangan/Keghaiban) yang berasal dari England pada abad ke 18 (lihat karya Milenium dan Keghaiban (No. 95)).

Iblis setan telah mencetuskan fasa ini supaya satu keadaan dapat dicapai seperti yang tercatat dalam Perjanjian Baru bilamana dikatakan: “Tuhanku tidak datang-datang”.

Orang-orang ini telah didedahkan kepada Jemaat-jemaat Tuhan yang terdiri daripada pegawai-pegawai yang dipercayakan segala Rahsia Tuhan. Hakikatnya adalah sistem Sardis telah mati, dan tetap mati, dan tidak mempunyai, dan tidak pernahpun mempunyai pengertian penuh tentang nubuatan Alkitab. Situasi itu terjadi kerana mereka tidak pernah taat kepada kebenaran dan doktrin-doktrin Alkitab sepenuhnya seperti yang diajar di bawah Hukum-hukum Tuhan. Mereka tidak pernah menerima Kalendar Alkitab sepenuhnya seperti yang dipegang di bawah sistem Bait purba. Hasilnya adalah, golongan Adventist tidak memahami sistem Yobel dan Kalendar lengkap. Mereka hanya sampai hari Sabat saja. Langkah kecil itupun telah memecahkan gerakan ini kepada sebuah kumpulan hari Minggu serta kumpulan Sabat yang utama. Bagaimanapun, mereka Unitarian dan tidak berkompromi tentang Sifat Tuhan. Kumpulan itu, yang telah menerima doktrin-doktrin William Miller dan pasangan White, telah dimasukkan satu lagi doktrin iblis yang serius, iaitu doktrin vegetarianisme. Nabi perempuan palsu, Ellen G. White, kemudiannya lebih dipentingkan dan nubuatan-nubuatan palsunya diperkenalkan berulang kali. Ajaran-ajaran ini menjadi semakin bertujuan menyangkal sifat sebenar sistem milenium di atas bumi di bawah orang-orang kudus Jemaat yang dibangkitkan. Salah arah ini perlu, kerana nubuatan Alkitab menunjukkan bahawa sistem milenium ini bukan vegetarian. Manusia akan memakan daging secara teratur dan dipersetujui.

Kesilapan-kesilapan ini dibincangkan dalam karya-karya Penghakiman Pra-Advent (No. 176) dan Milenium dan Keghaiban (No. 95).

Ellen G. White kemudiannya akan menjadi nabi palsu paling berbahaya sekali daripada sistem pemelihara Sabat. Hanya beberapa orang saja yang dapat menandinginya dari segi kesilapan dan kerosakan kepada Jemaat-jemaat Tuhan dan sistem nubuatan di dalam pengurusan Rahsia Tuhan. Salah seorang ialah lelaki yang bernama Charles Taze Russell. Dia telah didedahkan kepada Jemaat-jemaat Tuhan pada abad ke 19, dan melihat potensi sistem kedoktrinan yang dijelaskan kepadanya. Dia melihat bahawa Sabat merupakan gangguan yang menyusahkan dalam usaha merekrut dan perluasan operasi yang menguntungkan, yang nyatanya adalah potensi perniagaan agama, khususnya di AS. Dia dan beberapa orang lagi mengasaskan (sebelumnya Zion) Watchtower dan Bible Tract Society (Persatuan Risalat Alkitab). Perbadanan ini memiliki apa yang menjadi organisasi yang dikenali sebagai Jehovah Witnesses. Mereka telah mengubah nubuatan Alkitab dan menyesuaikannya kepada sistem kebaktian hari Minggu, walaupun mereka taat kepada doktrin-doktrin Sifat Tuhan yang diperolehi daripada Jemaat-jemaat Tuhan pada abad ke 19. Mereka Unitarian sampai hari ini namun pengertian mereka dalam nubuatan begitu cacat sekali hingga boleh dijadikan suatu jenaka.

Perkembangan seterusnya dalam Jemaat-jemaat Tuhan menjadi perlu kerana Jemaat Tuhan tidak dihancurkan sepenuhnya oleh nabi-nabi palsu ini dan gerak-geri mereka. Jemaat-jemaat Tuhan terus bergerak ke arah pengambilan betul Kalendar Bait lengkap di bawah struktur Unitarian. Krisis berikut yang dialami datang di bawah Herbert W. Armstrong yang mengambil sistem Hillel Yahudi dan mengkorupkan jemaat-jemaat daripada Jemaat Tuhan (Hari Ketujuh) yang sebenarnya memelihara Kalendar sejati. Golongan Sabbatarian di Eropah Timur, yang terselamat daripada kematian golongan Waldensian dan Reformasi, terus utuh sehingga Nazi Holocaust. Sebahagian besar mereka dihapuskan pada waktu itu. Tuhan tidak mengenakan apa-apa lagi beban pada mereka (lihat Cox, Kohn, Para Pemelihara Sabat di Transylvania, CCG Publishing 1998).

Kita akan mula dengan tahun 1832 dan memerhatikan penglihatan Joseph Smith dan ramalan palsunya kemudian. Kita akan lihat bahawa orang-orang ini dan organisasi mereka tidak pernah meminta maaf kerana nubuatan palsu.

Joseph Smith
1832
Pada 1832, Joseph Smith, pengasas gerakan Mormon, telah mendengar suatu suara dan menafsirnya sebagai menyatakan bahawa jika dia hidup hingga umur 85 tahun, Yesus akan kembali. Tahun itu ialah 1890. Malangnya, menjelang tahun 1890, Smith sudahpun meninggal selama hampir separuh abad.

1833
Pada Januari 5, 1833, Smith meramalkan:
dengan hak kuasa Yesus Kristus yang beberapa tahun lagi akan datang … sampar [penyakit wabak], hujan batu, kelaparan dan gempa bumi akan menghapuskan orang jahat keturunan ini dari muka negara ini [AS], untuk membuka dan mempersiapkan jalan untuk kepulangan suku-suku Israel yang hilang dari negeri utara” (Teachings of the Prophet Joseph Smith, ms 17-18).

1835
Re: Joseph Smith:
“Presiden Smith kemudian menyatakan bahawa pertemuan akan diadakan, kerana Tuhan memerintahnya; dan ini dinyatakan kepadanya melalui penglihatan dan melalui Roh Kudus….Tuhan menghendaki agar mereka ditahbiskan ke dalam jabatan pendeta dan pergi memangkas kebun anggur untuk kali terakhir, untuk kedatangan Tuhan, yang sudah dekat – malah patut berakhir dalam lima puluh enam tahun.” (History of the Church, vol. 2, ms 182) (Mormons)

1838
Pada April 17, Joseph Smith berkata:
“Sesungguhnya, beginilah firman Tuhan: Adalah bijaksana hambaku David W. Patten, untuk membereskan segala urusannya secepat yang mungkin, dan mengatur barang dagangannya, supaya dia boleh melakukan satu misi untukku pada musim bunga berikutnya, dengan bertemankan orang lain, malah dua belas orang termasuk dirinya, untuk memberi kesaksian tentang namaku dan memberitakan khabar gembira kepada dunia. (Doctrine & Covenants 114:1) Mormons (perhatikan bahawa David W. Patten meninggal dunia pada Oktober 1838 justeru tidak pernah pergi dalam misi pada musim bunga berikutnya.)

Pernyataan ini: “Sesungguhnya, atau beginilah firman Tuhan” melayakkan Smith sebagai nabi palsu yang sengaja menurut pengenalpastian dan hukum Alkitab. Dia terus begini, seperti yang akan kita lihat.

Kini kita temui nubuatan palsu William Miller yang mula terbuka di samping nubuatan Joseph Smith.

1843
William Miller, pengasas gerakan Millerite, meramalkan bahawa Yesus akan datang pada tarikh ini 21 Mac, 1843.

Pada 18 Mei 1843, Joseph Smith mengumumkan:
“Aku bernubuat dalam nama Tuhan Allah Israel, kecuali kalau Amerika Syarikat membetulkan segala ketidakadilan yang dilakukan kepada Umat Kudus dalam negeri Missouri dan menghukum kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh para pegawainya, bahawa dalam beberapa tahun kerajaan akan digulingkan sama sekali dan dihancurkan, sampai satu pecahan barang tembikarpun tidak ditinggalkan…” (ibid., ms 302; tekanan ditambah) (Mormons).

Ellen G. White
1850
Ellen G. White membuat satu ramalan pada 27 Jun 1850 bahawa tinggal beberapa bulan saja lagi sebelum akhir zaman. Dia menulis: “Malaikat yang menemaniku berkata, ‘Waktu hampir tamat. Bersedia, bersedia, bersedia.’ …sekarang waktu hampir tamat…dan apa yang kita pelajari bertahun-tahun, mereka akan terpaksa belajar dalam beberapa bulan.

1856 atau lebih lewat: Pada ramalan terakhir Ellen White, dia berkata bahawa dia ditunjukkan dalam suatu penglihatan takdir para pengikut yang menghadiri konferens SDA 1856. Dia menulis “Aku ditunjukkan rombongan yang hadir di Konferens itu. Kata malaikat itu: ‘Sesetengahnya makanan untuk cacing, sesetengah mengalami tujuh tulah terakhir, sesetengah lagi masih hidup dan tinggal di atas bumi untuk diangkat pada kedatangan Yesus.’” Demikianlah dia bernubuat bahawa sesetengah hadirin akan mati kerana penyakit biasa; ada yang akan mati kerana tulah-tulah zaman akhir; dan orang lain masih hidup tatkala Yesus datang. “Menjelang awal 1900an semua yang telah menghadiri konferens itu telah meninggal dunia, dan meninggalkan dilema dengan Jemaat bagaimana untuk menjelaskan kegagalan nubuatan yang begitu penting.

Nubuatan palsu mereka bertujuan untuk menggabungkan doktrin-doktrin anti-Alkitab dan yang menyimpang sementara mempergunakan mereka yang ikhlas berusaha mengikuti Tuhan dalam apa yang dipandang mereka sebagai kumpulan-kumpulan sah orang yang berhak memberikan baptisan pengikut Yesus Kristus. Nampaknya atas dasar inilah mereka dapat mendorong apa saja doktrin pelik dan menyimpang ke atas orang percaya.

Kini kita berpaling kepada Jehovah Witness (JW) untuk memeriksa nubuatan-nubuatan palsu berulang mereka.

Charles Taze Russell dan Jehovah’s Witnesses
Amat sedikit organisasi mempunyai nubuatan palsu yang begitu banyak dan masih mendapat ketaatan pendengarnya yang mudah tertipu, jemaat-jemaat yang tidak mempertikaikannya. JW hampir tidak ditandingi oleh kumpulan Adventist dan kemunculan kemudian Radio dan Jemaat Tuhan Sedunia (WCG). Nubuatan palsu yang aktif bermula dengan pernyataan Kedatangan Kristus dalam rupa pengantin lelaki. Alkitab cukup jelas menyatakan bahawa setiap mata akan melihatnya namun sesetengah orang nampaknya sanggup mempercayai apa saja.

1879
Kumpulan JW menuntut pada tahun ini bahawa:
“Kristus datang dalam watak Pengantin Lelaki… pada permulaan tuaian Injil” (Watchtower, Okt 1879, ms 4).

1880
Pada 1880 mereka menyatakan:
“Di sini kami tidak perlu mengulangi bukti-bukti bahawa “sangkakala ketujuh” mula berbunyi A.D., 1840, dan akan terus berbunyi hingga akhir waktu kesesakan besar, dan akhir “zaman Bangsa-bangsa,” A.D., 1914, dan itulah kesesakan “hari Besar” ini, yang di sini dipanggil suara penghulu Malaikat secara simbolik, apabila dia memulakan penebusan Israel duniawi. “Pada waktu itu juga akan muncul Mikhael, pemimpin besar (penghulu Malaikat) itu, yang akan mendampingi anak-anak bangsamu; dan akan ada suatu waktu kesesakan yang besar, seperti yang belum pernah terjadi sejak ada bangsa-bangsa sampai pada waktu itu.” Daniel 12:1. Kami juga tidak akan sekali lagi mengemukakan bukti Alkitab yang meyakinkan bahawa Tuhan kita telah datang untuk Pengantinnya pada 1874, dan mempunyai pekerjaan yang tidak kelihatan sebagai Pemungut hasil sulung Zaman Injil ini. (Zion’s Watchtower November, 1880 ms 1).

Salah kenal akhir zaman Bangsa-bangsa itu berdasar pada salah faham tentang pewaktuan pertempuran Karkemis (Carchemish) pada 605 BCE dan penerapannya dalam penentuan waktu ini. Kumpulan JW menempatkan semula pertempuran ini ke 607 BCE dalam terbitan-terbitan kemudian untuk membenarkan kesilapan dan nubuatan palsu ini. Mereka tidak mengerti bahawa waktunya ditentukan oleh satu nubuatan Alkitab yang diucapkan Tuhan melalui nabi Yehezkiel. Itulah apa yang dipanggil Nubuatan Tangan-tangan Patah Firaun dan menentukan tarikh-tarikh dari 605 BCE hingga 1916, dan bukan 1914 seperti yang mereka nyatakan. Nubuatan ini berlanjutan selama lapan puluh tahun lagi dalam dua tangan (dua kali) empat puluh tahun. Kesilapan ini juga muncul kemudian dalam nubuatan palsu Herbert W. Armstrong berhubung kebangkitan Mesir dan Krisis Suez dari 1953-1956 (lihat karya Kejatuhan Mesir (No. 36): Nubuatan Tangan-tangan Patah Firaun.

1886
Pada 1886 kumpulan JW asyik dengan kesilapan ini dan tidak gentar. Antara 1886 dan 1914 ini menjadi dasar perekrutan mereka dan terus menjadi satu alat sampai berdekad-dekad kemudian selepas kegagalan itu.

“Harapan pada permulaan Tahun Baru mempunyai beberapa ciri yang amat menggalakkan. Bukti-bukti luarannya adalah penyusunan bala tentera untuk pertempuran hari besar Tuhan Mahakuasa, sedang berjalan sementara pertempuran kecil bermula. …Waktu telah tiba untuk Mesias menguasai bumi dan menjatuhkan para penindas dan perosak bumi, (Wahyu 19:15 dan 11:17, 18) sebagai persiapan kepada pewujudan keamanan kekal pada satu-satunya dasar teguh keadilan dan kebenaran.” (Zion’s Watchtower, Januari, 1886; Watchtower cetakan semula I, ms 817).

1887
‘Kesudahan Dunia Ini; iaitu kesudahan injil dan permulaan zaman milenium lebih dekat daripada anggapan kebanyakan orang; sesungguhnya kita sudahpun memasuki waktu peralihan, yang akan menjadi waktu kesesakan besar, seperti yang belum pernah terjadi sejak ada bangsa-bangsa Dan. 12:3.” (N.H. Barbour dan C.T. Russell, Three Worlds, and the Harvest of This World, ms 17).

1888
“Dalam bab ini kami akan mengemukakan bukti Alkitab yang membuktikan bahawa akhir zaman bangsa-bangsa, iaitu, akhir sewa kekuasaan mereka, akan dicapai pada A.D. 1914; dan bahawa tarikh itu ialah batas terjauh pemerintahan manusia yang tidak sempurna. Perhatikanlah, bahawa jika ini ditunjuk sebagai kenyataan yang dibukti kukuh oleh Alkitab, ia akan membuktikan; Mula-mula, bahawa pada tarikh itu Kerajaan Tuhan, untuk apa Tuhan (Lord) kita telah mengajar kita untuk berdoa, sambil berkata, datanglah KerajaanMu, akan memperolehi kuasa sejagat sepenuhnya, dan ia kemudiannya akan didirikan, atau ditetapkan dengan teguh, di bumi, di atas runtuhan institusi-institusi sekarang.” ((Studies in the Scriptures, vol. 2), “The Time Is At Hand,” 1888, ms 76, 77)

1889
“Maka janganlah terkejut, apabila dalam bab-bab berikutnya kami menyampaikan bukti-bukti bahawa pendirian Kerajaan Tuhan telahpun bermula, bahawa ini ditunjukkan dalam nubuatan sebagai memulakan pelaksanaan kuasanya pada A.D. 1878, dan bahawa ‘peperangan hari besar Tuhan yang Mahakuasa (Wahyu 16:14) yang akan berakhir pada A.D. 1914 dengan penggulingan lengkap kepimpinan bumi sekarang, telahpun bermula. Pengumpulan bala tentera jelas kelihatan dari sudut firman Tuhan.” (Studies in the Scriptures, vol. 2, “The Time Is At Hand,” 1889 Ed., ms 101. Edisi 1915 teks-teks ini menukar “A.D. 1914” kepada ‘A.D. 1915’)

Kumpulan JW kemudiannya mengabaikan karya kukuh Biskop Ussher dan penyusunan semula Kronologi Alkitab sebagaimana yang diusulkan dalam edisi-edisi awal KJV, yang menempatkan ciptaan Adam pada 4004 BCE dan sebaliknya menetapkan suatu tarikh yang berakhir pada 1873. Dasar tuntutan palsu ini tidak lebih maju. Mereka mengatakan:
Sini kami sediakan bukti bahawa dari ciptaan Adam hingga (tetapi tidak termasuk) A.D. 1873 adalah enam ribu tahun. Walaupun Alkitab tidak mengandungi apa-apa pernyataan langsung bahawa seribu tahun ketujuh akan menjadi zaman pemerintahan Kristus, Hari Sabat Besar pemulihan kepada dunia, namun tradisi yang dihormati ini bukannya tanpa dasar yang munasabah.” (C.T. Russell, Studies in the Scriptures, Vol. 2, ms 39. 1889)

Perhitungan Kalendar Tuhan tidaklah begitu sukar. Semua petunjuknya tetap dalam Alkitab. Seluruh sistem ini berdasar pada yobel lima puluh tahun. Urutan ini disusun semula dengan mudah daripada beberapa rujukan. CCG telah melakukan pemulihan ini dan perinciannya dihuraikan dalam karya Pembacaan Hukum Dengan Ezra dan Nehemia (No. 250). Pewaktuan enam ribu tahun pemerintahan Iblis atas dunia ini harus bermula dari bumi yang dikutuk dan ini tidak mungkin telah berlaku lebih awal daripada tahun pertama yobel pertama selepas penghakiman Adam, yang tidak mungkin telah berlaku sehingga dia berumur tiga puluh tahun (iaitu pada tahun 3974/3 untuk tahun Yobel dan tahun 3973/2 untuk permulaan pemerintahan Iblis). Oleh itu, enam ribu tahun tidak mungkin berakhir sebelum yobel ke 120 pada 2027. Fakta-fakta Alkitab yang mudah ini sudah pasti menjadikan kesilapan-kesilapan Russell dan nabi palsu lain mustahil. Masalah sebenarnya adalah mereka telah membuang Hukum-hukum Tuhan dan tidak memahaminya. Oleh sebab mereka golongan antinomian dan telah mengabaikan Perintah-perintah Tuhan, khususnya Perintah Keempat berhubung hari Sabat, mereka salah anggapan bahawa Tuhan tidak memelihara Hukum-hukum dan KalendarNya sendiri. Jadi segala kesilapan mereka berpunca daripada pendekatan tanpa pertaubatan ini. Pada tahap lebih atau kurang, perkara ini terjadi dengan orang lain hingga sistem Armstrong dan sehingga hari ini. Menurut kronologi Alkitab, Milenium tidak boleh bermula pada tarikh terawalnya sehingga tahun 2028. Kristus mungkin sekali datang lebih awal daripada tarikh itu, namun yobel masih tetap pada 2027 dan segala persediaan harus siap dilaksanakan selewat-lewatnya tarikh itu. Urutan ini dibincangkan dalam karya Jadual Waktu Ringkasan Segala Zaman (No. 272).

“Maka, jika waktu seribu tahun ketujuh dalam sejarah bumi merupakan zaman yang khususnya diperhatikan sebagai zaman pemerintahan Kristus, dengan menunjukkan bahawa waktu ini bermula pada 1873 kami akan membuktikan yang kita sudahpun berada di dalamnya.” (Studies in the Scriptures, vol. 2, ms 40. 1889)

Demikianlah ia menjadi doktrin JW bahawa Milenium telahpun bermula pada 1873. Namun mereka kemudiannya mendakwa bahawa Kristus tidak datang sehinggalah 1914. Ini merupakan pemutarbelitan menyeluruh kronologi dan nubuatan Kitab Wahyu. Namun begitu, nampaknya tiada seorangpun pengikutnya yang mudah tertipu itu yang tidak tenang. Mereka nampaknya biasa menelan unta dan menapis nyamuk. Russell terus saja tanpa segan silu.

“Dalam 26 tahun berikutnya, semua kerajaan sekarang akan digulingkan dan dibubarkan.” (Studies in the Scriptures, vol. 2, ms 98-99, 1889)

“Dalam bab ini kami menyampaikan bukti Alkitab yang menunjukkan bahawa enam ribu tahun dari ciptaan Adam telah lengkap dengan A.D. 1872; dan sebab itu, sejak A.D. 1872 telah masuk secara kronologi dalam seribu yang ketujuh atau Milenium.” (Studies in the Scriptures, vol. 2, ms 33, 1889)

“Ingat bahawa Tuaian Yahudi selama empat puluh tahun itu berakhir Oktober A.D. 69, dan diikuti dengan penggulingan bangsa itu sepenuhnya; dan seperti itu juga waktu empat puluh tahun tuaian zaman Injil akan berakhir Oktober, 1914, dan demikian juga penggulingan ‘Umat Kristian,’ harus dijangka menyusul serta-merta.” (Studies in the Scriptures, vol. 2, ms 245).

1891
Ingat Smith dari kumpulan Mormon telah membuat satu nubuatan yang berakhir sebelum atau selewat-lewatnya 1891. Kami mundur kepada nubuatan itu. Pada 14 Feb 1835, Joseph Smith, pengasas LDS atau Jemaat Mormon, menghadiri suatu pertemuan pemimpin-pemimpin jemaat. Dia dilaporkan telah menyatakan bahawa pertemuan itu diadakan kerana Tuhan memerintahkannya. Dia mengumumkan bahawa Yesus akan datang dalam waktu 56 tahun – iaitu sebelum 15 Feb. 1891 (History of the Church, 2:182)

1894
“Tujuh belas tahun lalu orang berkata, berhubungan dengan ciri-ciri waktu yang disampaikan dalam Millenial Dawn, Semua ini nampaknya munasabah dalam banyak hal, tetapi tentu saja tiada perubahan radikal sebegitu yang mungkin terjadi antara sekarang dan akhir tahun 1914: kalau kamu telah membuktikan bahawa hal-hal ini akan datang dalam waktu satu abad atau dua, ia pastinya kelihatan lebih mungkin. Perubahan apakah yang telah berlaku sejak itu, dan kecepatan apakah yang diperolehi setiap hari? ‘Yang lama berlalu dengan cepat dan yang baru sudah menjelang.’ Kini, memandangkan kesulitan tenaga kerja dan anarki yang mengancam baru-baru ini, para pembaca kami menulis untuk mengetahui kalau-kalau mungkin terdapat kesilapan dalam tarikh 1914 itu. Mereka berkata bahawa mereka tidak dapat bayangkan bagaimana keadaan sekarang dapat bertahan begitu lama lagi di bawah tekanan itu. Kami tiada sebab untuk mengubah angka-angka itu -  dan kami juga tidak dapat mengubahnya jika kami mahu. Kami percaya tarikh-tarikh ini adalah milik Tuhan, bukan milik kami. Tetapi ingat bahawa akhir 1914 bukanlah tarikh untuk permulaan, tetapi akhir waktu kesusahan.” (Zion’s Watchtower, “Can It Be Delayed until 1914?” C. T. Russell Julai 15, 1894, Juga dalam Watchtower, cetakan semula, 1894 ms 1677)

Sesiapapun pelajar Perang Dunia I akan faham bahawa 1914 hanyalah permulaan segala kesusahan. Bila sampai 1916 barulah kemuncak pembunuhan beramai-ramai dicapai di baris hadapan Barat, dan orang Rusia tidak terbabit sepenuhnya dalam perang itu sampai 1917. Selepas Revolusi Oktober di situ perang di timur berakhir untuk Rusia. Orang-orang ini tidak tahupun tentang peristiwa-peristiwa di hadapan mereka. Nyata sekali tiada nabi di situ di dalam kumpulan Jehovah Witness yang mempunyai apa-apa kuasa atau wibawa sama sekali. Sesudah itupun tiada juga seperti yang akan kita lihat. Tuhan, dan pimpinan Roh Kudus memang tidak bersama Russell, atau dengan kumpulan ini sama sekali.

“Beberapa tahun lagi akan mengakhiri keadaan sekarang ini, dan kemudian dunia yang dihukum akan berhadapan dengan keadaan sebenar Kerajaan Tuhan yang didirikan. Namun begitu pekerjaan Jemaat harus dihabiskan dalam tempoh waktu yang mencelah.” (Watchtower, ms 56, 1894)

“Kami tiada sebab untuk mengubah angka-angka itu -  dan kami juga tidak dapat mengubahnya jika kami mahu. Kami percaya tarikh-tarikh ini adalah milik Tuhan, bukan milik kami. Tetapi ingat bahawa akhir 1914 bukanlah tarikh untuk permulaan, tetapi akhir waktu kesusahan.” (Watchtower, Julai 15, 1894, ms 266; ms 1677 cetakan semula).

1897
Satu nubuatan telah dibuat ke atas suatu kerja yang berhubungan dengan ukuran panjang suatu laluan dalaman yang ditemui di dalam Piramid. Ukuran ini tidak mempunyai rujukan dalam atau kepada Alkitab. Russell menggunakan benda baru ini dan mengatakan:
“…ukuran ini ialah 3416 inci, melambangkan 3416 tahun…. Perhitungan ini menunjukkan A.D. 1874 sebagai menandakan permulaan waktu kesusahan….” (Russell, Studies in the Scriptures: “Thy Kingdom Come”, Siri III, ms 342, edisi 1897.

Edisi 1916 telah diubah kepada:
“Kami mendapatinya 3457 inci, melambangkan 3457 tahun… Justeru Piramid memberi kesaksian bahawa akhir 1914 akan menjadi permulaan waktu kesusahan itu…”

Mereka kemudiannya berada di tengah-tengah Perang Dunia I dan nubuatan-nubuatan ini begitu salah sekali hingga bagaikan jenaka. Masih ada dua tahun pembunuhan beramai-ramai lagi dan seterusnya Perang Dunia II akan melanjutkannya. Apa yang dikenali sebagai Perang Dunia III merupakan konflik utama seterusnya dan itu tidak pernah dibayangkan oleh sesiapapun antara mereka. Kami telah memulakan siri itu sekarang dan perang itu belum lagi betul-betul bermula. Apabila Kristus datang, ia datang untuk menyelamatkan mereka yang tidak sabar-sabar menunggunya. Jika dia tidak campur tangan, tiada seorangpun yang akan tinggal masih hidup. Pernyataan Alkitab ini agak jelas, atau sepatutnya begitu. Russell mahupun pemimpin-pemimpin seterusnya tidak memahami nubuatan ini sama sekali. Kecenderungan menulis kembali fakta-fakta dan sains sekalipun untuk membenarkan nubuatan-nubuatan palsu mereka telah menjadi endemik di kalangan pemimpin dan pengikut mereka.

“Kehancuran menyeluruh ‘mereka yang berkuasa’ dalam dunia-dunia jahat sekarang ini – politik, kewangan, kependetaan – sekitar akhir Zaman Bangsa-bangsa; Oktober A.D. 1914.” (C.T. Russell, Studies in the Scriptures, IV, ms 622, 1897)

“Tuan kita, Raja yang dilantik, kini ada, sejak Oktober 1874, A.D….dan pelantikan rasmi jabatan rajanya bermula dari April 1878, A.D.” (Russell, ibid, Studies in the Scriptures, vol. 4, ms 621, 1897).

Jenis pernyataan ini sudah biasa bagi pelajar Roman Katolikisme dalam mana biskop Rom telah mengambil alih tanggungjawab Vikar Kristus. Justeru itu, Russell telah menempatkan Kristus di atas bumi dan nampaknya hanya diketahui dia dan kumpulannya. Dengan keadaan sebegini, dia menjadi jurucakap untuk Kristus. Maka kumpulan JW tidak banyak berbeza daripada kumpulan Roman Katolik yang mereka kecam.

“Tempat penyulingan, kilang bir, warung minuman keras, rumah pelacuran, bilik pool, segala perniagaan yang membazir waktu dan merosak akhlak perwatakan akan dihentikan; dan semua pelayannya akan diberikan sesuatu untuk dilakukan yang bermanfaat kepada diri mereka dan orang lain.” Begitu juga, pembinaan kapal-kapal perang, pembuatan senjata perang dan pertanahan (sic) akan berhenti, dan tentera akan dibubarkan. Kerajaan Baru itu tidak akan memerlukan semua ini, tetapi akan memiliki kuasa berlimpahan untuk melaksanakan keadilan terus dalam hukuman orang jahat… “Perniagaan bank dan broker, dan pekerjaan serupa yang lain, yang amat berguna dalam keadaan sekarang, akan tiada tempatnya lagi; kerana di bawah keadaan yang baru itu umat manusia akan dihendaki melayani sesama sendiri sebagai anggota-anggota satu keluarga, dan dana persendirian dan wang untuk dipinjamkan dan untuk diperlukan akan menjadi hal-hal lalu. Tuan-tuan tanah dan agensi-agensi sewa juga akan menemui pekerjaan yang baru, kerana Raja yang baru itu tidak akan mengakui kesahan paten dan surat ikatan yang kini dalam rekod.” …yakni, dengan segala kemudahan sekarang, jika semua orang bekerja secara teratur dan dengan bijaksana, tidak lebih daripada tiga jam pekerjaan untuk setiap individu akan diperlukan.” (Studies ibid, vol. IV, ms 633-635, 1897)

1902
“Memandangkan bukti Alkitab yang kuat ini tentang Zaman Bangsa-bangsa, kami menganggapnya kebenaran mantap bahawa kesudahan akhir kerajaan-kerajaan dunia ini, dan pendirian sepenuhnya kerajaan Tuhan, akan disempurnakan selewat-lewatnya akhir A.D. 1914.” (The Time Is At Hand, edisi 1902, ms 99)

1903
Organisasi Watchtower mula menceburkan diri dalam astrologi dan ramalan dasar menurut konjunksi astrologi. Mereka kemudiannya menulis:
“Apabila Uranus dan Jupiter (Musytari) bertemu dalam lambang kemanusiaan Aquarius pada 1914, zaman yang sudah lama dijanjikan telahpun membuat permulaan wajar dalam pekerjaan membebaskan manusia untuk mengerjakan keselamatannya sendiri, dan akan memastikan realisasi terakhir segala impian dan idaman semua penyair dan orang bijaksana dalam sejarah.” (Watchtower, Mei 1, 1903, ms 130-131; ms 3184 Cetakan semula).

Tiada seorangpun nabi Alkitab telah membela ilmu nujum.

1904
Zaman Bangsa-bangsa tidak difahami dengan betul. Mereka memang mempunyai kunci asas nubuatan itu namun telah menyalahgunakannya dengan buruk.

“Menurut jangkaan kami tekanan waktu kesesakan besar itu akan menimpa kita tidak lama lagi, antara 1920 dan 1912, dan berkemuncak dengan akhir ‘Zaman Bangsa-bangsa,’ Oktober, 1914.” (“The New Creation”, Studies in the Scriptures, vol. 6, ms 579, 1904)

1908
“Memandangkan bukti Alkitab yang kuat ini tentang Zaman Bangsa-bangsa, kami menganggapnya kebenaran mantap bahawa kesudahan akhir kerajaan-kerajaan dunia ini, dan pendirian sepenuhnya kerajaan Tuhan, akan disempurnakan selewat-lewatnya akhir A.D. 1914.” (The Time Is At Hand, edisi 1902, ms 99)

“Benar, memang besar harapan kami untuk mendakwa, seperti yang kami lakukan, bahawa dalam waktu dua puluh enam tahun nanti semua kerajaan sekarang akan digulingkan dan dibubarkan” (The Time Is At Hand; 1889; ed. 1908; ms 99)

1914
1914 sudah menjelang dan begitu juga dengan Perang namun Kristus belum datang. Mereka kemudiannya melanjutkan akhir zaman kepada rangka waktu sepuluh tahun.

“Walaupun waktu perubahan kita tidak datang dalam sepuluh tahun, apa lagi yang patut kita minta? Bukankah kita umat yang gembira dan dirahmati? Bukankah Tuhan kita setia? Kalau ada sesiapa yang tahu apa-apa yang lebih baik, biarlah dia mengambilnya. Kalau sesiapa antara kamu menemui apa-apa yang lebih baik, kami berharap kamu akan memberitahu kami.” (Watchtower, Dis 15, 1914, ms 376)

Dengan mengkaji Firman Tuhan, kami telah mengukur 2520 tahun, tujuh masa simbolik, dari tahun 606 B.C. dan telah mendapati bahawa ia sampai ke Oktober, 1914, iaitu masa yang terdekat yang kami mampu hitung. Kami tidak berkata secara positif bahawa tahun ini ialah tahunnya.” (Watchtower, November 1, 1914, ms 325)

Perhatikan mereka menggunakan waktu 606 BCE bukannya 605 BCE sebenar untuk pertempuran Karkemis bilamana Nebukadnezar memegang pemerintahan bersama dengan bapanya selepas kemenangan itu. Mereka tidak sedar bahawa tiada tahun 0, dan sebab itu mereka terpaksa menukarnya kepada 607 BCE untuk sampai kepada 1914 untuk waktu 2520 tahun atau tujuh kali itu. Mereka mengerti tujuh kali masa Nebukadnezar sebagai relevan kepada zaman Bangsa-bangsa, namun tertumpu pada 1914 kerana kejahilan mereka tentang sejarah.

“Walaupun Harmagedon mungkin bermula musim bunga berikutnya, namun ini spekulasi semata-mata untuk cuba menyatakan bila sebenarnya waktunya. Bagaimanapun, kami melihat adanya persamaan antara akhir zaman Yahudi dan zaman Injil ini. Persamaan-persamaan ini nampaknya menunjuk kepada tahun di depan kita khususnya bulan-bulan awal.” (Watchtower Reprints, VI, Sept 1, 1914, ms 5527)

“Tiada sebab sama sekali untuk para pelajar Alkitab mempersoalkan bahawa penyempurnaan zaman Injil ini yang kini sudahpun menjelang, dan bahawa ia akan berkesudahan sebagaimana yang diramal Alkitab dalam waktu kesesakan besar yang seperti yang belum pernah terjadi sejak ada bangsa-bangsa sampai pada waktu itu. Kita melihat para peserta dalam krisis besar ini berkumpul bersama… Krisis besar ini, pertentangan besar ini, yang dilambangkan secara simbolik sebagai api, yang akan membakar langit kependetaan dan bumi sosial, sudah amat dekat.” (Watchtower Reprints, VI, Mei 1, 1914, ms 5450)

1915
“Perang besar sekarang di Eropah ialah permulaan Harmagedon Alkitab (Wahyu 19:16-20). Ia akan berakhir dengan penggulingan lengkap semua sistem silap yang sudah lama menindas umat Tuhan dan menipu dunia. Kami percaya perang sekarang tidak akan bertahan lebih lama lagi hingga revolusi tercetus” (C.T. Russell, Pastor Russell’s Sermons, ms 676, Waktu tertentu ketika Perang Dunia I).

Justeru, kita perhatikan bahawa selepas Perang Dunia pertama meletus pada 1914 dan pembunuhan beramai-ramai yang mengerikan bermula dan bukannya berakhir sebagaimana yang diramalkan Russell lebih awal seperti yang kita lihat di atas, Russell mengubah pandangannya dan menggunakan 1914 sebagai permulaan perang Harmagedon. Ia bukan peristiwa itu, seperti yang memang kita tahu sekarang. Peristiwa nubuatan ini masih ada di depan kita, dan semua itu selepas dua perang dunia dan satu siri subperang, yang membuatkan kita hampir tiada kedamaian sepanjang seratus tahun.

Pernyataan-pernyataan 1889 itu dicetak semula untuk menyatakan:
“Di sini kami menyediakan bukti bahawa dari ciptaan Adam ke A.D. 1873 adalah enam ribu tahun. Walaupun Alkitab tidak mengandungi apa-apa pernyataan langsung bahawa seribu tahun ketujuh akan menjadi zaman pemerintahan Kristus, Hari Sabat Besar pemulihan kepada dunia, namun tradisi yang dihormati ini bukannya tanpa dasar yang munasabah.” (The Time Is At Hand; 1889; edisi 1915; ms 39).

Maka, jika waktu seribu tahun ketujuh dalam sejarah bumi merupakan zaman yang khususnya diperhatikan sebagai zaman pemerintahan Kristus, dengan menunjukkan bahawa waktu ini bermula pada 1873 kami akan membuktikan yang kita sudahpun berada di dalamnya. (The Time Is At Hand, 1889, edisi 1915; ms 40).

Mula-mula, bahawa pada tarikh itu [1914] Kerajaan Tuhan, untuk apa Tuhan kita telah mengajar kita untuk berdoa, sambil berkata, datanglah KerajaanMu, akan mula berkuasa, dan tidak lama kemudiannya ia akan “didirikan”, atau ditetapkan dengan teguh, di bumi, di atas runtuhan institusi-institusi sekarang. (The Time Is At Hand, 1889; edisi 1915; ms 77)

Justeru, selepas peristiwa itu, mereka sekarang mendakwa bahawa kerajaan Tuhan sedang didirikan dan Perang Dunia I ialah sebahagian daripada urutan pemerintahan Kristus. Bagaimanapun mereka mula memindahkannya ke akhir 1916, agar mereka tidak kelihatan telah silap.

“Memandangkan bukti Alkitab yang kuat ini tentang Zaman Bangsa-bangsa, kami menganggapnya kebenaran mantap bahawa kesudahan akhir kerajaan-kerajaan dunia ini, dan pendirian sepenuhnya kerajaan Tuhan, akan disempurnakan hampir akhir A.D. 1915.” (The Time Is At Hand, edisi 1915, ms 99)

Itu tidak berhasil, kerana perang itu masih lagi menghangat. AS tidakpun masuk campur hingga 1917, dan amat sedikit yang dilakukannya, jadi tiadapun yang terkorban di AS, dan racauan-racauan seperti ini tidak dilempar batu sebagaimana yang patut diterima.

“Maka janganlah terkejut, apabila dalam bab-bab berikutnya kami menyampaikan bukti-bukti bahawa pendirian Kerajaan Tuhan telahpun bermula, bahawa ini ditunjukkan dalam nubuatan sebagai memulakan pelaksanaan kuasanya pada A.D. 1878, dan bahawa ‘peperangan hari besar Tuhan yang Mahakuasa (Wahyu 16:14) yang akan berakhir pada A.D. 1915 dengan penggulingan lengkap kepimpinan bumi sekarang, telahpun bermula.” (The Time Is At Hand, 1889; edisi 1915, ms 101).

Bukankah itu satu kesalahan nubuat? 1915, seperti yang kita semua tahu, tidak menyaksikan penggulingan apa-apapun, selain daripada tanah di parit-parit Flanders.

“Sebagaimana dalam taip tarikh itu – tiga setengah tahun selepas kematian Kristus – menandakan pengakhiran semua kemurahan istimewa kepada Yahudi dan permulaan kemurahan kepada Bangsa-bangsa, jadi kami mengakui A.D. 1881 menandakan penutupan ‘panggilan syurgawi,’ atau undangan kepada berkat yang khusus kepada zaman ini – untuk menjadi waris-waris bersama dengan Kristus dan pengambil bahagiann kodrat ilahi.” (The Time Is At Hand, 1889, edisi 1915, ms 235)

Jadi di dalam tuaian ini juga hingga A.D. 1878, nubuatan-nubuatan waktu dan fakta kehadiran Tuhan (Lord), dengan banyak seperti yang disampaikan di sini, walaupun kurang jelas, merupakan pekabaran kami. Sejak itu pekerjaan ini telah meluas, dan pandangan kebenaran-kebenaran lain telah menjadi lebih terang dan jelas; namun fakta dan ayat-ayat Alkitab yang sama, yang mengajar waktu dan kehadiran yang sama, terus tidak dapat dicabar dan disangkal (The Time Is At Hand, 1889, edisi 1915, ms 236).

Zaman Bangsa-bangsa Lain membuktikan bahawa semua kerajaan sekarang harus digulingkan semuanya sekitar akhir A.D. 1915; dan Parallelisme di atas menunjukkan bahawa zaman ini dapat disamakan tepat dengan tahun A.D. 70, yang menyaksikan penyelesaian kejatuhan tatanegara Yahudi. (The Time Is At Hand, edisi 1915, ms 242)

1915
Jadi tiada apa-apa berlaku dan kita sekali lagi terpaksa memberi rasional terhadap masalah ini jadi kita kembali kepada 1872 dan mengatakan kita sudahpun berada dalam Milenium Ketujuh. Sekiranya begitu, jenis pemikiran apakah yang dimiliki Kristus?

Kita sudahpun hidup dalam milenium ketujuh – sejak Oktober 1872. (The Time Is At Hand, 1889, edisi 1915, ms 363)

Perang Harmagedon, iaitu haluan perang ini, akan menjadi pertandingan besar antara benar dan salah, dan akan menandakan penggulingan lengkap dan kekal pihak salah, dan pendirian kekal kerajaan benar Mesias untuk berkat dunia. …Simpati kami cukup luas untuk mencakupi semua yang terbabit dalam perselisihan dahsyat ini, sebab harapan kami cukup luas dan cukup dalam untuk memasukkan semua dalam berkat-berkat besar yang akan dibawa Tuhan kita dan kerajaan Mileniumnya kepada dunia. (Watchtower Reprints, VI, April 1, 1915, ms 5659)

Sepanjang pengertian kami, panggilan umum kepada warisan bersama ini dengan Penebus kita sebagai anggota-anggota Ciptaan Baru Tuhan, telah berhenti pada 1881. (The New Creation, 1899, edisi 1915, ms 95)

Kini tahun 1915 berakhir, dan kita mungkin membayangkan bahawa para anggota Watchtower dan Bible Tract Society yang rasional dan waras meminta maaf atas nubuatan palsu mereka yang tak putus-putus serta tafsiran Alkitab yang penuh jenaka dan menakutkan. Mereka tidak berbuat begitu. Mereka hanya menganggap yang semua itu tidak terjadi. Mereka meneruskan urusan mereka seperti biasa dan memulakan senario-senario palsu mereka sekali lagi.

Mereka hanya mengulangi nubuatan palsu lama yang sama yang dicetak pada 1873 dan menerbitkannya semula pada 1916.

1916
“Kronologi Alkitab di dalam ini menunjukkan bahawa enam 1000 tahun hari agung yang bermula dengan Adam telah berakhir, dan Hari Ke 7 yang agung itu, iaitu 1000 tahun Pemerintahan Kristus, bermula pada 1873.” (The Time Is At Hand, Pendahuluan, ms 2, 1916),

Oleh sebab itu kami tiada sebab untuk meragui bahawa Zaman Bangsa-bangsa telah berakhir pada Oktober, 1914; dan dalam beberapa tahun lagi akan menyaksikan keruntuhan mereka sepenuhnya dan pendirian lengkap kerajaan Tuhan dalam tangan Mesias.” (Watchtower Reprints, VI, Sept 1, 1916, ms 5950)

Malah mereka menjadikan 1914 sebagai penghujung Zaman Bangsa-bangsa, dan hanya beberapa tahun lagi sebelum kejatuhan mereka sepenuhnya ke dalam tangan Mesias. Mereka kemudiannya meneruskannya hingga kejatuhan Jerman dalam Perang Dunia II, dan dengan itu hanya menunggu waktu saja sebelum sistem milenium jasmaniah bermula. Mereka tidak mengerti Kebangkitan Orang Mati, atau sifat rohani dan jasmani makhluk-makhluk sistem itu. Para iblis tidak berbohong kepada mereka. Sungguh, setiap orang yang mengikut doktrin mereka dan terselamat daripada kesusahan itu sememangnya akan dapat memasuki Milenium sebagai makhluk jasmani. Mereka berfikir Abraham akan wujud secara jasmani juga, serta Daud dan semua orang lain. Para pemimpin mereka telah menyebabkan orang-orang ini kehilangan Kebangkitan Pertama Orang Mati, dan mereka nampaknya tidak faham apa yang dilakukan para iblis kepada mereka melalui nabi-nabi palsu mereka.

1917
“Tiada kesilapan akan berlaku…Abraham akan memiliki pusakanya yang dijanjikan pada tahun 1925” (Watchtower, Okt. 15, 1917, ms 6157)

Musim Bunga 1918 akan mendatangkan ke atas umat Kristian kekejangan penderitaan yang lebih besar malah lebih daripada apa yang dialami dalam Kejatuhan 1914…. Kesusahan yang akan datang itu akan menimpa Sion nominal – “umat Kristian” … “Babel”; dan ia penderitaan yang dan menyakitkan- “Suatu Waktu Kesukaran yang belum pernah terjadi sejak ada bangsa-bangsa sampai pada waktu itu.” (The Finished Mystery ms 62 [dinyatakan sebagai “Posthumous Work of Pastor Russell” (Karya Pastor Russell selepas Meninggal) pada ms 2]).

‘Tidak syak lagi Iblis percaya Kerajaan Milenium seharusnya didirikan pada 1915…Bagaimanapun, ada bukti bahawa pendirian Kerajaan di Palestin mungkin berlaku pada 1925, sepuluh tahun lebih lewat daripada apa yang kami hitung sebelumnya.’ (Studies In The Scriptures, vol 7, The Finished Mystery, ms 128).

Kini para pemimpin berdepan masalah mengambil saki-baki semua itu dan mengertikan apa yang Russell telah katakan dan silap. Mereka juga mengatakannya, tetapi kita harus melupakan fakta sejarah yang memalukan itu. Waktunya ditetapkan pada 1925. Ini adalah pada pertengahan dekad 20an yang makmur dan hal-hal sebegitu tidakpun terlintas dalam fikiran masyarakat menjelang waktu itu.

Mereka terus pada Perang Dunia I untuk cuba mendapatkan kebolehpercayaan ketika waktu yang amat serius ini bagi masyarakat Barat.

“Beberapa perkembangan menarik yang berkaitan dengan pendirian Kerajaan itu mungkin terjadi pada 1920, enam tahun selepas Waktu Kesesakan Besar bermula. Ini tidak ganjil sekiranya begitu, apabila kita ingat semula bahawa selepas empat puluh tahun mengembara di padang gurun bangsa Israel memiliki negeri Kanaan sesudah enam tahun lagi. Oleh sebab hal-hal ini masih belum berlaku lagi kita hanya mampu tunggu dan lihat. Kami menjangka bahawa ‘gempa bumi’ itu akan terjadi awal tahun 1918, dan ‘api’ akan turun pada musim gugur 1920. [The Finished Mystery, 1917, ms 178, Comments on Revelation 11:13. [Edisi 1926 berbunyi: “dan ‘api’ akan menyusuli pada waktunya.”]

Mereka terus saja membuat nubuatan dan jadual waktu palsu ini tanpa mempedulikan Kalendar Tuhan dan kata-kata sebenar Alkitab. Mereka hanya mengubah karya cetakannya setelah waktunya berlalu dan mereka gagal.

“Gunung-gunung tidak ditemui. Malah republik-republik akan hilang pada musim gugur 1920. Gunung-gunung tidak ditemui. Setiap kerajaan dunia akan berlalu, ditelan anarki.” (The Finished Mystery, edisi 1917, ms 258)

Semua nubuatan yang tidak masuk akal ini mungkin kelihatan sebagai hal-hal yang mungkin  berlaku akhirnya bagi pemerhati yang tidak diberitahu pada perang 1914-18, namun urutan waktu Alkitab menunjukkan bahawa waktu-waktu yang dimaksudkan masih jauh lagi. Untuk adil, orang lain contohnya Herbert Armstrong, kemudiannya menggunakan teknik-teknik yang sama sejurus sebelum Perang Dunia II.

Pada 1917 mereka mula menubuatkan keributan yang akan datang yang bakal melanda pada 1918. Ini ada kebenarannya dalam mana Gencatan Senjata telah ditandatangani pada 11 November 1918 dan pembunuhan beramai-ramai itu berakhir. Bagaimanapun, Jerman menghadapi pembayaran pampasan yang berat. Mereka kemudiannya mula meramalkan penghapusan seluruh Jemaat Kristian mulai 1918.

“Misi Pastor Russell, sebahagian besarnya, adalah untuk menasihati umat Kristian akan kesudahannya yang akan datang, pada waktu kesusahan sedunia. Ini adalah penghakiman Ilahi ke atas bangsa-bangsa. … Tiada peluang melepaskan diri daripada kemusnahan, melalui bangsa-bangsa. …Kesusahan ini disebabkan permulaan Hari Kristus, iaitu Milenium. Ini Hari Pembalasan, yang bermula pada perang dunia 1914 dan akan melanda bagaikan ribut pagi yang hebat pada 1918.” (The Finished Mystery, 1917, ms 404)

“Hingga tahun 1878 jemaat nominal dari satu segi merupakan tempat kudus atau bait Tuhan; namun sejak itu, dan berkemuncak pada 1918, Dia menyingkirkannya dengan pukulan atau wabak doktrin dan perbuatan salah yang diizinkan Ilahi. Jemaat merupakan kekuatan umat Kristian, padanya hidupnya berpusat, dan sekelilingnya semua institusinya didirikan. Ia keinginan pandangan mata umat, dan ia kesayangan semua orang Kristian. Bagaimanapun, Tuhan akan menunjukkan pencemaran yang dilakukan kependetaan terhadap Jemaat Kristian, dan menjadikan organisasi-organisasi jemaat bagaikan sesuatu yang mati bagiNya, sesuatu yang najis, tidak disentuh, atau diratapi. Semua ‘bani jemaat’ akan mati kerana pedang peperangan, revolusi dan anarki, dan dengan Pedang Roh mereka diperlihatkan bahawa mereka telah kehilangan harapan kehidupan mereka di alam rohaniah – bahawa ‘pintu itu telah ditutup.’” (Studies in the Scriptures, vol. 7, 1917 ms 484.)

Pada tahun 1918 juga, apabila Tuhan membinasakan jemaat-jemaat secara menyeluruh dan anggota-anggotan jemaat dengan berjuta-juta, sesiapa yang terlepas akan menemui karya-karya Pastor Russell untuk mempelajari erti kejatuhan Kekristianan. (The Finished Mystery, edisi 1917, ms 485).

Nubuatan-nubuatan dalam waktu ini begitu menakjubkan dari segi keleluasan dan kepalsuannya dan merupakan jenaka sama sekali. Namun, apabila ramalan-ramalan ini gagal, kumpulan JW masih mendapat pengikut seolah-olah nubuatan palsu ialah kunci sebenar untuk mendapat anggota. Pada tahap ini mereka tiada apa-apa yang betul, (atau sejak itu) dan rekod mereka menunjukkan mereka ialah nabi-nabi palsu sepenuhnya yang pastinya dilempar batu hingga mati di pintu-pintu gerbang Yerusalem pada zaman-zaman sebelumnya, namun mereka terus merekrut orang yang mudah tertipu dalam banyak negara.

Sebagaimana pemurtad berfikiran duniawi daripada agama Kristian, yang menyebelahi golongan radikal dan revolusi, akan bergembira dengan kehancuran agama Kristian selepas 1918, begitu juga Tuhan akan melakukan terhadap gerakan revolusi yang berjaya; ia akan dihancurkan sama sekali, “malah keseluruhannya.” Satupun sisanya tidak akan terselamat daripada anarki yang meliputi semua di seluruh dunia, pada musim gugur 1920. (Wahyu II:7-13) (The Finished Mystery, 1917, ms 542).

Edisi 1926 karya ini berbunyi: “pada akhir waktu kesusahan”. Perubahan ini perlu setelah mereka gagal dalam ramalan mereka akan anarki seluruh dunia pada musim gugur utara tahun 1920. Jadi, Paskah 1920 tiba dan berlalu, dan kemudian Pentakosta, dan senario mereka hancur begitu saja sebagaimana yang terbukti dengan nabi-nabi mereka. Jadi apa yang mereka buat? Mereka hanya mengubah tarikh-tarikh dalam terbitan-terbitan untuk mengaburkannya sedikit agar wang terus masuk, dan mereka tidak akan perlu menjelaskannya. Meminta maaf? Apakah erti itu? Namun 1917 ialah tahun yang baik untuk nabi-nabi palsu kerana perang semakin hebat. Jadi mereka terus mencetak.

Penglihatan nabi Yehezkiel ini menggambarkan Kerajaan Tuhan teokratik yang kukuh di atas bumi, sivil dan beragama, rohaniah dan duniawi…. Bait…ialah taip dan simbol “hal-hal lebih baik yang akan datang,” selepas semua perang, revolusi dan anarki waktu dari 1914 hingga 1925 telah berlalu. (The Finished Mystery, 1917, ms 569)

Sekali lagi, kita melihat perubahan selepas nubuatan-nubuatan yang gagal dan edisi 1926 berbunyi: “daripada waktu kesesakan telah berlalu”.

1918
Pada 1918 mereka memulakan dengan yakin rangka waktu 1925 tanpa apa-apa penjelasan nyata tentang bagaimana mereka mendapatnya. Mungkin mereka berfikir bahawa Tuhan telah muncul dan memberitahu mereka Dia telah mengubah fikiranNya sekali lagi.

“Oleh itu kita boleh menjangkakan dengan yakin bahawa 1925 akan menandakan kedatangan kembali Abraham, Ishak, Yakub dan nabi-nabi setia dahulu, khususnya mereka yang dinamakan oleh Rasul dalam Ibrani 11, kepada keadaan kesempurnaan manusia.” (Millions Now Living Will Never Die, ms 89)

Perhatikan mereka nampaknya memeluk doktrin kesempurnaan manusia ini dan menganggap bahawa keadaan rohaniah tidak ada pada Kebangkitan Pertama. Pernyataan Alkitab jelas apabila ia menyatakan: manusia ditetapkan untuk mati hanya satu kali saja”. Judul buku itu juga merupakan satu jenaka kerana hampir-hampir semua orang yang membaca buku itu kini sudah mati. Selebihnya semua berumur 87 tahun atau lebih.

Selepas Perang Dunia I ramalan akhir zaman bermula dengan bersungguh-sungguh. Konjungsi-konjungsi planet menjadi subjek andaian sains gadungan (pseudosains). Sains gadungan ini telah berterusan sehingga hari ini. Malah mereka yang beriman juga menyertai rombongan yang berkaitan dengan pepijat Y2K atau 2,000 dan membuat berbagai ramalan bodoh dan pelik, dan ini terus berlaku (lihat karya Signifikans Tahun 2000 (No. 286)).

1919
Pakar meteorologi, Albert Porta, meramalkan bahawa konjungsi 6 planet akan menjana arus magnet yang akan menyebabkan matahari meletup dan meliputi bumi pada 17 Disember 1919.

Sementara itu, “Saksi-saksi” ini terus berjalan dengan nubuatan palsu demi nubuatan palsu dengan begitu berani sekali, sedangkan orang biasa sudah pasti tidak mampu mengangkat kepalanya di pasar raya. Namun begitu, kaki-kaki celoteh yang berani ini terus saja tanpa rasa malu. 1920 menyaksikan permulaan kitar fiksyen yang baru.

1920
‘…kami menjangka pada 1925 akan menyaksikan kembalinya orang-orang setia Israel ini daripada keadaan mati, dengan dibangkitkan’ (Millions Now Living Will Never Die, 1920, ms 88).

Mereka mula bermain-main dengan kalendar yobel, tetapi sebab mereka tidakpun memelihara Sabat, mereka tidakpun dijangka dapat memahami apa-apa tentangnya dan, tidak menghairankan, mereka memang tidak mampu.

“Perhitungan mudah yobel-yobel in membawa kita kepada fakta penting ini: Tujuh puluh yobel dengan lima puluh tahun masing-masing memberi jumlah 3500 tahun. Tempoh waktu itu yang bermula 1575 sebelum A.D. 1 tentunya akan berakhir pada musim gugur 1925, dan pada waktu ini taip berakhir dan antitaip yang agung harus bermula. Apakah yang kita jangkakan akan berlaku waktu itu? Dalam taip, pemulihan lengkap harus ada; permulaan pemulihan segala sesuatu. Perkara utama untuk dipulihkan ialah umat manusia kepada hidup; dan kerana ayat-ayat lain Alkitab nyata menentukan fakta bahawa akan ada kebangkitan Abraham, Ishak, Yakub dan orang setia dahulu, dan bahawa mereka ini akan mendapat keutamaan, kami menjangkakan 1925 akan menyaksikan kembalinya orang-orang setia ini dan Israel daripada keadaan mati, dibangkitkan dan dipulihkan sepenuhnya kepada sifat manusia sempurna serta dijadikan wakil-wakil sah dan yang kelihatan bagi sistem baru di atas bumi. (Millions now living will never die, 1920 ms 89-90).

Mereka nampaknya tidak faham bahawa tahun 1 AD adalah rekaan rahib Dennis the Short, dan tidak bermakna apa-apa. Kristus pastinya tidak mungkin telah dilahirkan pada 1 AD dan itu diketahui pada waktu semua penceloteh ini menulis. Mereka seolah-olah tidak pernah membaca apa-apa tentang kronologi agama Kristian dan Kalendar Alkitab. Oleh sebab mereka tidak memelihara Hukum, mereka menganggap Kalendar dan urutannya tidak penting dan sebab itu, mereka mencipta senario-senario ini. Mereka dibatalkan kelayakan sebagai nabi-nabi Tuhan oleh fakta ini sendirian.

Mereka juga berkata:

‘Oleh itu kami menjangkakan dengan yakin bahawa 1925 akan menandakan kembalinya Abraham, Ishak, Yakub dan nabi-nabi setia dahulu’ (Millions Now Living Will Never Die, 1920, ms 89-90)

Pertimbangannya juga seperti ini:

“Berdasarkan penjelasan sebelum ini, bahawa sistem lama, dunia lama, sedang berakhir dan dengan itu sedang berlalu, dan bahawa sistem lama sudah kedatangan, dan bahawa 1925 akan menandakan kebangkitan orang layak dahulu yang setia dan permulaan pembangunan semula, memang wajar menyimpulkan bahawa berjuta-juta orang kini di atas bumi akan masih berada di bumi pada 1925. Jadi, berdasarkan janji-janji yang dinyatakan dalam Firman ilahi, kita wajib mencapai kesimpulan positif dan tidak tersangkal lagi bahawa jutaan orang yang hidup sekarang tidak akan mati.” (Millions Now Living Will Never Die 1920 ms 97).

Mereka mengandaikan bahawa, dalam teologi mereka, selepas kedatangan Kristus, seluruh umat manusia akan terus hidup sepanjang Milenium. Alkitab tidak berkata begitu. Ia pastinya tidak mengatakan ia akan terjadi pada 1925, dan mereka yang mengatakannya telah mati semuanya. Untuk huraian doktrin-doktrin berkenaan kebangkitan-kebangkitan itu lihat karya Kebangkitan Orang Mati (No. 143).

1921
Pada 1921 mereka bermain-main dengan waktu pada akhir Revolusi Perancis, sebab kumpulan Adventist telah menjadikannya terkenal dengan satu lagi nubuatan palsu mereka. Kebanyakan kesalahan ini berpunca daripada kesalahan-kesalahan berkenaan Pemulihan Justinian dalam bekas Empayar Rom. Aspek ini dikaji dalam karya Milenium dan Keghaiban (No. 95). Mereka memutuskan 1799 mempunyai signifikans nubuat tertentu. Tempohnya adalah dari 1799 hingga 1874. Tiada dasar yang boleh dijelaskan untuk kedua-dua tarikh itu. Mereka juga memulakan beberapa perkara, dengan sebutir kebenaran, seperti yang akan kita lihat, dengan asas waktu nubuatan sebanyak 360 hari atau tahun. Mereka juga seterusnya menjadikan ini sebagai jenaka.

“’Akhir zaman’ meliputi satu tempoh dari 1799 A.D., seperti yang ditunjukkan di atas, hingga waktu penggulingan lengkap empayar Iblis dan pendirian kerajaan Mesias. Waktu kehadiran kedua Tuhan bermula dari 1874, seperti yang dinyatakan di atas. Waktu yang kemudian itu terkandung dalam waktu yang mula-mula disebut, sememangnya, dan dalam bahagian kemudian tempoh yang dikenali sebagai “zaman akhir.” (The Harp of God, 1921 ms 236).

“Dalam simbologi Alkitab satu masa ertinya satu tahun dengan dua belas bulan dengan tiga puluh hari setiap bulan, atau 360 hari. Setiap hari dianggap sebagai satu tahun… Maka di sini disebutkan, tiga dan setengah masa dengan 360 hari nubuatan masing-masing, atau jumlahnya 1260 hari nubuatan, dan sama dengan 1260 tahun. Seterusnya Nabi ditunjukkan bahawa 1260 tahun itu akan menandakan permulaan akhir zaman perintah binatang ini. Dua belas ratus tahun dari A.D. 539 membawa kita kepada 1799 – satu lagi bukti bahawa 1799 menandakan permulaan ‘zaman akhir.’ Ini juga menunjukkan bahawa hari-hari nubuatan Daniel yang lain harus dihitung dari tarikh 539 A.D.” …”Perkara paling penting yang ditunjukkan semua nubuatan itu dan apa yang diharap-harapkan para rasul ialah kedatangan kedua Tuhan. Ia digambarkan oleh Nabi sebagai waktu penuh rahmat. Daniel kemudian berkata: ‘Berbahagialah orang yang tetap menanti-nanti dan mencapai seribu tiga ratus tiga puluh lima hari.’ (Daniel 12:12) Mereka yang menanti di sini, tanpa dipersoalkan lagi ialah mereka yang diperintah oleh Tuhan untuk menanti kedatangannya. Oleh itu, tarikh ini, apabila difahami, pastinya akan menetapkan waktu tatkala Tuhan hadir pada kemunculan keduanya. Maka, dengan menggunakan peraturan yang sama, sehari untuk setahun, 1335 hari selepas 539 A.D. membawa kita kepada A.D. 1874, dan waktu ini, menurut kronologi Alkitab, adalah waktu kehadiran Tuhan yang kedua kali. Sekiranya perhitungan ini betul, dari waktu itu seterusnya kita sepatutnya boleh menemui bukti-bukti tertentu yang menandakan kehadiran Tuhan.” (Harp of God, 1921, ms 229-230.)

Jadi sini kita dapati dasar kesalahan berhubung 1874. Mereka mengambil kesalahan kumpulan Adventist tentang 1260 tahun dari Pemulihan Justinian, dan penempatan mereka bagi hujungnya dalam Revolusi Perancis. Mereka kemudiannya menambah rangka waktu dalam Daniel iaitu 1335 hari itu sebagai tahun, dan sampai pada tarikh 1874. Secara ringkas, mereka dengan logik menambah itu dan ini dan menghasilkan benda yang sama. Apa yang menakjubkan adalah mereka tidak memperbaiki kesalahan ini hingga hari ini. Ia seolah-olah mereka terperangkap dalam lengkungan waktu dan tidak cukup pengetahuan untuk menemui jalan keluar. Mereka menambah empat puluh tahun kepada 1878, yang kelihatan seperti tiga setengah tahun dari Oktober 1874, dan sampai ke 1918. Namun ini adalah selepas peristiwa itu dan mereka kemudiannya terus-menerus membuat rasional untuk kesilapan-kesilapan mereka.

“Tuaian kebiasaan telah digunakan oleh Tuhan (Lord) untuk menggambarkan tuaian umat Kristiannya. Dalam tuaian kebiasaan Yahudi lazimnya ladang dipungut selepas tuaian biasa sudah berakhir. Jadi kita patut menjangka untuk menemui waktu tuaian dari 1878 hingga 1918, dan selepas itu satu waktu untuk kerja memungut, yang akan kami tunjukkan. Persoalannya sekarang adalah, Adakah kita akan menemui waktu tuaian dalam zaman injil selepas 1874 yang menggenapi nubuatan Tuhan?” (Studies in the Scriptures, Vol. 7 1921, ms 236).

Seluruh urutan ini nampaknya berpusat pada permulaan penerbitan C.T. Russell seperti yang kita lihat daripada teks berikutan. Memang benar bahawa Tuhan bekerja melalui manusia dan menggunakan tubuh Kristus untuk berbuat begitu. Bagaimanapun, kamu harus taat kepada Hukum Tuhan atau tiada terang di dalammu (Yesaya 8:20). Russell hanya meminjam struktur Jemaat-jemaat Tuhan, dan kesilapan-kesilapan orang Adventist, dan kemudian membuang hal-hal yang menyusahkan seperti Perintah Keempat; dan seterusnya, sebagaimana yang kelihatan daripada nubuatan-nubuatan di sini, dia juga membuang Perintah-perintah Keenam dan Kesembilan, dan yang selebihnya dibuang kemudian.

“Tahun yang sama, 1881, ditandakan dalam nubuatan sebagai waktu pengambilan balik terakhir sokongan daripada jemaat-jemaat, sokongan yang telah mula diambil balik pada 1878 – tahun bilamana kependetaan dilucutkan sebagai wakil Firman Ilahi, dan apabila Pastor Russell memulakan pekerjaannya dengan penerbitan 50,000 salinan Object and Manner of the Lord’s Return. Pada 1878 hak pengurusan hal-hal Tuhan, pengajaran kebenaran Alkitab, telah diambil daripada jabatan pendeta, yang tidak setia terhadap pengurusan mereka sepanjang zaman, dan diberikan kepada Pastor Russell. Sementara itu, hingga 1881, pengurus baru menyusun segala perkara, menyediakan kebenaran-kebenaran Alkitab dalam bentuk logik dan berciri Alkitabiah untuk penyampaian, sehingga perkara besar terakhir taip tempat kudus Ibrani telah sedia. Kemudian, pada 1881, dia menjadi penjaga Tuhan untuk seluruh umat Kristian, dan memulakan kerjanya yang besar sebagai Saksi.” (Studies in the Scripture, Vol. 7, ms 386-387 1921)

“Alkitab memperlihatkan kesejajaran lengkap berkenaan zaman Yahudi dan zaman injil. Kesejajaran ini wujud berhubungan dengan waktu serta peristiwa. Zaman Yahudi berakhir dengan satu tuaian, dan tuaiannya bermula dengan kenaikan Tuhan kita pada tahun A.D. 33. Istilah ‘tuaian’ yang digunakan di sini bererti pengumpulan sisa orang Yahudi kepada Kristus. Yesus menyatakan dengan jelas bahwa zaman injil akan berakhir dengan satu tuaian, dan ketika waktu itu dia akan hadir, memimpin pekerjaan tuaian itu. Di bumi tiga setengah tahun dari waktu pentahbisan dan baptisannya, Yesus menyediakan orang Yahudi untuk tuaian zaman itu. Kita patut menjangka akan menemui satu kesejajaran hal ini dengan tuaian zaman injil, dan kita memang menemuinya. Dengan menghitung tiga setengah tahun dari 1874, waktu kehadirannya, kita sampai ke 1878. Ketika kehadiran Tuhan dari 1874 hingga 1878 dia membuat persiapan untuk tuaian zaman injil. Tuaian Yahudi meliputi tempoh empat puluh tahun, dan berakhir pada A.D. 73. Maka, kita juga menjangka tuaian umum zaman injil akan berakhir pada 1918.” (Harp of God, 1921, ms 235-236, 1921).

Dalam teks ini kita perhatikan sekelip pengertian tentang syarat-syarat Tanda Yunus, tetapi sekali lagi tiada pengertian tentang sejarah. Mereka berfikir bahawa empat puluh tahun selepas kematian Kristus adalah betul untuk pertaubatan Yehuda, dan dengan itu 73 AD patutnya tahun yang baik, sekiranya kita mengandaikan Kristus meninggal pada 33 AD. Hakikatnya adalah Kristus mati pada 30 CE, dan Yehuda diberikan empat puluh tahun untuk bertaubat, namun tidak bertaubat. Pada 1 Nisan 70 CE, Yerusalem dikepung oleh sebuah tentera Rom di bawah Titus. Yerusalem diratakan menjelang akhir 70 CE. Justeru itu, tiada satupun yang tinggal pada 73 CE. Nabi-nabi palsu ini tidakpun dapat menafsirkan nubuatan yang sudah terjadi dengan betul, apa lagi bernubuat tentangnya. Urutan ini diperincikan dalam karya Tanda Yunus dan Sejarah Pembangunan Semula Bait Suci (No. 13).

Mereka kemudiannya mula bersikap dogmatik sekitar 1925, dari 1922 dan seterusnya. Seperti semua perkara yang mana mereka bersikap dogmatik, mereka salah.

1922
“Tempoh itu harus berakhir pada 1925. Taip berakhir, antitaip harus bermula; dan sebab itu 1925 ditetapkan dengan pasti dalam alkitab. Setiap orang yang berfikir dapat lihat bahawa suatu kemuncak yang agung kian hampir. Alkitab jelas menunjukkan bahawa kemuncak itu adalah kejatuhan empayar Iblis dan pendirian sepenuhnya kerajaan Mesias. Kemuncak ini dicapai selewat-lewatnya 1925, dan bagi menandakan permulaan penggenapan berkat-berkat kehidupan yang sudah lama dijanjikan kepada umat, berjuta-juta orang yang kini hidup di atas bumi masih hidup ketika itu dan mereka yang mentaati hukum-hukum benar susunan yang baru itu akan hidup selamanya. Sebab itu, boleh dikatakan dengan yakin pada waktu ini bahawa berjuta-juta orang yang hidup sekarang tidak akan mengalami kematian.” (Golden Age, Jan. 4, 1922, ms 217).

Ini sekali lagi berdasarkan kitar-kitar waktu dan tarikh-tarikh permulaan yang palsu ini. Nubuatan Alkitab adalah seperti membaca peta. Kamu harus tahu di mana kamu berada apabila bermula, untuk sampai ke tujuan akhir.

“Oleh itu, fakta-fakta yang tidak boleh disangkal lagi menunjukkan bahawa “akhir zaman” bermula pada 1799; bahawa kehadiran kedua Tuhan bermula pada 1874.” (Watchtower, Mac 1, 1922).

Sebagaimana dalam semua logik, sekiranya kamu bermula dengan premis palsu maka kesimpulanmu akan salah dan mereka sememangnya salah.

“Kami tiada apa-apa keraguan lagi tentang kronologi berhubung tarikh-tarikh 1874, 1914, 1918, dan 1925. Tarikh-tarikh 1874, 1914, dan 1918 terdapat pada cara pertimbangan ini; dan Tuhan telah meletakkan cap meteraiya pada 1914 dan 1918, dan ini tidak mungkin dihapuskan lagi. Apa lagi bukti lanjut yang kita perlukan? Dengan menggunakan cara pengukuran sama ini…mudah untuk menemukan 1925, mungkin pada musim gugur, untuk permulaan yobel antitaip. Tiada lagi keraguan tentang 1925 sama seperti 1914.” (Watchtower, ms 150, Mei 15, 1922).

Demikianlah mereka menjelaskan logik mereka, dan pelajar sekolah rendah sudah pasti mampu menemui kecacatannya. Namun keyakinan mereka tidak goyah.

“Atas dasar sedemikian dan kecocokan yang begitu banyak (sic) – sesuai dengan hukum-hukum paling wajar diketahui sains – kami mensahkan bahawa, dari segi Alkitab, sains, dan sejarah, kronologi kebenaran-kini adalah betul tanpa sebarang keraguan lagi. Kebolehpercayaannya telah disahkan dengan berlimpahan oleh tarikh-tarikh dan peristiwa-peristiwa 1874, 1914, dan 1918. Kronologi kebenaran-kini ialah dasar yang kukuh yang dengannya anak Tuhan yang ditahbiskan dapat menyelidiki hal-hal akan datang.” (Watchtower, Jun 15 1922).

Teks ini mengharukan dalam tarikannya terhadap kejahilan. Mereka mempunyai “Kronologi Kebenaran-Kini” di sini, yang nampaknya bererti: “Apa yang kami katakan sekarang ialah kebenaran, dan kami akan mengubahnya setelah ia terbukti palsu”. Hakikat bahawa benda karut yang pelik ini benar-benar menarik bilangan orang yang ramai, memang cukup menghairankan. Para pembaca harus menghentikan pertimbangan apabila bertemu dengan doktrin-doktrin ini. Namun apa sekalipun, pada 1922 mereka mengatakan ia datang daripada Tuhan:
“Kronologi ini bukan berasal daripada manusia, tetapi Tuhan. Sebab asalnya ilahi dan dibenarkan ilahi, kronologi kebenaran-kini unggul dengan sendirinya, betul sepenuhnya dan tanpa bersyarat…” (Watchtower, Julai 15, 1922 ms 217)

Mereka juga berkata pada 1922:
“1914 mengakhiri Zaman Bangsa-bangsa… Tarikh 1925 lebih nyata lagi ditunjukkan oleh Alkitab…bila tiba waktunya krisis besar itu sudah sampai dan mungkin telah berlalu” (Watchtower Sept 1, 1922, ms 262)

Mereka mententeramkan lagi semua orang pada 1923, bahawa 1925 nyata terdapat dalam Alkitab:
“1925 nyata ditetapkan oleh Alkitab…umat Kristian mempunyai lebih banyak lagi untuk dijadikan dasar imannya daripada Nuh (sejauh yang dinyatakan Alkitab) untuk imannya dalam banjir yang mendatang” (Watchtower April 1, 1923, ms 106).

1923
Sekali lagi pada 1923:
“Anggapan kami adalah, bahawa 1925 nyata ditetapkan oleh Alkitab. Berbanding Nuh, umat Kristian sekarang mempunyai lebih banyak untuk dijadikan dasar imannya daripada Nuh untuk imannya dalam banjir yang mendatang.” (Watchtower, ms 106, Mac 1, 1923).

Baik, kalau beginilah tentunya berlaku kejadian Bahtera terdampar dengan banyak binatang yang keliru.

1924
Kemudian pada 1924 mereka mententeramkan anak-anak:
“Pastinya ramai anak-anak lelaki dan perempuan yang membaca buku ini akan hidup untuk melihat Abraham, Ishak, Yakub, Yusuf, Daniel, dan orang-orang dahulu yang lain datang dalam kemuliaan kebangkitan mereka yang lebih baik, sempurna fikiran dan tubuh. Kristus tidak akan mengambil masa yang lama untuk melantik mereka kepada jabatan-jabatan mereka yang terhormat dan berwibawa sebagai wakil-wakil duniawinya. Dunia dan semua kemudahan sekarang akan kelihatan pelik bagi mereka pada mulanya, namun mereka akan segera membiasakan diri kepada cara-cara yang baru itu. Mereka mungkin melalui beberapa pengalaman lucu pada mulanya; sebab mereka tidak pernah melihat telefon, radio, automobil, lampu elektrik, kapal terbang, enjin stim, dan banyak benda lain yang begitu biasa bagi kita. (The Way To Paradise, 1924, ms 226).

Bagi mereka yang ragu-ragu di kalangan mereka, bahawa Kristuslah yang menguasai segalanya dan sejak 1874, mereka berkata pada tahun yang sama, 1924:
“Tentunya tiada sedikitpun keraguan dalam fikiran anak Tuhan yang benar-benar ditahbiskan bahawa Tuhan Yesus hadir dan telah hadir sejak 1874.” (Watchtower, Jan 1, 1924, ms 5).

Dengan kata lain, mana-mana orang bodoh dikatakan patut tahu bahawa 1925 lebih jelas ditandakan dalam Alkitab daripada 1914, namun mereka memberitahu dunia.

“Tahun 1925 ialah tarikh yang nyata dan jelas ditandakan dalam Alkitab, malab lebih jelas lagi daripada 1914. (Watchtower 1924, ms 211).

Untuk menangani pewaham (skeptis) bukan seiman yang mungkin memerhati, mereka berkata pada 1924:
“Kami tidak boleh dipersalahkan kerana menyampaikan daripada Alkitab bukti ternyata yang membuat kami percaya bahawa suatu peristiwa akan berlaku pada suatu waktu tertentu. Kadangkala Tuhan membiarkan umatNya mencari benda yang betul pada waktu yang salah, dan lebih sering lagi mereka telah mencari benda yang salah pada waktu yang betul. Namun semua musuh kepada perjuangan kebenaran kini di bumi bersungguh-sungguh berharap bahawa para pelajar Alkitab tidak akan begitu berjaya pada 1925 untuk mencari benda yang betul pada waktu yang betul sebagaimana yang mereka lakukan pada 1914. Bagaimanapun, sekiranya mereka berjaya, pihak lain yang akan perlu membuat penjelasan, dan bukan kami.” (The Golden Age, Feb. 13, 1924, ms 314).

1925
1925 tiba dan tiada syak lagi bahawa Iblis akan menggunakan tahun ini untuk menipu umat percaya sejati untuk berfikir bahawa pekerjaan itu akan berkesudahan jadi mereka berkata:
“Dijangkakan bahawa Iblis akan cuba memasukkan fikiran ke dalam pemikiran umat suci, bahawa 1925 akan menyaksikan kesudahan pekerjaan itu.” (Watchtower, Sept. 1925, ms 262).

Bagaimanakah kita menangani hakikat bahawa 1925 tidak menunjukkan tanda-tanda janji itu dan terdapat kekecewaan besar? Ini semua salah mereka jadi kita diberitahu:

“Kesulitannya adalah para sahabat mengembangkan imaginasi melampaui batas akal; dan apabila imaginasi mereka hancur binasa, mereka cenderung membuang segalanya.” (Watchtower 1925, ms 56).

Jangan kehilangan iman 1925 sudah tiba:
“Tahun 1925 sudah tiba. Dengan harapan besar umat Kristian telah menunggu-nunggu tahun ini. Ramai telah menjangka dengan yakin bahawa semua anggota tubuh Kristus akan diubah kepada kemuliaan syurgawi ketika tahun ini. Ini mungkin dilaksanakan. Ia mungkin tidak. Menurut waktunya sendiri Tuhan akan melaksanakan segala tujuannya berhubung umatnya. Janganlah umat Kristian terlalu khuatir tentang apa yang mungkin terjadi tahun ini.” (Watchtower, Jan 1, 1925, ms 3).

“Tuhan mungkin tidak akan lakukan apa yang kami kata dia akan lakukan jadi jangan terkejut jika kami salah sekali lagi”, atau nampaknya begitulah mereka katakan. Seperti yang kita tahu, tiada apa-apa berlaku dan demikianlah pada 1926 kita melihat mereka menerbitkan penterbalikan pendapat.

“Ada yang menjangka bahawa pekerjaan itu akan berakhir pada 1925, namun Tuhan tidak menyatakan begitu. Kesulitannya adalah para sahabat mengembangkan imaginasi mereka melampaui batas akal; dan apabila imaginasi mereka hancur binasa, mereka cenderung membuang segalanya.” (Watchtower 1926 ms 232).

Ingat, kami mengatakan ini pada 1925 jadi, kami betul tentang sesuatu bukan? Keajaibannya adalah umat mereka menerima semua itu.

Namun mereka tidak salah. Bukti Alkitab ada di situ, atau kelihatan begitu.

1927
Pada 1927 mereka berkata:
“Bukti Alkitab adalah bahawa tempoh kehadirannya dan hari persiapan Tuhan ialah satu tempoh dari 1874 A.D. dan seterusnya. Oleh itu, kedatangan kedua Tuhan bermula pada 1874; dan tarikh itu serta tahun-tahun 1914 dan 1918 merupakan tarikh-tarikh yang ditanda khusus berhubungan dengan kedatangannya. (Creation, 1927, ms 289 edisi-edisi awal, ms 310 edisi-edisi kemudian).

Pada 1927, orang Watchtower nampaknya berkata seperti ini: “Tiada yang patut dipersalahkan kerana nubuatan tidak boleh difahami sampai ia berlalu dan sebab itu, apabila ia terjadi, kita akan faham ia telah terjadi”. Dalam kata lain, apabila kita dilanggar mesin perang Harmagedon, dan Kristus memberitahu kita apa yang telah berlaku, waktu itu kita akan tahu, jadi jangan mempersalahkan kami kerana menjadi nabi-nabi palsu. Mereka berkata:
“Nubuatan tidak boleh difahami sehingga ia digenapi atau sedang digenapi. Dari 1874 hingga 1914 nubuatan berhubung kedatangan Tuhan sedang digenapi dan dapat difahami, dan memang difahami, oleh mereka yang taat kepada Tuhan dan yang memerhati perkembangan peristiwa, tetapi tidak oleh orang lain. (Creation; 1927; ms 290)

Dengan kata lain, ada antara mereka yang memang mengerti, namun masih membuat nubuatan-nubuatan palsu itu. Menakjubkan bukan?

Tahun itu mereka terus membuat pembenaran bagi tarikh 1799 merujuk kepada Napoleon:
“Napoleon memulakan kempen perang Mesir ini pada 1798, menamatkannya, kemudian pulang ke Perancis pada Oktober 1, 1799. Kempen ini digambarkan dengan singkat namun terperinci dalam nubuatan, ayat-ayat 40-44; dan pelengkapannya pada 1799 menandakan, mengikut kata-kata nabi itu sendiri, permulaan “zaman akhir.” (Creation, 1927, ms 293).

Nampaknya kita ada bayang-bayangan Ellen G. White dan nubuatan-nubuatan palsu kumpulan Adventist.

Beberapa mukasurat kemudian mereka berkata:
“Dua belas ratus dan enam puluh tahun dari 539 A.D. membawa kita kepada 1799, dan ini satu lagi bukti bahawa 1799 nyata menandakan permulaan “zaman akhir.” Ini juga menunjukkan bahawa dari tarikh 539 A.D. inilah masa-masa nubuatan Daniel yang lain harus dihitung.” (Creation, 1927, ms 294)

Lagi empat mukasurat kemudian kita membaca:
“Maka dengan memakai kaedah yang sama, iaitu sehari (satu masa) untuk setahun, 1335 hari selepas 539 A.D. membawa kita kepada 1874 A.D. iaitu waktu kehadiran kedua Tuhan, menurut kronologi Alkitab.” (Creation, 1927, ms 298).

Ajaibnya, nabi palsu ini tidak dihukum.

1928
Pada 1928 dan 1929, mereka terus mengembangkan senario palsu sama yang telah mengecewakan mereka dengan begitu teruk sekali selama separuh abad sebelumnya.

“Waktu kehadiran kedua Tuhan bermula sejak 1874, seperti dinyatakan di atas.” (The Harp of God ms 236, edisi 1928!)

1929
“Kedua-dua pemberi dan penerima diyakinkan sepenuhnya daripada kesaksian Alkitab iaitu firman Tuhan Jehovah dan daripada bukti luaran bahawa Kerajaan Tuhan kini sedang didirikan dan hasilnya akan memanfaatkan bangsa-bangsa dunia ini; bahawa wibawa dan kuasa yang memerintah itu tidak akan dilihat manusia tetapi kerajaan Tuhan itu akan mempunyai wakil-wakil yang dapat dilihat di atas bumi yang akan bertanggungjawab atas hal-ehwal bangsa-bangsa di bawah pengawasan pemerintah yang tidak kelihatan itu, Kristus. Antara mereka yang begitu yang akan menjadi wakil setia dan pemerintah dunia yang kelihatan ialah Daud, yang dahulunya Raja Israel; dan Gideon, dan Barak, dan Simson, dan Yefta, dan Yusuf, bekas pemerintah Mesir, dan nabi Samuel serta orang setia lain yang dinamakan restu dalam Alkitab pada Ibrani bab 11.” (Rutherford’s Original legal deed to Beth Sarim, 1929).

Mereka kemudiannya membuat satu pernyataan benar namun tidak seperti yang mereka bayangkan.

‘Sekiranya nubuatan-nubuatan ini tidak digenapi, dan jika semua kemungkinan penggenapannya telah berlalu, maka nabi-nabi ini terbukti palsu.’ (Nubuatan, 1929, ms 22).

Kemudian mereka membuat satu lagi pernyataan palsu.

“Bukti Alkitab adalah bahawa kehadiran kedua Tuhan Yesus Kristus bermula pada 1874 A.D.” (Prophecy, 1929, ms 65).

Tiada bukti diberikan atau mungkinpun untuk kesalahan ini.

Ramai seperti itu telah menunggu-nunggu Tuhan datang dan mengangkat mereka ke syurga, dan khususnya menetapkan tahun 1914 sebagai waktu hal ini berlaku. Tahun 1914 ialah tarikh yang ditanda; namun ini hanya merenungi sesuatu akan terjadi, yang tidak berlaku. (Prophecy, 1929, edisi 1,589,000; ms 89)

Justeru, ia ditandakan tetapi kamu tidak dapat lihat apa terjadi. Betapa sesuai sekali untuk nabi-nabi palsu. Ia umpama kisah raja yang tidak berbaju. Mereka hanya memerlukan seorang anak kecil menyatakan apa yang jelas ternyata. Mereka tidak diberitahu, “Bahawa sesiapa yang mengatakan mereka Kristian, dan berkata bahawa apabila mereka mati mereka akan naik ke syurga bukanlah Kristian, tetapi berbohong”. Kita ada memberitahu fakta ini kepada orang Rom pada pertengahan Abad Kedua. Jelas sekali, mereka tidak pernah membaca Justin Martyr.

Tetapi adakah mereka benar-benar menjangka Daud dan yang lain untuk muncul dalam kebangkitan yang sudah hampir itu? Tidak, seperti yang kita lihat di bawah.

1930
“Tetapi bagaimana kamu akan mengenali Raja Daud atau mana-mana wakil lain dari Tuhan?’ Rutherford ditanya. ‘Saya telah memikirkan semua itu sebelum menulis surat ikatan,’ jawap hakim itu dengan sinar matanya yang kelabu. ‘ Saya sedar ada kemungkinan seseorang tua pelik muncul awal suatu pagi dan mengumumkan dia ialah Daud. Mereka yang telah saya namakan untuk menguji identiti orang-orang ini ialah pegawai perkumpulan saya dan telah mentahbiskan diri mereka kepada Tuhan, mereka diberi kuasa ilahi untuk mengenali penyamar daripada putera-putera sebenar.’” (The San Diego Sun, Sabtu, Mac 15, 1930).

Jadi para pegawai Perkumpulan akan menentukan siapa yang sejati. Ini akan mengakibatkan kemasyhuran tertentu, dan ini pastinya tujuannya. Pada 1930 Times menulis:
“Hakim Joseph Frederick Rutherford 60, penghuni rumah agam Sepanyol dengan sepuluh bilik, No 4440 Braeburn Rd, San Diego, Calif. Minggu lalu dia menyerahhakan No 4440 Braeburn Road, dan dua garaj kereta berdekatan serta sepasang automobil kepada Raja Daud, Gideon, Barak, Simson, Yefta, Samuel dan semua orang perkasa lain dari Palestin purba. Dia yakin mereka akan muncul semula tidak lama lagi di atas bumi, dan dia berkata: ‘Saya telah sengaja membuat seni taman tempat ini dengan pohon palma dan zaitun agar putera-putera alam semesta ini akan berasa seperti di tempat sendiri. (Time Magazine, Mac 31, 1930).

Nubuatan-nubuatan palsu itu telah menyebabkan banyak ejekan para pengikutnya.

“Watchtower, serta terbitan-terbitan seteman perkumpulan ini, selama empat puluh tahun menegaskan fakta bahawa 1914 akan menyaksikan pendirian kerajaan Tuhan dan pemuliaan jemaat sepenuhnya. Sewaktu tempoh empat puluh tahun itu umat Tuhan di bumi melaksanakan pekerjaan kesaksian, dan pekerjaan ini telah dibayangkan oleh Elia dan Yohanes Pembaptis. Semua umat Tuhan menunggu-nunggu 1914 dengan jangkaan penuh gembira. Apabila waktunya tiba dan berlalu, terdapat banyak kekecewaan, kesedihan dan perkabungan, dan umat Tuhan banyak dipersalahkan. Mereka diejek oleh para pendeta dan sekutu-sekutu mereka khususnya, dan dipandang dengan hina, sebab mereka telah bercakap banyak tentang 1914, dan apa yang akan terjadi, dan nubuatan-nubuatan mereka tidak digenapi. (Light, Book 1, 1930, ms 194).

Namun Rutherford terus saja seolah-olah semua itu suatu realiti. Dia berkata pada tahun 1930 ini:
“Kemuncak besar sudah dekat. Raja-raja dunia sekarang menyusun diri mereka menentang Batu yang diurapinya.” (J.F. Rutherford, Light, II, 1930 ms 327).

1931
Setelah membuatkan nubuatan Alkitab kucar-kacir, Rutherford dan Kumpulan ini meneruskannya pada 1931, dan berkeras bahawa umat percaya benar-benar melihat apa yang tidak kelihatan itu.

“Umat setia Tuhan di dunia menekankan kepentingan tarikh-tarikh 1914 dan 1918 dan 1925. Banyak yang mereka katakan tentang tarikh-tarikh ini dan apa yang akan terjadi, namun semua ramalan mereka tidak berlaku.” (J.F. Rutherford, Vindication, vol. 1, 1931, ms 146).

Bagaimanapun, Harmagedon masih akan berlaku sekejap lagi, walaupun mereka sudah salah tiga kali sebelumnya.

“Kerajaan Tuhan telah mula beroperasi. Hari pembalasannya sudah sampai dan Harmagedon sudah menjelang dan pasti menimpa umat Kristian dan itu dalam tarikh awal. Pengadilan Tuhan.sudah tiba bagi umat Kristian dan harus dilaksanakan segera.” (Rutherford, Vindication, ibid. ms 147).

“Berlaku kekecewaan yang cukup besar pada pihak umat setia Jehovah di dunia berkenaan dengan tahun 1914, 1918 dan 1925, dan kekecewaan ini bertahan untuk seketika. Kemudian, umat setia mendapat tahu bahawa tarikh-tarikh ini nyata ditetapkan dalam Alkitab; dan mereka juga belajar untuk berhenti menetapkan tarikh untuk masa hadapan dan meramalkan apa yang akan berlaku pada tarikh tertentu, dan sebaliknya bersandar (dan mereka benar bersandar) pada Firman Tuhan berkenaan hal-hal yang harus berlaku nanti. (J.F. Rutherford, Vindication, ibid, ms 338-339).

Jadi mereka menghentikan nubuatan palsu dan bersandar pada Alkitab. Namun begitu, mereka masih mendakwa bahawa hal-hal ini akan berlaku, dan mereka masih mengetuk pintu orang dan berusaha meyakinkan orang tentang realiti kegilaan ini.

Ada seorang penuntut rumah agam itu pada 1931, tetapi “Hakim” tahu ia tidak mungkin Daud. Mungkin dia tidak terbaca bahagian di mana Tomas harus memasukkan jari-jarinya di dalam lubang-lubang itu untuk pasti bahawa ia Kristus. Bagaimanapun, mereka cukup selamat, kerana Daud harus dibangkitkan bersama semua orang lain. Laporan kejadian ini adalah seperti berikut.

“Seorang petualang yang kurus kering dan tidak bercukur ialah satu-satunya penuntut rumah agam Daud, raja Israel, di California Selatan, sejak ia dipindah hak kepada watak Alkitab itu setahun lalu. Ini dinyatakan hari ini oleh Hakim James Rutherford, pemilik sementara rumah agam jenis Sepanyol yang dilengkapi perabot mewah itu di 440 Braeburn Rd di daerah Kensington Heights yang eksklusif. Dalam salah satu surat ikatan paling pelik yang pernah dicatatkan, Rutherford, presiden International Bible Students Association dan Watch Tower Bible and Tract Society, telah mengamanahkan estet yang indah ini untuk raja-raja dan nabi-nabi purba Israel. Pembunuh Goliat dan teman-temannya boleh menghuni rumah moden 10 bilik ini dengan halaman dan taman-tamannya yang dijadikan seni taman, sebaik saja bukti kelayakan mereka disetujui oleh Rutherford dan para pegawai perkumpulannya, yang dikuasakan ilahi untuk mengenali mereka. Satu pagi ketika saya berjalan dari rumah ke garaj, seorang yang ganjil menghampiri saya, menjongketkan topi kotornya dan berkata ‘Apa khabar Hakim, saya Daud’ ‘Pergi dan khabarkan kepada angin’, kataku dan dia pergi tanpa membantah perkara itu. Saya dapat lihat dengan sekali pandangan bahawa dia bukan Daud. Dia tidak kelihatan sebagaimana saya tahu Daud akan kelihatan.’ Bila ditanya bagaimana rupa Daud dan saudara-saudara istimewanya, Rutherford, tanpa ragu-ragu, membuka Alkitabnya yang besar dan menunjukkan satu ayat yang mengatakan bahawa Putera-putera Alam Semesta akan bangkit daripada mati ‘sebagai manusia sempurna’. ‘Saya menafsirkan ertinya’, kata Hakim yang tinggi dan bermartabat ini, ‘bahawa Daud, Gideon, Barak, Simson, Yefta, Yusuf dan Samuel akan diutus ke sini untuk merampas dunia daripada genggaman Iblis, berpakaian moden seperti kita, dan dengan mudah dapat bertutur bahasa kita.’ Rutherford menggambarkan ketibaan delegasi alkitabiah ini mungkin dalam baju frok, topi tinggi, tongkat dan sarung kaki. Di Beth Sarim (Rumah Raja-raja) iaitu nama Rutherford untuk rumah agam itu, Daud akan menemui kelengkapan termoden ciptaan sains. Apabila para tetamu istimewa ini berjalan menaiki tangga keliling ke tingkat dua, mereka akan menjumpai suatu pejabat besar dengan kerusi kulit merah dan meja leper berkilauan dengan pencahayaan terbalik. Malah telefon Perancis menunggu sentuhan mereka. Dengan membuka satu pintu lebar, anak-anak pribumi Palestin ini akan menyaksikan kamar mandi yang besar, gilang-gemilang dengan jubin hitam berkilauan dengan pancuran jejarum dan almari ubat-ubatan yang penuh. Betapa seronok Simson si gagah bahu, yang merosakkan sebuah istana dengan tangan kosongnya, bila melihat pisau cukur emas dan kulit pengasah! Rutherford telah membina kamar tidur tingkat dua, yang dihuninya sementara, besar untuk menampung beberapa daripada pemilik yang dijangka itu. Dengan jendela berkaca lebar yang terbuka kepada Cuyamacas ungu di sebelah Timur dan misi pertama California di sebelah utara, kamar tidur ini hampir keterlaluan dalam kelengkapannya. Pemerintah-pemerintah alam semesta akan bercitarasa sederhana, nampaknya begitulah yang dipercayai hakim, walaupun meja-meja hujung yang sederhana mempunyai majalah-majalah fiksyen berkulit warna-warni. Rutherford telah mengimport beberapa Koniach, Wasser dari Cologne, Jerman untuk menyegarkan muka mereka selepas bercukur. Suatu kopiah hitam tergantung atas salah satu tiang katil. Kedatangan Daud dan teman-temannya akan menjadi berita terbesar segala zaman, Rutherford meramalkan. ‘Saya bukan pencari publisiti,’ kata Rutherford dengan sinaran dalam matanya yang lembut dan berwarna coklat, ‘tetapi saya rasa dunia patut tahu tentang ketibaan mereka. Ini akan menjadi kisah berita yang besar.’ Khabar tentang ‘Rumah raja Daud’ ini telah sampai ke setiap pelusuk dunia, kata hakim itu. ‘Di semua tempat saya pergi orang bertanya tentang tempat ini,’ Rutherford berkata. ‘Di Chicago seorang pengilang jutawan menawar untuk membina satu lagi rumah untuk Daud, tetapi saya menolak tawarannya. ‘Beribu-ribu orang telah memandu ke sini untuk melihat tempat ini,’ Rutherford meneruskan. ‘Ramai telah datang ke pintu dan setiausaha saya telah membawa mereka sekitar tempat ini.’ Halamannya dengan kolam perak dan pohon palma serta pohon zaitun berseri-seri dengan bunga. Sebelah bawah ke arah ngarai, jalan-jalan kecil telah dijadikan seni taman untuk membenarkan Daud dan sahabat-sahabatnya berjalan dalam meditasi. Banyak buah dan pohon yang berasal dari Palestine mereka, akan menyambut mereka apabila mereka tiba. Di dalam garaj dua pintu di sebelah rumah terdapat sebuah kereta coupe 16 silinder berwarna kuning yang baru yang akan diserahkan kepada pemerintah-pemerintah itu beserta semua milik peribadi di tempat itu. ‘Segalanya akan menjadi milik mereka, rumah, tanah, perlengkapan, malah pakaian jika mereka memerlukannya,’ Judge Rutherford berkata. ‘Apa yang akan saya buat? Oh, jangan risau pasal saya. Saya akan baik saja.’ Hakim itu tersenyum. Dia mempunyai sebuah lagi kediaman ‘Watch Tower’ di Staten Island dan hampir seluruh satu tingkat di Bethel. Tujuh orang masyhur itu tidak akan berdiam lama di estet San Diego mereka kerana mereka akan segera memimpin bala tentera Tuhan untuk mengalahkan pengikut-pengikut Iblis di pertempuran Harmagedon, Rutherford percaya. ‘Namun mereka akan menang. Tuhan akan menghukum iblis dan akan menunjukkan bahawa para pendeta dan ahli politik telah memberi nasihat palsu kepada rakyat,’ kata Rutherford dengan yakin. Rutherford akan belayar pada Mei 9 ke Eropah di mana dia akan berucap di hadapan konvensyen di Berlin, Paris dan London. (San Diego Sun Newspaper, Jan 9, 1931).

Demikianlah kita menunggu kedatangan Daud dan Musa dan semua nabi sejati. Adakah ini menghentikan nabi-nabi palsu? Berikutnya kita akan teruskan daripada kenaikan Herbert Armstrong di pentas Jemaat Tuhan (Hari Ketujuh), dan mengikuti dia dan pelayanannya, serta Watchtower dan Bible Tract Society dalam pencarian mereka untuk kebenaran Alkitab yang sukar difahami.

Fasa seterusnya meliputi tempoh dari 1932 hingga kegagalan besar nubuatan palsu Armstrong pada 1975.

Sekarang kita akan teruskan dengan pemeriksaan nubuatan palsuu dalam Jemaat-jemaat Tuhan, serta Jemaat-jemaat merupakan cabang atau sekutu bukan Trinitarian, atau telah dipengaruhi oleh Jemaat-jemaat Tuhan.

Herbert Armstrong dan Jemaat-jemaat Tuhan
Kita teruskan di mana Herbert Armstrong mula membuat nubuatan-nubuatan palsunya yang mengarut dan keterlaluan selepas pentauliahannya oleh Church of God (SD) sebagai pendeta mereka pada 1932. Dia dipecat pada 1940 kerana memperkenalkan Kalendar Hillel serta mencemarkan Paskah, antara lainnya.

Kita akan mengikuti karier nabi-nabi palsu Radio Church of God (RCG), yang kemudiannya Worldwide Church of God (WCG), serta Watchtower dan Bible Tract Society atau Jehovah’s Witnesses (JW). Bahagian ini akan meliputi tempoh dari 1934 hingga 1975 selepas kegagalan besar nubuatan-nubuatan mereka berkenaan kedatangan Mesias.

Pernyataan-pernyataan mengarut dan palsu daripada kumpulan Pentecostal mula mencerobohi pentas dunia, biasanya melalui media AS, selepas 1975. Menjelang akhir zaman kita akan menyaksikan lebih banyak nubuatan palsu mereka muncul dan itu akan dibincangkan kemudian. Sekali lagi, atau seperti biasa, nampaknya tidak sedikitpun kebolehpercayaan mereka hilang selepas apa yang mereka katakan akan terjadi, gagal terjadi. Ini seolah-olah menjadi nabi palsu adalah perlu bagi penerimaan seorang pendeta serta kesejahteraan dan perasaan keterjaminan orang awam, dan khususnya rakyat AS.

Penggemar sarkas AS lama menyatakan seorang dilahirkan setiap minit, dan ini memang kelihatan begitu. Ingat, tujuannya adalah untuk memusnahkan keandalan dan pengaruh nubuatan Alkitab dan iblis setan memberikan kuasa mereka untuk tujuan ini. Rakyat menyukai nabi-nabi palsu kerana mereka membuat mereka berasa lebih terjamin.

1934
Pada 1934, Plain Truth Magazine, sebuah majalah baru yang dimulakan oleh Herbert Armstrong, mula membuat nubuatan atau ramalan palsunya. Ia menyatakan: “Kristus akan kembali pada 1936”. Itu adil, bukan? Sebab, menurut Wahyu 11, Saksi-saksi itu harus berada di Yerusalem selama 1260 hari, dan selepas itu terbaring mati di jalan selama tiga setengah hari menurut Wahyu. Oleh sebab mereka belumpun sampai pada waktu itu Armstrong mesti telah menyimpulkan bahawa mereka sudahpun ada di sini. Kemudian hari dia mendakwa, atau telah mendakwa untuk dirinya, bahawa dia salah seorang daripada mereka. Bagaimanapun, ini akan dibincangkan lebih lanjut kemudian.

Pada 1934 Herbert membuat seperti sistem Watchtower dan berkata:
“…tahun 1936 akan menyaksikan akhir Zaman Bangsa-bangsa… kita menjangka kemelesetan sedunia, waktu kesusahan dan takut akan perang pada waktu ini akan berterusan hingga tahun 1936!... segera selepas itu, kita menjangka akan melihat tanda-tanda langit, matahari dan bulan menjadi gelap, bintang-bintang berguguran… yang akan diikuti oleh ‘Hari Tuhan.’” (Herbert Armstrong The Plain Truth, Jun-Julai 1934, ms 5).

Pada 1934/35, Majalah PT mendakwa bahawa Mussolini akan menjadi diktator dunia. Obsesi mengarut ini berterusan untuk beberapa waktu.

1935
Menjelang 1935, jelas bahawa orang Jerman tidak akan menerima limitasi Gencatan Senjata 1918. Hitler dan kumpulan Nazi memang benar suatu kuasa yang bertekad untuk mengubah peta Eropah dan itu jelas. Nabi-nabi kita ini bermula:
“…bukti alkitabiah dan fakta-fakta jasmaniah menunjukkan dengan kuat bahawa pekerjaan kesaksian sebegitu kini hampir selesai; dan apabila ia selesai perang sejagat akan bermula. Perang sejagat memang pasti akan datang dan dengan segera, dan tiada kuasa yang dapat menghentikannya. …sewaktu beberapa bulan yang tinggal sebelum letusan bencana sejagat itu semua pihak berkuasa yang memerintah negara-negara bumi ini akan terus membuat perjanjian dan memberitahu rakyat bahawa dengan cara ini mereka akan mengekalkan keamanan dunia dan membawa kemakmuran. (Universal War Near, 1925, ms 3, 26-27).

Nubuatan Palsu dan pencegahan kelahiran anak-anak Kumpulan Pelajar Alkitab

Pada waktu yang sama kumpulan JW tidak menggalakkan kelahiran anak-anak. Idea pelik ini kemudiannya diambil oleh Radio Church of God, yang kemudiannya Worldwide Church of God di bawah Armstrong. Ini berpunca daripada salah faham menyeluruh tentang cara bagaimana sistem milenium akan diperkenalkan. Tiada doktrin lain, kecuali doktrin penyembuhan RCG/WCG, yang lebih merosakkan, antialkitabiah dan diilhami iblis daripada ajaran ini. Ini kemudiannya menjadi tujuan khas kumpulan Nazi di Eropah. Perang Dunia II sudah kenampakan dan hanya seorang bodoh saja, atau Neville Chamberlain, berfikir ia boleh dielakkan. Armstrong dengan RCG, dan juga Rutherford dan JW menyertai gerakan ini.

1938
Pada 1938 kumpulan JW masih melakukannya.

“…perhatikan kata-kata Yesus, yang nyata tidak menggalakkan pelahiran anak betul-betul sebelum atau sewaktu Harmagedon…Oleh itu, nampaknya tiada perintah alkitabiah atau munasabah untuk melahirkan anak ke dalam dunia betul-betul sebelum Harmagedon, di mana kita berada sekarang.” (Watchtower, Nov. 1, 1938, ms 324).

Bila sampai waktu itu Freddy yang buta tahu perang sudah dekat. Armstrong cuba memuatkan peristiwa-peristiwa itu ke dalam senario Alkitab dan ia kelihatan begitu pada mulanya. Apa sekalipun, ia cukup padan untuk dia mempergunakannya untuk manfaatnya sendiri. Pada 1938 dia berkata:
“Mussolini dan paus akan memikirkan satu idea antara [mereka] untuk mendirikan sebuah markas dunia di Yerusalem-dan dengan itu tentera Mussolini akan masuk ke dalam Palestin (Daniel 11:41), dan akhirnya akan merampas hanya separuh daripada kota Yerusalem! (Zakharia 14:2).” (Herbert Armstrong The Plain Truth, Mac 1938, ms 8).

Tidak mahu diatasi, kumpulan JW memutuskan untuk membuat satu lagi cubaan untuk membetulkannya.

“Mereka telah mengajar bahawa pada suatu waktu awal Tuhan akan menggulingkan “umat Kristian”. Ramai telah menekankan tahun 1925 sebagai tarikhnya, dan apabila tiada apa-apa berlaku pada tarikh ini, tarikh itu dipindahkan ke 1932. Sekali lagi, 1932 tiba dan “umat Kristian” tidak dihancurkan, dan kini diketahui bahawa “umat Kristian” akan terlepas untuk beberapa lama lagi demi kelas Jonadab, dan ini membuatkan rombongan “umat pilihan lebih tua” yang angkuh amat marah.” (Watchtower Feb. 15, 1938 ms 54).

Pada 1938 nabi-nabi palsu mula memberitahu orang ramai untuk tidak berkahwin dan mempunyai anak. Komanwel British sudah melalui keadaan ini pada Perang Dunia I, dan telah melihat betapa mengarutnya benda ini dan betapa banyak kerosakan yang dibawanya, dan sebab itu ramai orang berkahwin sebelum perang. Bagaimanapun, itu tidak apa bagi nabi-nabi palsu:
“Adakah betul secara alkitabiah untuk mereka berkahwin dan mula membesarkan anak-anak? Tidak, ialah jawapannya, dan ini disokong oleh Alkitab….Jauh lebih baik jika tiada rintangan dan beban, agar mereka dapat melakukan kehendak Tuhan sekarang, seperti yang diperintah Tuhan, dan juga tanpa rintangan sewaktu Harmagedon… Mereka… yang kini memikir-mikirkan perkahwinan, nampaknya, akan lebih senang jika mereka menunggu beberapa tahun, sehingga ribut berapi Harmagedon telah lenyap.” (Face the Facts, 1938, ms 46, 47, 50).

Mereka juga berpaut kepada nubuatan-nubuatan gagal sebagai bukti kebenaran tersembunyi tertentu.

“Seawal 1880 The Watchtower telah menunjuk kepada A.D. 1914 sebagai tarikh yang menandakan akhirat dunia, dan pada waktu itu kesusahan besar akan melanda semua negara; tetapi pada waktu itu umat Tuhan di bumi tidak tahu bahawa kesusahan itu ialah pertempuran Jehovah melawan organisasi Iblis. Selama beberapa tahun mereka mempercayai, dan ini dinyatakan dalam The Watchtower, bahawa “waktu kesusahan” itu ialah pertentangan hebat antara pelbagai elemen bumi, seperti kapital dan tenaga kerja. Sampai tahun 1925 barulah “waktu kesusahan” difahami secara Alkitabiah.” (Watchtower, ms 35, Feb 1, 1938).

1939
Judge Rutherford, si pengikut berani yang mengikuti jejak nabi palsu Russell, mengguruh pada 1939:
“Banyaknya bukti Alkitab, bersama dengan fakta-fakta jasmaniah yang sudah terjadi yang menunjukkan penggenapan nubuatan, membuktikan secara meyakinkan bahawa waktu untuk peperangan hari besar Tuhan Mahakuasa amat hampir dan bahawa dalam peperangan itu semua musuh Tuhan akan dibinasakan dan bumi akan dibersihkan daripada kejahatan.” … “Begitu juga hari ini, semua negara dan bangsa dunia ini berhadapan dengan darurat terbesar. Mereka diberi amaran sebagaimana yang diperintahkan Tuhan, bahawa bencana Harmagedon berada di hadapan saja.” (J.F. Rutherford, Salvation, 1939, ms 310, 361)

Kumpulan JW menganggap ini sebagai cara untuk mengaitkan 1939 kepada 1914, dan menutup malu dalam urutan apa yang akan terjadi. Herbert Armstrong memutuskan bahawa perang yang akan datang itu semestinya perang Harmagedon, jadi dia hanya mengikat nubuatan-nubuatan itu kepada perang ini, dan watak-watak utama dalam Perang Dunia II menjadi watak-watak alkitabiah. Tiada lagi yang lebih mudah daripada itu, dan tiada lagi yang lebih salah. Amat sedikit pengertiannya kalau adapun tentang urutan nubuatan sebenar. Dia dan JW terus saja berbuat silap dan tiada hak bernubuat.

“Sebaik saja perang dunia mulai lagi, ia harus berterusan melewati Kesusahan besar, tanda-tanda langit, tulah-tulah Hari Tuhan, dan hingga Kedatangan Kedua Kristus, pada perang akhir, di Harmagedon!... Namun ini engkau boleh tahu! Perang in akan diakhiri oleh kedatangan Kristus! Perang mungkin bermula dalam enam minggu! Begitulah hampirnya kita kepada kedatangan Kristus!” (Herbert Armstrong, The Plain Truth, Ogos 1939, ms 6).

Pemilik dan pemimpin Watchtower dan Bible Tract sekali lagi memberitahu dunia tentang apa yang mereka telah lakukan berhubung Beth Sarim di San Diego. Sebab apa sekalipun, ini pengiklanan yang baik.

“Di San Diego, California, terdapat sekeping tanah yang kecil, yang atasnya, pada tahun 1929, telah dibina sebuah rumah, yang dipanggil dan dikenali sebagai Beth Sarim. Kata-kata Ibrani Beth Sarim bermakna ‘Rumah Raja-raja’; dan tujuan pemilikan tanah itu dan pembinaan rumah itu adalah sebab terdapat orang di dunia hari ini yang percaya sepenuhnya dalam Tuhan dan Kristus Yesus dan dalam KerajaanNya, dan yang percaya bahawa orang-orang beriman dahulu akan dibangkitkan tidak lama lagi oleh Tuhan, kembali ke bumi, dan menjaga hal-ehwal nyata dunia ini. Surat milik Beth Sarim ini diamanahkan kepada Watch Tower Bible and Tract Society, untuk digunakan oleh presiden Pertubuhan ini dan para pembantunya buat waktu ini, dan selepas itu selamanya menjadi milik raja-raja tersebut di dunia ini… Ia tegak di situ sebagai suatu kesaksian kepada nama Yehovah; dan apabila raja-raja itu kembali, dan ada antara mereka menghuni tempat ini, itulah pengesahan iman dan pengharapan yang mendorong pembangunan Beth Sarim.” (Salvation, 1939, ms 311).

Turut serta dalam hal ini, Herbert membuat nubuatan pasti pada 1939 bahawa:

“Mussolini akan menentang Kristus!” (Herbert Armstrong, The Plain Truth, Jan 1939, ms 4).

Pada tahun 1939 ini Herbert kemudian mula membentangkan secara nubuatan perjalanan permusuhan itu. Tiada satupun kata-kata Herbert Armstrong pernah betul. Dia tiadapun idea tentang apa-apa tindakan dan keputusan nyata dalam perjalanan perang itu. Dia berkata, “Etiopia & Libya akan menyertai USSR dalam Perang Dunia 2” (PT, 1939). Sesiapa pelajar Komanwel British tahu bahawa Etiopia dan Libya telah ditakluk dan dirampas daripada Itali oleh Tentera Komanwel dalam masa 2 tahun. USSR merupakan sekutu. Libya hanya sebahagian daripada pentas operasi. Mereka sendirinya tidak berbuat apa-apa.

Herbert memutuskan bahawa Mussolini ialah watak utama dalam rencana Iblis itu, dan dia cuba mengaitkan Franco dan orang Sepanyol kepadanya. Dalam PT tahun ini mereka menyatakan: “Franco akan menyerahkan kuasanya kepada Mussolini”. Hakikatnya, Franco mengelak konflik langsung dan terus berkuasa selama 30 tahun selepas Mussolini meninggal. Dalam PT Disember 1939 mereka berkata: “Hitler akan menyerahkan kuasanya kepada Mussolini”. Betapa besar salah erti tentang peristiwa-peristiwa Perang Dunia II dan sifat Hitler dan Parti Nazi di Eropah.

1940
Perang palsu 1939 telah tamat dan dunia mula melalui penyembelihan berat. AS masih teragak-agak tentang apa yang harus dibuat. Perdagangan AS menyukai dan menyokong Hitler. IBM membantunya mengumpulkan rekod tentang anasir masyarakat Eropah yang tidak diingini, seperti orang Yahudi dan Gipsi dsb., agar mereka dapat membereskan semua itu.

Seorang lagi nabi palsu menubuatkan akhirat dunia pada 1940 atau 1941. Seorang guru Alkitab dari Australia, Leonard Sale-Harrison, mengadakan satu siri konferens nubuatan di seluruh Amerika Utara pada tahun 1930an. Dia meramalkan bahawa akhirat dunia akan berlaku pada 1940 atau 1941.

Penghapusan Bangsa
Konsep penghapusan bangsa dianjurkan oleh Armstrong dan RCG pada 1940. Idea kejam ini “ada di merata-rata” disebarkan oleh penguasa kerajaan angkasa, dan diterima pakai oleh mereka yang mengaku nabi-nabi Tuhan.

Pada 1940 Armstrong berkata:
“Tuhan telah menitahkan bahawa Joseph-Great Britain dan Amerika Syarikat-harus memusnahkan dan menghapuskan orang Turki daripada muka bumi ini!” (Herbert Armstrong. The Plain Truth, Nov.-Dec. 1940, ms 7).

Itu tentunya membantu Turki yang neutral mempercayai kedudukan mereka. Untung sekali, Turki tidak mempedulikan omong kosongnya itu, kalaupun mereka tahu tentang kewujudannya.

Salah erti tentang janji-janji kepada Abraham dan nubuatan Alkitab

Pada 1940 Armstrong berkata:
“Ia sebahagian rencana Tuhan yang dinubuatkan bahawa Britain akan diserang dan ditakluki….” (Herbert Armstrong, The Plain Truth, Nov.-Dec. 1940.)

Dia mengandaikan bahawa janji-janji Tuhan yang dibuat kepada Israel akan dilaksanakan dalam Perang Dunia II kepada Britain dan Komanwel. Dia hangat dan selesa di AS, dan peristiwa Pearl Harbour masih jauh lagi.

Pada 1940 Armstrong membuat kesilapan menjumlahkan bilangan tentera dan mengandaikan keputusan. Dia tidak mengkaji Cressy dan Agincourt, dan jumlah pertempuran yang banyak yang diperangi sejak itu. PT Ogos-Sept menyatakan: “Mussolini akan menakluk Mesir & Palestin” – Ini tiga bulan sebelum kejatuhan tentera Itali. Armstrong telah terpedaya oleh laporan surat khabar tentang kedudukan British yang kelihatan tiada harapan di Mesir. Ramai orang telah silap memandang rendah angkatan Komanwel. Apabila Itali mengumumkan perang pada Jun 10, 1940 terhadap Britain dan Perancis, kedudukan British di Afrika Utara kelihatan jauh diatasi Jeneral Tentera Darat UK Percival Wavell mengetuai 40,000 orang tentera Dominion, terperangkap antara 200,000 tentera Itali di Libya dan 250,000 di selatan di Etiopia dan Somaliland.

Armstrong membuat taruhan atas keputusannya dan, seperti ramai orang di AS, betul-betul silap.

Wavell membuat pertaruhan berani pada Jun 10, dengan menghantar angkatan kecil ke Libya untuk mempamerkan bendera. Ini pertempuran pembukaan dalam kempen perang yang panjang yang akan menyaksikan keputusannya saling bertukar antara pihak Paksi (Axis) dan Berikat (Allies).

Pihak Itali, di bawah Marshal d’Armata Rodolfo Graziani, menyerang dan menduduki British Somaliland pada Ogos 17, 1940, mungkin memutuskan laluan perdagangan Amerika melalui Laut Merah, dan menyekat orang British daripada India. Pada September 13, Graziani dengan berat hati menyerang Mesir kerana tekanan daripada Mussolini. Tarikh ini ialah tarikh penerbitan terakhir untuk PT. Keadaannya seolah-olah orang Itali di Somalia sudah bersedia untuk menguasai Laut Merah dan menyekat orang British daripada India, dan dengan itu Armstrong mula bising.

Pada Disember 9, Wavell mengutus 30,000 tentera di bawah Jeneral Tentera Darat UK Richard O’Connor untuk mengambil semula Sidi Barrani di Mesir, 65 batu di luar sempadan Mesir dengan Libya. Pihak Itali telah menyediakan pertahanan hebat di kota itu, namun angkatan British itu telah mengejutkan mereka dan mengambil 20,000 tawanan. O’Connor yang berdaya usaha itu kemudiannya menukar serangan besar-besaran itu kepada serangan sepenuhnya ke atas Libya, mengambil lebih banyak tawanan dan menduduki Tobruk, Benghazi, dan seluruh daerah Cyrenaica Libya. 130,000 tawanan Itali berjalan ke arah Mesir.

Kemudian, satu pertukaran besar dalam imbangan kuasa berlaku. Wavell diperintah untuk mengurangkan angkatannya dan menghantar mereka ke Greece. Hitler menghantar Afrika Korps untuk membantu tentera Itali, dengan pimpinan Generalleutnant Erwin Rommel yang efektif. Rommel tiba pada Februari 12, 1941. Di bawah perintah Itali secara tekniknya, Rommel mengetuai serangan kenderaan berperisai yang menghancurkan angkatan British yang lebih kecil itu, menangkap O’Connor dan merampas hampir semua penaklukan British itu kecuali pelabuhan Tobruk yang mengalami pertempuran. Angkatan British, termasuk unit-unit Australia sedia untuk pengepungan yang lama.

Churchill menolak para penasihatnya dan menghantar senjata dan bekalan ketenteraan berharga kepada Wavell, yang berusaha dua kali untuk melepasi Rommel ke Tobruk. Rommel membentuk doktrin perang gurun yang baru, menggunakan meriam pembinasa kapal terbang melawan kereta kebal dan memakai taktik Blitzkrieg untuk mengatasi pihak British. Wavell terpaksa meletak jawatan sebab kekalahan-kekalahan itu. Taktik-taktik penembusan licin dengan kenderaan berperisai telah dibentuk oleh orang Inggeris Kapten Basil Lydell-Hart, selepas Perang Dunia I, namun UK dan AS telah mengabaikan taktik-taktik ini hingga merugikan mereka sendiri. Pihak Jerman menjadikannya pembacaan wajib, justeru pembentukan “blitzkrieg”. Hanya Jeneral British, Sir Percy Hobart mengambil peduli untuk mengkajinya.

Jeneral Sir Claude Auchinleck tiba pada November 1941. Angkatan Gurun UK menjadi Tentera Darat Kelapan UK. Dalam Operasi Crusader, dia mematahkan pengepungan 242-hari Tobruk, mengundurkan Rommel ke El Agheila, dan memusnahkan seperempat daripada Afrika Korps dan hampir separuh daripada Tentera Darat Itali di Libya.

Namun pihak British sukar memberi bekalan kepada kedua-dua Auchinleck dan pulau Malta. Rommel mengukuhkan angkatannya, membekal semula, dan menerpa keluar daripada El Agheila, merampas Benghazi dan mendesak Tobruk. Pihak British berundur ke Barisan Gazala, satu siri kubu yang dihubungkan oleh medan periuk api.

Kedua-dua pihak berhenti untuk berkumpul semula dan menguatkan angkatan mereka. Pada Mei 26, 1942, Rommel memperbaharui serangan, tetapi dihalang oleh tentangan kuat dan tersepit antara dua kubu kuat di Barisan Gazala. Rommel, si “Musang Gurun” (Desert Fox), berpusing menghadap angkatan British. Dia menghancurkan pertahanan Bir Hacheim, dan menakluki Tobruk pada Jun 17. Rommel menangkap 30,000 tentera pertahanan dan kawasan simpanan bekalan di situ.

Hitler menaikkan pangkat Rommel kepada Feldmarschall. Bila diberitahu pangkatnya yang baru Rommel berkata, “Lebih baik jika dia menghantar satu lagi divisi kepadaku”. Angkatan British berundur ke barisan pertahanannya yang pertama di Mesir, Mersa Matruh. Rommel mengejar mereka. Barisan ini jatuh pada akhir Jun 1942.

Rommel dan saluran hubungan kuasa Paksi menjadi regang, meskipun merampas simpanan-simpanan besar bekalan British di sepanjang perjalanan. Rommel tidak dapat menjatuhkan barisan El Alamein, pertahanan terakhir sebelum Alexandria. Churchill memecat Auchinleck dan menggantinya dengan Jeneral William Gott, yang terbunuh dalam nahas kapal terbang ketika mengetuai.

Churchill, terkejut dengan kejatuhan Tobruk, di bawah pihak Afrika Selatan, mencari orang untuk menggantikan Gott yang mampu menyelamatkan Alexandria dan seluruh Mesir daripada menyerah kalah. Dia memilih warga British, Lieutenant Jeneral Bernard Law Montgomery, yang meluangkan banyak waktu mengatur semula dan melatih semula Tentera Darat Kelapan. Pada Ogos 31, 1942, Rommel menyerang barisan El Alamein, dan diundurkan oleh tembakan meriam yang bertalu-talu.

Divisi India dan Anzac kemudiannya memainkan peranan utama dalam kejatuhan angkatan Paksi di Afrika. Apa yang dikenali sebagai Tentera Darat Kelapan British merupakan satu angkatan Komanwel padu yang menghancurkan kuasa Paksi di Afrika Utara. Minyak amat penting bagi usaha perang. Rusia dan Timur Tengah semuanya sebahagian daripada tujuan ketenteraan yang sama.

Pertempuran El Alamein dan kekalahan orang Itali sepatutnya telah mengajar Armstrong satu pengajaran yang amat serius tentang nubuatan, namun nampaknya dia tidak terhalang. Jemaat-jemaat AS nampaknya mengikuti berita luar dan mengemukakan “tekaan-taksiran” mereka sebagai nubuatan. Mereka jarang betul.

Semua pandangan Armstrong tentang UK dan Komanwel British sama-sama pelik dan salah. Dia mendakwa pada 1940 dalam PT: “Kristus akan datang selepas 3.5 tahun kesusahan pada Oktober 43”. Dalam PT April/Mei 1940, Armstrong berkata: “Hari ini England ialah pemerintahan diktator yang sama mutlaknya seperti Hitler atau Mussolini”.

Churchill mengatakan kemudian:
“Sesungguhnya, pernah dikatakan bahawa demokrasi ialah bentuk pemerintahan terburuk melainkan semua bentuk lain yang telah dicuba dari semasa ke semasa.” (Hansard, November 11, 1947)

Pada 1940, orang lain juga menyertai pandangan Perang Dunia II sebagai perang akhirat.

“Tahun 1940 pasti menjadi tahun paling penting setakat ini kerana Harmagedon amat dekat. Sepatutnya semua yang menyukai kebenaran berusaha sepenuhnya untuk mengiklankan Teokrasi itu sementara hak-hak istimewa itu masih terbuka.” (Informant, April, 1940, ms 1).

1940
Kerajaan sudah di sini, Raja sudah ditabalkan. Harmagedon ada di hadapan saja. Pemerintahan gemilang Kristus yang akan membawa berkat-berkat kepada dunia akan segera menyusuli. Oleh itu kemuncak agung telah dicapai. Kesusahan telah menimpa mereka yang teguh bersama Tuhan. (The Messenger, Sept. 1940, ms 6)

Pada 1940 Rutherford berkata:
“Nubuatan Allah Mahakuasa, yang penggenapannya kini jelas nampak daripada fakta-fakta jasmaniah, menunjukkan bahawa kesudahan agama telah tiba dan dengan kesudahannya kejatuhan lengkap seluruh organisasi Iblis.” (J.F. Rutherford, Religion, ms 336, 1940)

Rutherford dan Watchtower berkata pada September 1940:
“Pekerjaan kesaksian untuk Teokrasi nampaknya hampir selesai dalam kebanyakan negara Kristian. …Kini pemerintahan totalitarian telah menindas pekabaran Teokratik, dan harus dijangkakan bahawa apabila mereka berhenti berlawan sesama sendiri semua pemerintah totalitarian akan menumpukan perhatian mereka kepada penindasan menyeluruh segala yang berkaitan dengan Pemerintahan Teokrasi. Jadi apakah maknanya bahawa Pemerintahan Teokratik kini ditindas dalam banyak negara? Ini bermakna bahawa waktunya hampir tiba apabila “tanda” Harmagedon akan dinyatakan dengan jelas dan semua yang berada di pihak Yehovah akan melihatnya dan menghargainya..” (Watchtower, Sept. 1, 1940, ms 265. [White, ms 335 memetik daripada Buku Tahunan 1942 (ms 29), disiapkan oleh Rutherford sebelum saja kematiannya: “Rekod yang diterbitkan di sini akan, kelihatannya, menunjukkan bahawa pekerjaan kesaksian Teokratik atas bumi telah hampir selesai.”])

Pada 1940 Herbert terus dengan lebih banyak nubuatan palsu yang sama:

“Pihak Nazi akan menakluki Britain.” “Turki akan mengkhianati Britain” (PT). Seperti yang kita tahu Turki tetap neutral. Nubuatan dan tuntutan palsu saling menyusuli dengan Armstrong dan pelayanannya.

1941
Pada 1941 Herbert Armstrong membuat kesilapan lanjut yang menunjukkan bahawa dia telah mengelirukan segala tindakan Hitler dalam Operation Barbarossa, dan tindak-tanduk Raja Utara dalam Daniel, di mana berita dari timur dan utara menyebabkannya khuatir dan dia pergi membinasa dengan banyak. Kawasan operasi Rusia adalah di Ukraine dan Stalingrad. Kawasan-kawasan ini berada di Barat Laut Yerusalem dan bukan Timur Laut.

“Nubuatan Alkitab sesungguhnya menunjukkan bahawa Hitler harus menjadi pemenang dalam serangannya terhadap Rusia sekarang!... Hitler akan muncul daripada kempen Rusia ini lebih kuat daripada sebelumnya, bebas untuk mengarahkan seluruh kekuatan angkatannya menentang Britain dan Amerika!” (Herbert Armstrong, The Plain Truth, Sept-Okt. 1941, ms 7)

Pandangan-pandangan Herbert Armstrong itu mempamerkan kejahilan mendalam akan nubuatan dan pewaktuan Alkitab sebagaimana diterapkan menurut Kalendar Tuhan. Begitu juga kumpulan JW, di bawah Rutherford, sama-sama jahil dan salah makluman.

Pada 1941 Rutherford masih menasihati bahawa anak-anak boleh dan patut ditangguhkan.

“Harmagedon pasti hampir, dan ketika waktu itu Tuhan akan membersihkan bumi ini daripada segala yang salah dan tidak dipersetujui. …Mulai dari sekarang kasih sayang kita akan tertumpu pada Teokrasi, tahu bahawa tidak lama lagi kita akan bersama-sama selamanya di bumi. Kita berharap bahawa dalam beberapa tahun, perkahwinan kita boleh disempurnakan dan, dengan rahmat Tuhan, kita akan mendapat anak-anak comel yang akan menjadi penghormatan kepada Tuhan. Kita memang boleh menangguhkan perkahwinan kita sehingga kedamaian kekal ada di bumi ini.” (J.F. Rutherford, Children, 1941, ms 366).

Sekali lagi pada 1941 mereka berkata:
“Sesudah menerima hadiah itu, [buku Rutherford, Children] anak-anak yang berbaris itu mendakapnya, bukan mainan untuk kenikmatan masa lapang, tetapi alat kurniaan Tuhan untuk pekerjaan paling efektif dalam bulan-bulan yang tinggal sebelum Harmagedon.” (Watchtower Sept. 15, 1941, ms 288)

1941
Pada 1941 pandangan sistem JW adalah ini sememangnya Harmagedon:
“Sekarang, dengan Harmagedon betul-betul di hadapan kita, ia menjadi soal hidup atau binasa. Mereka yang ingin menjadi domba lain Tuhan yang akan membentuk kumpulan besar orang yang terselamat daripada Harmagedon dan hidup gembira di bumi selamanya harus menemui jawapan kepada satu pertanyaan yang amat peribadi, dan amat penting.” (Watchtower, April 1, 1942, ms 139).

Sekali lagi pada 1942:
“Dunia Baru Sudah Menjelang… Waktunya singkat. Mereka yang tidak memaklumkan diri mereka dan yang sekarang tidak memilih dunia baru itu yang akan didirikan oleh Kuasa Besar tidak akan hidup untuk memasuki alam berkat dan kegemilangan.” (The New World, 1942, ms 10)

Juga pada 1942 mereka berkata untuk menjangka orang mati yang dibangkitkan kembali bila-bila masa sekarang. Kristus ada dalam Bait dan Pengadilan telah bermula. Dia telah mengumpulkan Bait itu kepada dirinya.

“Tuan Yesus kini telah datang ke bait untuk pengadilan, dan sisa anggota-anggota ‘tubuhnya’ yang masih di bumi  telah dikumpulkannya ke dalam keadaan kesatuan sempurna bait dengan dirinya (Maleakhi 3:1-3), dan dengan itu orang-orang setia dahulu boleh dijangkakan kembali daripada mati bila-bila masa sekarang. Alkitab memberi sebab baik untuk percaya bahawa Harmagedon akan datang tidak lama lagi. Dalam pengharapan ini rumah di San Diego, California, rumah yang banyak diumumkan dengan tujuan jahat oleh musuh agama, telah dibina, pada 1930, dan dinamakan ‘Beth Sarim,’ ertinya ‘Rumah Raja-raja.’ Ia kini dipegang amanah untuk penghunian raja-raja itu pada kepulangan mereka. Fakta-fakta terkini menunjukkan bahawa pakar-pakar agama dunia yang menunggu malapetaka ini sedang menggertak gigi mereka kerana kesaksian yang dibawa ‘Rumah Raja-raja’ itu kepada dunia baru. Bagi pakar-pakar agama dan sekutu mereka, kepulangan orang setia dahulu untuk memerintah dengan pengadilan atas manusia tidak membawa sebarang kegembiraan. Namun bagi mereka yang dinyanyikan malaikat, ‘mereka yang baik hati,’ ini akan menjadi satu waktu kegirangan tak terhingga, dan mereka akan berkumpul di samping raja-raja yang mewakili kerajaan syurga itu.” (The New World, ms 104-105, 1942).

Sekali lagi pada 1942 mereka menjelaskan bahawa tumpuan mereka pada 1914, dan keghaiban (pengangkatan) Kelas Pengantin Perempuan ke Syurga telah membuat mereka mengabaikan penerbitan pekabaran sebenar:

Aktiviti sebegitu dalam penerbitan kerajaan Tuhan dan pembersihan namanya daripada celaan-celaan Iblis melalui agama telah silap diberikan tempat kedua kepada persiapan kelas pengantin perempuan Kristus untuk perkahwinan dengannya di syurga, pada 1914 seperti yang difikirkan sesetengah orang. (The New World; 1942; edisi 2,000,000 ; ms 273-274)

Pada 1942 mereka mengenal pasti kesilapan-kesilapan dalam sistem mereka, Kelas Ayub dan pemimpin mereka sebagai Utusan Tuhan:
Sebelum Utusan Tuhan datang ke bait dan mula mentafsirkan ajaran dan kehendak Tuhan, kelas Ayub telah memburukkan nasihat dengan kata-kata tanpa pengetahuan, sedangkan waktunya belum tiba untuk pendedahan pengetahuan sebegitu. Sesetengah mereka yang ditahbiskan berfikir mereka harus dibawa pulang ke syurga pada waktu tertentu untuk membantu Tuhan menguruskan alam semesta. (The New World; 1942; edisi 2,000,000 ; ms 308)

Pada 1942 mereka mengatakan watak-watak dalam bab Iman Ibrani 11 akan menjadi para pemimpin Jemaat. Mereka akan datang “bila-bila masa sekarang”.

“Perbuatan beriman mereka yang dikenali sebagai bapa kaum di Israel diceritakan dalam bab sebelas Ibrani. Kejadian 12:1-3; 28:13,14; Kisah 7:2-5…. Orang-orang ini akan menjadi wakil-wakil nyata Teokrasi, iaitu pemerintahan yang dicipta dan dibangunkan oleh Tuhan yang mahakuasa sebagai organisasi utamanya dan yang akan memerintah dunia. Bukti lanjut bahawa raja-raja ini akan memerintah atas bumi tidak lama lagi sebagai manusia sempurna ditemui dalam nubuatan Daniel. Tetapi engkau, pergilah sampai tiba akhir zaman, dan engkau akan beristirahat, dan akan bangkit untuk mendapat bagianmu pada kesudahan zaman (Daniel 12:13). Daniel sebahagian daripada raja-raja ini. Buktinya kini dikemukakan bahawa kita sekarang hidup pada kesudahan zaman, dan kita boleh menjangka akan melihat Daniel dan raja-raja lain yang disebutkan itu bila-bila masa sekarang!” (Consolation, April 27, 1942, ms 13).

Sementara itu, Armstrong memindahkan pandangan-pandangannya tentang Mussolini kepada Rommel, dan kemudian kepada Hitler dan golongan Nazi. Semua pandangannya tentang perang itu memang nyata salah sama sekali.

Pada 1942, Herbert Armstrong berkata dalam PT bahawa Rommel akan menakluki Yerusalem dan Mesir dengan bantuan tentera Jerman melalui Caucasus dan Rusia selatan. Hakikatnya, angkatan Jerman telah dihancurkan di Stalingrad dan kira-kira 100,000 orang telah ditawan. Ramai tentera Jerman terkorban di sepanjang barisan Timur dalam tempoh Ogos 1942 – Feb 1943. Tentera Darat Kelapan British menghancurkan tentera Rommel di El Alamein pada Nov. 1942 dan ia kemudiannya mara menyeberangi Afrika untuk bergabung dengan tentera Amerika yang telah mendarat di barat di Tripoli. Tentera Australia bergerak melalui Palestin ke Syria dan mengalahkan Tentera Asing Perancis di bawah Perancis Vichy, yang terlebih dahulu telah berpihak kepada pihak Nazi. Tentera Paksi tidak menjejakkan kaki mereka di Palestin. Tentera Gurun Australia (Tentera Kerajaan Australia (2nd AIF)) kemudiannya kembali ke Pasifik untuk menyertai teman senegara mereka, yang baru saja mengalahkan tentera Jepun buat pertama kalinya di atas darat di Papua New Guinea. Bersama tentera Amerika, mereka bertempur ke arah utara untuk mengalahkan Jepun. New Zealand, India, Afrika Selatan dan Kanada (yang tidak bertempur di gurun) tinggal bersama tentera British dan mengalahkan tentera Paksi di Jerman, dan juga tentera Jepun di Burma, walaupun ramai warga Afrika Selatan telah ditawan pada kekalahan Tobruk.

Pengertian Herbert Armstrong tentang pewaktuan Kepulangan Kristus, dan peristiwa-peristiwa Nazi dalam Perang Dunia II, amat jahil dari segi alkitabiah dan politik. Hanya dalam AS era pra-Perang Dingin barulah dia dapat mengucapkan ramalan-ramalannya yang mengarut itu.

1943
Pada 1943 Armstrong meramalkan pertempuran Kristus dan Nabi Palsu sambil mengaitkannya dengan Hitler.

“Namun Hitler (atau penggantinya jika ada) dan Nabi Palsu akan melawan menentang Kristus!” (Herbert Armstrong, The Plain Truth, Mac-April 1943, ms 6)

Nabi palsu utama yang selamat melalui kegagalan itu ialah Armstrong.

Serupa itu, pengetahuannya dalam Alkitab sehubungan dengan kemajuan sains adalah amat teruk sekali. Dia juga berkata pada 1943:
“Manusia tidak boleh, dengan kapal terbang atau roket atau cara lain, pergi lebih tinggi daripada selubung udara yang mengelilingi bumi kita…” (The Truth Shall Make You Free, ms 285, edisi 1943).

Kemajuan dalam sistem V1/V2, nyata sekali, menggalakkan komen-komennya. Bagaimanapun, lewat dalam 1943 dia mula sedar bahawa Perang Dunia II mungkin bukan perang terakhir, sebab Jerman Nazi sedang mengalami kekalahan teruk. Dia beranggapan perang itu akan mengambil waktu bertahun-tahun untuk tamat seperti mana kita lihat daripada komen-komen 1944-nya, namun dia mula berjaga-jaga agar tidak kelihatan seperti seorang yang betul-betul bodoh. Bagaimanapun, itu nampaknya tidak merisaukannya pada masa lalu, dan ini nampaknya tidak mengganggunya kemudian.

Dia meneruskan pada 1943:
“Perang terakhir akan datang sebagai kejutan yang amat mendadak…Bagaimanapun, kemunculan ‘pembinasa keji di tempat kudus’ ialah bukti nyata bahawa hari dan waktu yang tidak diketahui bagi permulaan perang terakhir itu amat dekat sekali.” (The Truth Shall Make You Free, 1943, ms 341)

1944
Pada 1944 penubuhan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) (United Nations) dilihat

“sebagai satu daripada bukti amat positif bahawa ‘kerajaan syurga sudah hampir’ dan bahawa kesudahan susunan dunia kini hampir. Yesus telah meramalkan penubuhan organisasi anti-Kristus itu.” (The Kingdom Is At Hand, 1944, ms 342)

Armstrong mula memindahkan histeria momok kepada Jepun, sebab Jerman telah dihancurkan pada 1944:
“Kita hanya berjaya menjejaskan sedikit saja pertahanan Jepun di Pasifik dan pada kadar sekarang ini, kita akan mengambil masa kira-kira 20 tahun untuk mengalahkan mereka” (PT)

1945
Dia kemudiannya menganggap Jepun memiliki kemampuan atomik sedangkan Jerman sekalipun telah kalah dalam perlumbaan untuk menciptanya. Dia berkata pada Julai 1945:
“walaupun Jerman binasa Jepun akan membuat bom atom untuk membinasakan Amerika.”

Semua ini meskipun hakikatnya bom atom AS telahpun diuji di Los Alamos. Komponen-komponen penting dibuat di Washington State, yang dekat saja di utara HWA yang berada di Oregon. Dia tidak mempunyai petunjuk nubuatan bahawa hal-hal ini akan terjadi sebagaimana yang terjadi. Pada Ogos 1945 dua bom-A AS dijatuhkan atas Jepun. Tindakan itu membuatkan pihak Jepun menyerah kalah, dan mengakhiri perang itu. Keadaan ini hampir seolah-olah dia terdengar serba sedikit berita dan gosip dan mengarahkannya terhadap orangnya sendiri walaupun merekalah yang sedang menghasilkan benda-benda ini.

Nubuatan Palsu dan Khayalan Selepas Perang
Selepas perang nubuatan-nubuatan itu masih tidak digenapi dan rencana itu seolah-olah terpaksa dijelaskan melalui satu kebangkitan semula. Sesiapa yang membaca Alkitab walaupun sepintas lalu mengetahui fakta itu, jadi ini titik permulaan yang selamat. Bagaimanapun, Herbert membiarkan kejahilannya mengatasi logik mudah dan teknologi terkini yang kian bertambah.

1946
Dia terus saja, selepas perang, pada 1946:
“bencana Harmagedon, lebih hebat daripada apa yang menimpa Sodom dan Gomora, sudah hampir.” (Let God Be True, 1946, ms 194)

Sepanjang dekad berikutnya dia membuat satu siri dakwaan mengarut yang menunjukkan kejahilannya tentang sains, tetapi juga pemahamannya tentang pengiklanan.

1946/7
Dalam PT dia mendakwa bahawa Jerman akan menghasilkan roket super-V2 untuk memusnahkan kota-kota Amerika.

Dia juga mendakwa pada 1946/47: “Tiada negara Yahudi akan wujud di Palestin”. Pertimbangannya adalah bahawa oleh kerana Britain dan Amerika sebenarnya ialah Israel, Palestin harus dipelihara untuk mereka dalam Milenium. Hakikat bahawa mereka ialah Yehuda, nampaknya tidak difahaminya. Juga janji hak kelahiran kepada Zebulon: “Memanggil Bangsa ke Yerusalem”, sama sekali tidak difahaminya (Lihat karya Memanggil Bangsa-bangsa ke Yerusalem (No. 238)).

Penghasilan roket sedang dijalankan di AS dan Kesatuan Soviet. Para saintis Jerman semuanya telah “dilantik” untuk bekerja di tempat-tempat itu. Armstrong benar-benar tidak menyedari Perang Dingin itu dan bencana-bencana dunia yang mungkin pada masa hadapan.

1948/49
Pada PT 1948/49 dia mendakwa bahawa Jerman akan menjadi kuasa besar nuklear dalam tempoh lima tahun. Kenyataannya adalah, Kesatuan Soviet menguji Bom-A dari 1949, dan pada 1953 menguji Bom-H pertamanya. Dia tidak mengerti perkembangan nubuatan zaman akhir. Jerman telah dibahagikan dan tidak diizinkan menghasilkan apa-apa yang boleh dianggap berbahaya oleh tentera pendudukan Berikat Perang Dunia II.

1950
Pada 1950 dalam PT dia berkata: “Apabila Jerman bersatu, ia akan serta-merta berpaling menentang Amerika, lengkap dengan senjata nuklear, dan menggetarkan seluruh dunia”. Hakikatnya adalah penyatuan Jerman tidak terjadi selama empat puluh tahun lagi. Jerman kekal sekutu Amerika dalam perikatan NATO, dan Jerman kekal demokratik. Hingga kini polisinya sederhana, dan pada waktu ini menumpu pada penubuhan Masyarakat Ekonomi Eropah (EEC). Realitinya adalah Britain dan AS telah menjadi lengan ketenteraan PBB serta globalisasinya yang berciri peluasan. Dia tidak nampak semua itu.

Selewat 1950 Armstrong menyatakan bahawa: “Manusia tidak akan sampai ke angkasa”. Seperti kita tahu orang Rusia ialah orang pertama ke angkasa pada April 1961 dengan Angkasawan Soviet Yuri Gagarin, dan pihak Amerika menyusul selepas itu. AS meletakkan orang di bulan pada 1969 dan membawa mereka pulang dengan selamat.

Dalam PT 1950 Herbert Armstrong berkata: “AS tidak akan memenangi apa-apa perang lagi”. Perang Vietnam merupakan contoh utama ramalan ini, sebab mereka berundur dari situ. Bagaimanapun, dia salah tentang semua yang lain. Campur tangan PBB di Korea pada 1950/51 menyelamatkan Korea Selatan daripada kekalahan pasti. AS dan Komanwel British merupakan negara-negara penting dalam perang itu, dengan sokongan lain seperti Turki yang dikatakan Armstrong akan berpaling menentang Britain dan dibinasakan pada Perang Dunia II. AS telah mengecapi “kemenangan-kemenangan” berikut: 1982 Grenada; 1989 Panama; 1991 Iraq. Tentera yang waktu itu dianggap keempat terbesar di dunia telah dihancurkan dalam 40 hari. Mereka terpaksa kembali ke dalam Iraq, dan walaupun mereka menang dalam masa yang singkat mereka terbabit dalam kempen pemberontakan getir yang mungkin menjadi seburuk Vietnam, dan mereka nampaknya bersedia untuk menghadapi Iran dalam masa terdekat. Untuk itu, mereka akan perlu memperkenalkan semula pengerahan.

1951/52
Pada awal 1950an, Herbert Armstrong meramalkan dalam PT bahawa orang kelahiran Mesir tidak akan memerintah Mesir. Ini menunjukkan kejahilan amat sangat dalam nubuatan Alkitab dan Kitab Yehezkiel (lihat karya Kejatuhan Mesir (No. 36): Nubuatan Lengan Patah Firaun). Pada 1953, Gamal Abdel Nasser telah berkuasa. Herbert dikatakan bertindak balas dengan mendakwa bahawa Nasser ialah seorang Arab berkulit cerah dan bukan bangsa Mesir sejati. Pada 1956 Krisis Suez mengukuhkan kedaulatan Mesir sebagaimana yang dijangkakan daripada rangka-rangka waktu yang ditunjukkan oleh Yehezkiel dan Daniel. Pada 1970, Nasser meninggal dan diganti oleh Anwar Sadat, seorang bangsa Mesir berkulit gelap dari Mesir selatan. Justeru, nubuatan Armstrong dan rasionalisasin sekali lagi terbukti salah. Nubuatan sebenar dan penjelasan kejadian itu terkandung dalam karya Kejatuhan Mesir (No. 36): Nubuatan Lengan Patah Firaun.

Kumpulan JW masih sedar mereka telah silap tentang 1914, namun mereka juga cuba merasionalkan kesilapan mereka untuk kumpulan mereka yang dapat percaya. Mereka katakan pada 1951:
“Di bawah bimbingan roh kebebasan Tuhan, majalah hari ini yang dikenali sebagai Watchtower tetapi dahulu dikenali sebagai Zion’s Watch Tower, mula diterbitkan pada Julai 1879. Dalam tahun pertama penerbitannya ia menunjuk kepada tarikh 1914 sebagaimana ditandakan dalam Alkitab.” (What Has Religion Done For Mankind? 1951; ms 308)

Enggan kalah, RCG di bawah Armstrong mula berkata dalam majalah PT pada separuh pertama edaran 1950an bahawa “Kristus akan kembali pada 1957”. Tema ini hanya dialihkan ke hadapan bila setiap tarikh tiba dan berlalu, dan sekali lagi mereka terbukti nabi-nabi palsu.

1953
Pada 1953 orang suruhannya berkata:
“Ya, nampaknya Tuhan memberikan kita satu kitar 19 tahun lagi untuk menyelesaikan pengabaran injil kerajaannya kepada dunia yang sakit dan hampir mati ini… Ada tugas yang amat besar yang perlu dilakukan dalam waktu yang amat singkat di hadapan kita.” (Herman Hoeh, The Plain Truth, Jun 1953, ms 13).

Dia nampaknya cuba membenarkan rekod tetap nubuatan-nubuatan gagal mereka yang begitu mengejutkan.

Pada 1953 mereka berkata:
“Selepas hampir enam ribu tahun dukacita, penderitaan dan kematian manusia, akhirnya kelegaan kekal sudah hampir dan akan menjadi kenyataan dalam generasi ini.” (New Heavens And A New Earth, 1953, ms 7).

Satu generasi ialah empat puluh tahun, dan pada batasnya, rangka waktu ini berakhir pada 1993. Ini secara efektifnya menandakan tamatnya struktur organisasi WCG dan menandakan pengikutan Trinitarian-nya jadi, dari satu segi, dunia terbebas sedikit daripada nubuatan-nubuatan palsu mereka, sebab kaki dian mereka telah dikeluarkan sejak waktu itu.

Pada 1953 dalam artikel Middle East in Prophecy HWA meramalkan Rusia dan Cina tidak akan berpisah tetapi akan terus kekal bersatu sehingga kedatangan Kristus. Mereka berpisah pada 1958 dan kekal musuh sengit selama lebih daripada tiga puluh tahun, berperang dalam banyak konflik dan pertempuran sempadan. Mereka terus terpisah, namun bekerjasama dalam sesetengah hal ekonomi, sebagaimana yang Rusia lakukan dengan Barat. Nubuatan-nubuatan Armstrong nampaknya tidak menunjukkan apa-apa kebolehan untuk melihat di luar batas politik semasa pada waktu dia menulis.

Dalam satu rencana PT 1953, HWA meramalkan bahawa kebangkitan anti-Komunis di Berlin Timur akan membawa terus kepada Jerman Nazi yang dipulihkan. Gerakan itu dihancurkan. Lima puluh tahun kemudian, tiada Nazi yang mendapat kuasa di Jerman. Kaum muda yang dilatih di bawah sistem itu dan dipengaruhi oleh pemikirannya adalah lebih berbahaya, namun mereka telah bertindak dengan hati-hati sebagai pemimpin.

Satu artikel PT 1953 oleh Herman Hoeh kemudiannya mengatakan: “Kremlin merancang untuk 20 tahun di Korea”. Hakikatnya adalah Eisenhower menyelesaikan perang dalam masa satu bulan.

1955
Seperti biasa kependetaan Armstrong, semua mereka, terus salah tentang nubuatan.

Pada 1955 kita juga mendapati:
“dalam terang penggenapan nubuatan Alkitab ia semakin jelas bahawa perang Harmagedon sudah hampir titik pencetusannya.” (You may survive Armageddon into God’s new world, 1955, ms 331).

Herman Hoeh berkata pada 1955:
“Tuhan Mahakuasa telah berfirman melalui hamba-hambaNya para nabi bahawa Dia akan menghukum bangsa kita kerana dosa-dosa mereka. Dia akan mengizinkan nafsu kita sendiri menyebabkan kemarau, banjir, sampar dan kebuluran sehingga kita habis sepenuhnya dan ditawan ke negara-negara lain sebagai hamba dalam waktu dua puluh tahun.” (Herman Hoeh, The Plain Truth, Okt. 1955, ms 16).

Pada waktu itu kemajuan dalam pertanian penting dalam mengelak kekurangan makanan negara-negara ketiga. Hoeh dan Armstrong hanya mempergunakan masalah waktu itu tanpa memahami penyelesaian teknikalnya.

Dalam PT Januari 1955, Herman Hoeh berkata,
“Kita menghadapi bencana seluruh negara selewat-lewatnya 1975… Kita akan dibaham sepenuhnya dan ditawan ke negara-negara lain sebagai hamba dalam masa dua puluh tahun.”

Ini omongan tolol sama sekali. Mereka tidak memahami peranan AS dan KB dalam penubuhan Susunan Dunia Baru (New World Order).

Herman Hoeh juga berkata dalam satu rencana PT 1955:
“dalam masa 20 tahun negara ini akan ditumbangkan oleh kemarau terburuk dalam sejarahnya” -

Lebihan makanan sepanjang tempoh itu adalah signifikan, dan pada 1975, iaitu tahun tuaian ganda tiga dalam kitar untuk Tahun Sabat 1976 dan Yobel 1977, AS mendapat salah satu lebihan gandumnya yang terbesar dan menjualnya kepada orang Soviet.

Dalam usaha untuk mengaburkan tempoh 6,000 tahun itu, JW mula bermain-main dengan waktu hayat Adam untuk menimbulkan keraguan tentang tempoh 6000 tahun itu. Mereka telah menjadikannya kacau-bilau sebelumnya, bila diingat semula dari atas.

Pada 1955 mereka berkata:
“Hakikat nyata bahawa, sebagai sebahagian rahsia Yehovah, tiada seorangpun hari ini yang mampu mengetahui berapa lamanya Adam dan kemudian Hawa hidup sewaktu hari-hari terakhir zaman penciptaan keenam, jadi tiada seorangpun yang sekarang ini boleh menentukan bila enam ribu tahun hari perhentian terkini Yehovah  akan berakhir. Jelas sekali, berapa sekalipun jumlah waktu daripada 930 tahun umur Adam yang dilaluinya sebelum permulaan perhentian hari ketujuh Yehovah itu, jumlah itulah yang harus ditambah kepada tarikh 1976.” (Watchtower, Februari 1, 1955, ms 95).

Oleh kerana mereka tidak mengikut tempoh 4004 BCE dari mula sebab ini tidak sesuai untuk mereka, mereka kelihatan ingin mengaburkan hal ini agar mereka dapat terus menetapkan tarikh-tarikh palsu ini seperti yang diinginkan mereka.

1956
Tanpa halangan, Armstrong dan konco-konconya masih terus menyampaikan nubuatan palsunya.

Dalam PT 1956 mereka berkata: “Britain akan jatuh ke dalam kebuluran dan anarki dalam tempoh 3-5 tahun”.

Pada 1956 juga, Herman Hoeh berkata:
“Tujuh tahun kesulitan nasional ini membawa kita-jika tarikh-tarikh yang nampaknya begitu jelas ditandakan oleh nubuatan-nubuatan ini adalah betul-dari 1965 hingga 1972!” (Herman Hoeh, The Plain Truth, April 1956, ms 22).

Dalam kesalahan terbesar antara semuanya, pada 1956, mereka berani, setelah dua puluh lima tahun nubuatan palsu yang terus-menerus dalam mana tiada satupun ramalan mereka betul, berkata:
“Namun siapa hari ini mengerti apa yang para nabi nubuatkan? Hanya pendeta-pendeta hari ini yang kata-katanya digenapi!-mereka yang dilantik dan dipimpin oleh Tuhan untuk memberitakan kebenaran! Mereka yang ucapannya tidak digenapi tidak mengatakan nubuatan-nubuatan sebenar. Kami berikan di sini rekod tentang apa yang kami kabarkan sepanjang 2 tahun lalu-satu pekabaran yang setahu kami tidak dikabarkan oleh sesiapa lagi…. Namun apa yang selama ini kami peringatkan kamu sedang berlaku!-tepat seperti yang kami nyatakan…. Beginilah kamu tahu bahawa pekerjaan kami bukan pekerjaan manusia tetapi Tuhan!” (Dis. 1956, ms 3)

Dalam PT April 1956, Herman Hoeh berkata:
“TULAH mendatang – dan, menurut amaran nubuatan ini, kira-kira dua tahun dari sekarang.”

Dia juga berkata:
“Kita sudah hampir puncak penduduk kita, walaupun dengan taksiran para perancang industri dan politik kita.”

Nyata sekali dia tahu apa-apa. Penduduk AS pada 1956 adalah kira-kira 180 juta. Penduduk AS telah bertambah sebanyak 50% menjelang 1998 kepada kira-kira 270 lebih juta orang.

Dalam keluaran yang sama Hoeh berkata:
“Ramai antara kamu akan ingat bahawa lebih tiga tahun lalu kami memberitahu kamu bahawa besar kemungkinannya separuh terakhir Pekerjaan Tuhan ini dalam penyebaran Injil Kerajaan Tuhan ke seluruh dunia mungkin akan berakhir pada 1972.”

Justeru, sejak waktu ini, mereka mempromosikan doktrin Place of Safety (Tempat Selamat) 1972, dan kesudahan senario susunan dunia kini pada 1975. Pemahaman mereka akan Petra sebagai Tempat Selamat berdasar pada doktrin palsu yang dihasilkan golongan buta huruf alkitab daripada beberapa mazhab. Herbert Armstrong melakukan amat sedikit penyelidikan asli dan menjiplak kebanyakan karyanya. Petikan-petikannya tidak pernah diakui. Dia mencuri kebanyakan karangannya, seringkali kata demi kata dengan banyaknya, daripada G. G. Rupert, dan daripada karya J. Allen, Judah’s Sceptre and Joseph’s Birthright.

Pada 1956 seterusnya selepas Suez, Radio Church of God (kemudiannya WCG) mula berkata bahawa Britain tidak lagi akan mendapat semula pintu-pintu laut yang dihilangnya. Britain mula membentuk “polisi timur Suez”-nya sepanjang waktu ini. Pada 1982 Britain berperang dengan Argentina dan merampas semula Kepulauan Falkland, yang secara teorinya satu pintu laut yang menguasai Atlantik Selatan. Jadi sekali lagi ini ialah satu nubuatan palsu.

Pada 1956 PT menerbitkan banyak ramalan palsu. Mereka meramalkan Otto Von Habsburg akan menguasai Hungary selepas revolusi Hungary 1956. Revolusi ini ditumpaskan.

Dalam PT April 1956 satu rencana oleh Herman Hoeh berkata: “Wabak penyakit mengancam AS dalam masa 2 tahun”.

Dalam satu PT 1956 suatu artikel di bawah “Siapa akan menguburkan siapa?” meramalkan bahawa komunisme di Rusia akan bertahan lebih lama daripada AS. Seperti yang kita tahu ini tidak terjadi. Ia roboh pada 1991.

Dalam satu PT 1956 mereka berkata bahawa Franz Josef Strauss akan menjadi binatang dan orang perbantahan dalam kitab Hosea.

Sudah menjadi sejarah bahawa Strauss tidak pernah menjadi pemimpin Jerman. Dia dikalahkan oleh Helmut Schmidt pada 1982 dan meninggal 1988. Dia merupakan sekutu kuat AS dan Israel seumur hidupnya.

Pada 1956 seterusnya, selepas Suez mereka berkata bahawa Britain tidak lagi akan memenangi perang. Sejarah membuktikan itu salah, walaupun mereka semakin terbabit dalam masalah-masalah Timur Tengah sekarang yang berulang-ulang. Masalahnya bukan perang, tetapi memenangi kedamaian.

Herman Hoeh berkata, “Dalam 10 tahun lagi sebab takut akan keganasan Komunis keadaan tidak akan selamat untuk tinggal di Asia atau Afrika”. Menjelang 1975, tentera AS akhirnya dihalau keluar dari Vietnam dan Indochina, namun pangkalan tentera AS tetap selamat di semua tempat lain di Asia. Satu-satunya bahagian dunia ini pada tahun-tahun itu di mana warga Amerika menghadapi ancaman nyata keganasan peribadi ialah Timur Tengah Arab; Afrika Sub-Sahara dan Asia berkeadaan baik. Sekali lagi, ramalan-ramalan itu sama sekali bertentangan dengan realiti.

Herman Hoeh, masih dalam 1956, merujuk kepada “kebangkitan semula Fasis-agama Eropah yang bakal menimpa yang akan menakluk kita dalam masa yang dinubuatkan iaitu 17 tahun”. Pada 1973 Presiden Nixon, dan Setiausaha Negara Henry Kissinger mengumumkan “Tahun Eropah”. Komuniti Eropah diperluaskan untuk merangkumi Britain dan Ireland antara lainnya. Tanpa perlu dikatakan lagi, tiada fasisme, dan tiada penaklukan. Cabaran kepada Amerika Syarikat datang dari negara Arab dan negara-negara pengeluar minyak yang lain yang mengganda empat harga minyak, dan melumpuhkan pertumbuhan ekonomi Eropah.

Semua nubuatan itu bertentangan sama sekali dengan realiti.

1957
Pada 1957, Garner Ted Armstrong, seorang lagi daripada pasukan itu yang cenderung membuat nubuatan-nubuatan palsu ini, menyatakan:
“Dua tahun lalu, Herman Hoeh menunjukkan dalam majalah ini bagaimana firman Tuhan menubuatkan wabak-wabak penyakit akan menimpa Amerika Syarikat dalam dua tahun yang singkat! Wabak-wabak itu sedang bermula sekarang! Semuanya akan bertambah buruk! Tuhan menubuatkan bahawa akhirnya, dalam tempoh lima belas tahun berikutnya, sepertiga daripada jumlah penduduk kita akan mati sebab penyakit dan kebuluran!” (Garner Ted Armstrong, The Plain Truth, Dis. 1957, ms 23).

Pada 1957, Roderick Meredith, salah seorang daripada pasukan “nabi-nabi” itu berkata:
“Tiada lagi jemaat atau pekerjaan di atas muka bumi ini yang mengerti ataupun berani menyatakan amaran-amaran penting ini!... Sesungguhnya inilah Pekerjaan Tuhan!... Engkau sudah diamarkan!” (Roderick Meredith, The Plain Truth, Ogos 1957, ms 6).

Pada 1957 pasukan Armstrong berkata: “Britain tidak akan menyertai Pasaran Bersama Eropah (EEC)”, namun pada 1973 Britain menyertai Pasaran Bersama Eropah. Satu lagi nubuatan palsu dibuat dan hancur dalam dua kitar Sabat.

Pada Ogos 1957 Roderick Meredith dilaporkan berkata:
“pada akhir kemarau dan banjir yang kita baru mula deritai ini, negara ini akan dihukum dengan WABAK PENYAKIT yang menakutkan – tulah.”

Bila? Dengan penuh persetujuan dia menyebut satu tajuk Plain Truth 1956: “Wabak Penyakit Mengancam AS dalam masa 2 tahun!” Jelas sekali, 1958 dimaksudkan.

Meredith meneruskan:
“Sebagai tambahan kepada amaran-amaran itu…kita akan segera mendapati bahawa penyakit kuku dan mulut akan menular SAMA SEKALI TIDAK TERKAWAL!”

Dalam rencana yang sama, dia terus bernubuat:
“Selepas 1965 kita ditakdirkan dilanda kesusahan bertambah dengan negara-negara lain. Amerika dan Britain akan mula menderita daripada sekatan perdagangan yang diadakan oleh bangsa-bangsa berkulit Coklat dan bangsa Timur dan oleh ‘Negara-negara Bersatu Eropah’ kuasaan Jerman yang akan datang. … Kita akan mula mengalami kepedihan kelaparan dan kekurangan barangan.”

Nubuatan Roderick Meredith ini bukan saja salah, ia juga terbalik sama sekali daripada apa yang terjadi, dan ini menampakkan tiada pemahaman langsung tentang globalisasi ekonomi dunia yang mendatang yang begitu penting kepada pembentukan kuasa binatang nubuatan. Tiada sekatan ekonomi dalam tempoh ini sebaliknya kemakmuran kebendaan yang amat baik. Para penghasil minyak Arab memang ada mengadakan satu sekatan pada 1973-4 namun Armstrong dan pasukannya, seperti Meredith, seolah-olah tidak sedar apa berlaku dan merasionalkannya. Mereka nampaknya tidak berkemampuan mengunjurkan hal-hal itu ke masa hadapan dan melihat kesan-kesannya yang mungkin ke atas aktiviti-aktiviti dunia, berbekalkan nubuatan Alkitab.

Sebab tidak ingin kalah, kalau-kalau sesuatu terjadi pada 1957, pada April 1957, majalah The Watchtower mengutip Mihran Ask, seorang pendeta dari California, sebagai berkata bahawa pada 1957 (Januari): “Suatu waktu antara April 16 dan 23, 1957, Harmagedon akan melanda dunia! Jutaan orang akan binasa dalam nyalanya dan tanah akan dibakar”.

Dalam satu rencana PT 1957 mereka meramalkan Perjanjian Rom, yang mewujudkan Pasaran Bersama Eropah, akan membawa kepada pemerintahan diktator Katolik/Nazi selewat-lewatnya 1962. Satu lagi nubuatan palsu dilihat dan gagal.

1958
Pada Oktober 1958 Herman Hoeh, menulis rencana bertajuk “U.S. and Britain and Nazi UNDERGROUND Behind Arab Crisis”. Sebarang pengaruh Nazi ke atas orang Arab tidak pernah wujud dalam “Krisis Arab” ini. Kumpulan Nazi adalah bersifat anti-Semit dan orang Arab ialah bangsa Semit. Mereka tentunya orang bodoh berfikiran lurus jika menjadi penyokong Nazi. Herman Hoeh nampaknya tidak benar-benar memahami latar belakang dan kesan rumit daripada apa yang dikatakannya. Krisis di Jordan, Lubnan dan Iraq pada 1958 telah dimarakkan oleh satu gelombang sosialisme Arab. Sebagaimana yang diperhatikan sesetengah orang, ideologi ini masih dicerminkan hari ini beberapa dekat kemudian dalam ideologi-ideologi Ba’athist Syria dan Iraq. Semua itu disokong demi kelebihan politik oleh kuasa-kuasa komunis, dan khususnya Kesatuan Soviet.

Keasyikan WCG dengan kuasa binatang kuasaan Katolik dan Eropah yang merampas Yerusalem telah menyebabkan mereka mengeluarkan amaran palsu banyak kali.

Pada 1958 Herman Hoeh menurut kemahuannya meracau bermacam-macam dengan sokongan Armstrong. Dia dikatakan berkata:
“Bakal Führer Jerman-yang akan memimpin mungkin dalam tempoh 13 tahun dari sekarang satu kesatuan 10 negara di Eropah (Wahyu 17:12-13)-ialah ‘raja utara.’ Dia akan ‘menjangkau negeri-negeri, dan negeri Mesir tidak akan terluput’ (Daniel 11:42). Satu pergaduhan akan berlaku antara Nasser dan penyokong Jermannya. Para penasihat Nazi kepada Nasser belum lagi menyerangnya. Jerman akan merampas Suez daripada Mesir. Jerman akan merampas saluran-saluran paip minyak Syria, yang kini di bawah kawalan Nasser.” (Herman Hoeh, The Plain Truth, Oktober 1958, ms 4).

Seperti yang kita tahu, Jerman tidak berbuat begitu dan tidak mungkin melakukan apa yang dianjurkan tentang mereka ini. Pengertian WCG amat kekurangan untuk apa-apa analisis politik, apa lagi nubuatan.

Idea bahawa EEC terdiri daripada “sepuluh negara” berpunca daripada salah erti tentang sepuluh kepala sistem itu. Jelas sekali, pasukan Armstrong tidak tahu langsung tentang skop EEC dan kesan serta bentuk akhirnya. Kalaulah mereka tahu mereka tentunya tidak membuat nubuatan palsu mengarut dan memalukan yang begitu banyak tentangnya.

1959
Semua pesan Rod Meredith menggemakan khayalan ini. Mereka melafazkan nubuatan palsu demi nubuatan palsu dan Rod Meredith cuba mengaku yang sebaliknya.

“Kami telah berani, tidak seperti mana-mana jemaat lain di dunia, menyatakan peristiwa-peristiwa nubuatan khusus yang nyata dan semuanya berlaku!... Sebab peristiwa-peristiwa dinubuatkan yang khusus yang dinyatakan Jemaat ini saja akan terbukti segera sebagai realiti jasmaniah! Tiada pertimbangan atau bantahan tentang ini. Anda akan melihat dan merasa hal-hal ini terjadi!” (Rod Meredith, The Plain Truth, Jun 1959, ms 32)

Sebagai pelapor hal-ehwal semasa mereka sama-sama gagal dengan teruk sekali. Dalam satu artikel PT 1959 oleh Herman Hoeh mereka berkata: “China Merah merancang serangan musim bunga ke atas India”. Mereka maksudkan musim bunga 1959 bukan kemudian. Kami masih menunggu.

Dalam satu lagi PT 1959 mereka berkata: “Malapetaka untuk AS dalam 10-15 tahun”.

Dekad 1960an
Pada awal 1960an mereka menerbitkan dalam PT bahawa “Manusia tidak akan sekali-kali berjalan di atas bulan”.

Majalah-majalah PT pada 1960an menerbitkan tema nubuatan palsu, nampaknya tertuju kepada realiti perikatan-perikatan semasa, dan aktiviti-aktiviti yang sebenarnya menggagalkan rancangan iblis setan untuk pembinasaan sistem dunia. Ini seolah-olah suara keluar daripada mulut mereka secara konsisten yang bertentangan dengan realiti yang tidak dipersetujui iblis setan.

Pada 1960an Majalah Plain Truth (PT) berulang kali mendakwa 1972 ialah tahun kedatangan Kristus.

Dalam PT 1960an, kedua-dua HWA dan anaknya GTA mendakwa bahawa ancaman Arab radikal kepada medan minyak akan menyebabkan Jerman dan Jepun mempersenjatai semula kerana Amerika tidak mampu melindungi mereka.

Dalam Perang Teluk 1991, perkara sebaliknya berlaku dan kedua-dua negara ini enggan membantu apabila diminta.

Dalam PT 1960an mereka mendakwa bahawa Amerika Syarikat tidak akan sekali-kali dapat menterbalikkan arus Komunisme dalam dunia. Komunisme luput dengan sendirinya, dalam kewalahannya sendiri di Rusia. Orang China kini telah mengambil tindakan untuk mencegah masalah-masalah sama dan menerima sistem kapitalis pemulihan.

Dalam artikel-artikel PT 1960an Rod Meredith menyampaikan tema bahawa: “Turki akan menghalang Angkatan Laut Keenam Amerika Syarikat daripada melarikan diri daripada serangan Eropah Nazi dan akan mengkhianati Amerika dan Britain. Ia kemudiannya akan dimusnahkan kerana pengkhianatan ini”. Dia salah sama sekali dan ramalannya bukan saja palsu, ia juga menyalahtafsir seluruh struktur dan teras NATO. Ini tentunya akan diunjurkan sekali lagi ke masa hadapan namun terasnya masih tetap palsu.

Mereka juga membuat nubuatan palsu tentang sistem pertanian dalam PT 1960an. Mereka berkata bahawa jenis tanaman dan gandum baru daripada “Revolusi Hijau” berhasilan tinggi akan menyebabkan lebih banyak kebuluran, bukan kurang. Perkara sebaliknya terjadi. Hasil makanan di negara-negara membangun dan terdesak di Asia, Afrika dan Amerika Latin melambung naik sepanjang 20 tahun seterusnya dan melampaui pertumbuhan penduduk.

Dalam  PT 1960an mereka berkata bahawa semua tanah negeri-negeri “Bakul roti” Barat tengah AS akan terhakis selewat-lewatnya 1972. Hakisan ini akan mengakibatkan kebuluran besar-besaran. Hakikatnya hakisan tanah Barat tengah telah dihentikan kebanyakannya pada 1980an. Program Jabatan Pertanian pentadbiran Reagan untuk menanam pohon dan mengambil langkah-langkah antihakisan di kawasan itu bertindak balas terhadap masalah ini dan mereka terbukti salah sekali lagi.

Seluruh sistem Radio Church of God serta kependetaannya terus-menerus mengucapkan nubuatan palsu.

1960
Pada 1960 mereka berkata jika John F. Kennedy dipilih presiden, Paus akan memperolehi tapak penting untuk merampas kuasa di Amerika.

Pada tahun yang sama, satu lagi nubuatan telah terbukti palsu. Piazzi Smyth, seorang ahli astronomi istana Scotland pada masa lalu, menulis sebuah buku sekitar 1860 bertajuk “Our Inheritance in the Great Pyramid” (Pusaka Kita dalam Piramid Besar). Ini bertanggungjawab menyebabkan kepercayaan dalam piramidologi di seluruh dunia. Ini ialah kepercayaan bahawa ada rahsia tersembunyi dalam ukuran piramid-piramid besar. Dia menyimpulkan daripada penyelidikannya bahawa milenium akan bermula sebelum akhir 1960 CE.

Pada 1960 Ted Armstrong menyertai semua yang lain dalam mengucapkan nubuatan palsu yang semakin meningkat. Dia melihat dirinya sebagai waris nyata kepada satu empayar perniagaan nubuatan palsu, dan apa yang diucapkan nampaknya tidak penting asalkan ada yang diucapkan. Nampaknya tidak mengapa kalau ia menjadi kenyataan atau tidak; mereka masih memberi wang mereka.

“Semua masalah dalaman ini, bergabung dengan kebangkitan kuasa yang cepat suatu gabungan besar yang menakutkan di Eropah, akan bermakna bencana besar untuk Amerika Syarikat dan Britain pada tahun ‘60an… Ia akan terjadi! Tiada pertimbangan, ‘pemberian erti rohaniah,’ bantahan, keraguan, ejekan, atau kesangsian akan mengubahnya! Tuhan yang Mahakuasa, dalam FirmanNya yang tidak tercabul, bertitah dari takhta besarNya dalam alam semesta bahawa semua nubuatan ini sesungguhnya akan terjadi!” (Garner Ted Armstrong, The Plain Truth, Mac 1960, ms 10).

1961
Pada 1961, sistem JW masih mengeluarkan pesan-pesan yang tidak menentu. Mereka berkata:
“Sama seperti Elia dahulu, mereka cukup berputus asa, tidak pasti akan hidup, bila memikirkan kesudahan hidup dan pekerjaan sudah menjelang. Ini khususnya kerana kumpulan sisa adalah sebahagian daripada golongan perawan yang diserahkan kepada Kristus sebagai Pengantin Perempuannya dan ia gagal mencapai harapannya untuk dimuliakan bagi kehidupan syurgawi bersamanya pada 1914 dan sekarang pada 1918.” (Let Your Name Be Sanctified; 1961, ms 313).

Masih berusaha meramalkan kebangkitan sistem Eropah menurut paradigma mereka dalam urutan PT 1961, HWA menubuatkan bahawa krisis Berlin akan mengakibatkan kejatuhan Amerika, dan kebangkitan Jerman Nazi bersatu.

Perkara sebaliknya berlaku. Tindak balas AS yang kuat terhadap krisis Berlin itu mengesahkan kepimpinan AS di Eropah selama lebih daripada tiga dekad. Jerman terus terbahagi selama lebih tiga puluh tahun. Apabila ia bersatu, ia bersatu sebagai sebuah negara demokrasi dalam E.E.C. dan sekutu AS dalam NATO.

Dalam satu rencana PT 1962, HWA memaparkan kejahilan sepenuhnya dalam ekonomi. Dia mendakwa, “Tiada lambungan ekonomi yang kelihatan” – sedangkan AS sudah memulai waktu pertumbuhan terbesar dalam sejarahnya dan mungkin dalam sejarah dunia.

1962
Pada 1962 kegagalan Armstrongisme untuk mengertikan apa yang sedang berlaku dari segi teknologi dan nubuatan digambarkan oleh pernyataan-pernyataan berikut.

“Dalam Yoel 1, dalam Matius 24, Markus 13, Lukas 21 dan Yohanes 13-dalam Wahyu 6, dan dalam nubuatan lain, satu perubahan dalam cuaca-yang mengakibatkan kebuluran yang tidak pernah berlaku sebelumnya selewat-lewatnya sekitar 1970-72 dinubuatkan. Ekoran daripadanya wabak-wabak penyakit menakutkan dinubuatkan! Sepertiga daripada penduduk AS dan negara-negara Komanwel British akan binasa kerana bencana ini.” (The Plain Truth. Herbert Armstrong, Feb. 1962, ms 5,7.)

Aspek nubuatan ini telah dikutip daripada Kitab Wahyu, tetapi disalahgunakan sepenuhnya. Pemanasan Global dan peranannya tidakpun disebutkan, apa lagi difahami atau dimengerti, sebagai sebahagian daripada urutan itu.

Ted Armstrong memantapkan kedudukan bapanya sebagai seorang nabi sejati agar dia dapat mengikut jejak langkahnya. Dia melakukannya dengan cukup baik, sebab dia mahupun para pembantunya tidak pernah betul.

Pada 1962 dia berkata:
“Anda tidak perlu memahami ‘doktrin Alkitab’ tertentu, atau perlu menyetujuinya, untuk mengaku secara jujur bahawa apa yang telah dinyatakan dengan setia oleh En. Herbert W. Armstrong sebelum, sewaktu dan tepat pada penutupan Perang Dunia II, dan apa yang hari demi hari dinyatakannya dan orang lain yang menyertainya sejak itu dalam pekerjaan Tuhan yang besar ini-benar-benar berlaku di hadapan matamu!” (Garner Ted Armstrong, The Plain Truth, Nov. 1962, ms 21).

1963
Dalam artikel pertamanya, dalam PT Mac 1963, Gene Hogberg berkata cuaca terburuk dalam satu dekad bererti mulanya kitar kebuluran. Nampaknya setiap orang mesti mengikut pemimpin dalam nubuatan palsu. Mereka mengukuhkan dan mempercayai semua pernyataan palsu masing-masing sebagai bukti realiti.

Pada 1963 kumpulan JW juga tidak ketinggalan dalam perlumbaan nubuatan palsu ini:
“Apakah kepentingannya hari ini?” Ertinya adalah menjelang musim luruh 1963 umat manusia genap menduduki bumi selama 5,988 tahun. Maka, adakah ini bermakna bahawa menjelang 1963 kita telah mara 5,988 tahun ke dalam ‘hari’ bila mana Yehovah ‘berhenti daripada segala pekerjaannya?” (Kejadian 2:3) Tidak, sebab penciptaan Adam tidak bersamaan dengan permulaan hari perhentian Yehovah. Susulan penciptaan Adam, dan masih dalam hari penciptaan keenam, Yehovah nampaknya telah membuat lebih banyak ciptaan binatang dan burung. Dia juga meminta Adam menamakan binatang-binatang itu, yang pastinya akan mengambil masa, dan dia meneruskan dengan mencipta Hawa. (Kejadian 2:18-22; lihat juga NW, Edisi 1953, nota kaki tentang Ayat 19) Berapa sekalipun waktu yang berlalu antara penciptaan Adam dan penghujung ‘hari keenam’ harus ditolak daripada 5,988 tahun untuk memberikan panjang waktu sebenar dari permulaan ‘hari ketujuh’ hingga sekarang. Tiada faedahnya menggunakan kronologi Alkitab untuk mengagak tarikh-tarikh yang masih berada di masa hadapan dalam aliran waktu.” (All Scripture is inspired of God and Beneficial, 1963, mukasurat 286).

Tiada kronologi dikenal pasti yang menunjukkan urutan ini, dan sistem Ussher tidak pernah diperiksa. Kalaulah sistem ini telah diperiksa, ia pastinya membuktikan pernyataan ini satu lagi nubuatan palsu.

Dalam surat rakan sekerja November 30, 1963, Herbert Armstrong berkata: “Kita hanya ada lapan tahun untuk menyiapkan Pekerjaan itu”. Dalam sepucuk surat rakan sekerja November 22, 1963, dia telah mengatakan bahawa: “Dalam waktu lapan tahun semua pendeta kita akan didiamkan”. Maksudnya, penganiayaan agama akan mendiamkan pelayanan Worldwide Church of God. Sekurang-kurangnya ini tentunya telah melepaskan kita daripada semua nubuatan palsu ini.

1964
Pada 1964 Ron Kelly menyertai nabi-nabi palsu ini dan berkata:
“Penyatuan Jerman? Mungkin ini akan terjadi lebih awal daripada sangkaan kita! Penyatuan sepuluh negara di Eropah pasti akan berlaku dalam beberapa tahun saja lagi.” (Ron Kelly, The Plain Truth, Sept. 1964, ms 20).

Mereka memutuskan bahawa perang Bom H pasti berlaku jadi, untuk memuatkannya ke dalam rangka waktu mereka, mereka berkata dalam satu surat rakan sekerja 1964 bahawa “tinggal 7 tahun lagi sebelum perang Bom H meletus”.

1965
Dalam satu rencana PT 1965 mereka berkata bahawa selewat-lewatnya 1969 Britain tidak akan terdaya lagi dan jatuh miskin serta meminta bantuan daripada Jerman. Roderick Meredith berkata pada 1965 bahawa:
“Terus-terang, berdozen-dozen peristiwa yang dinubuatkan menunjukkan bahawa kebangkitan muktamad Empayar Rom di Eropah ini-dan penganiayaan kejamnya terhadap kumpulan besar umat Kristian yang percaya Alkitab-akan berlaku dalam masa tujuh hingga sepuluh tahun akan datang!” (Rod Meredith, The Plain Truth, Feb. 1965, ms 48).

Dalam keluaran yang sama Rod Meredith dilaporkan berkata bahawa terdapat “bukti tercatat Hitler tidak mati di dalam tempat perlindungannya”.

Pada Mei 1965 dia seterusnya berkata:
“Nubuatan Alkitab menyatakan bahawa serangan terakhir ke atas AS dan Britain oleh kuasa ‘Binatang’ yang mendatang ini boleh dilancarkan dengan mudah mungkin seawal musim bunga 1972 atau lebih awal …” (Rod Meredith, The Plain Truth, Mei 1965, ms 45).

Rod Meredith mendakwa bahawa suatu “sekatan perdagangan oleh Pasaran Bersama Eropah akan menghancurkan Britain dan AS”.

1965 bersepahan dengan pernyataan-pernyataan palsu dan mengarut yang menunjukkan tiadanya ilham nubuatan walau sedikitpun. Malah sesetengahnya cukup aneh. Mereka berkata bahawa Yerusalem Timur akan terus berada dalam tangan bangsa bukan Yahudi hingga kedatangan Kristus, dan kurang daripada dua tahun kemudian orang Israel menaklukinya.

PT Mei 1965 mendakwa bahawa: “Hitler akan diberi kebangkitan palsu oleh Paus”.

Dalam surat rakan sekerja 13 Disember 1965, Herbert Armstrong berkata: “Kita berada dalam kemuncak segala kemuncak – tinggal 6 tahun saja lagi”.

Nubuatan Herman Hoeh kehabisan masa dan terbukti palsu seperti semua lain yang dikatakannya.

“Pedang Komunisme dan fasisme yang bangkit semula di Eropah Tengah dan Selatan akan mula (menjelang 1965) menundukkan kita.”

Empat puluh tahun kemudian ia masih nubuatan palsu yang tidak menjadi nyata.

Pada lewat 1960an mereka mula mendakwa bahawa menjelang pertengahan 1970an Britain akan kehilangan semua pintu lautnya. Britain membuat polisi “Timur Suez”-nya pada waktu ini dan selepas membantu Malaysia dan Singapura berdiri sebagai negara-negara utama, menarik diri dari situ. Britain melepaskan Hong Kong pada akhir tempoh sewa 200 tahun pada akhir abad ke 20 tetapi masih mempunyai pangkalan di Gibraltar, Cyprus, Ascension, Mauritius, dan tempat lain. Ini diumumkan kepada khalayak ramai, namun mereka ingin juga menjadikannya satu ramalan, dan tetap silap walaupun begitu.

1966
Dalam satu rencana PT 1966 oleh Dale Schurter kita semua disuruh “bersedia untuk kebuluran di AS dalam masa 3-5 tahun”.

Kegagalan kependetaan RCG/WCG untuk memahami Kalendar yobel, atau perladangan bererti mereka memberi nasihat salah dan kemudian menggunakan nasihat salah itu sebagai bukti bahawa kebuluran akan berlaku dan tiada apa-apa yang akan berhasil.

Herbert Armstrong melarang baja (pupuk), dan ratusan petani-anggota WWCG menjadi bankrap akibat mengikuti ajarannya bahawa ini berdosa. Kegagalan mereka untuk memulihkan kalendar yobel juga bermakna bahawa petani-petani ini tidak pernah selaras dengan kalendar sebenar.

Roderick Meredith dilaporkan berkata dalam satu khotbah 1966 bahawa dalam masa tiga tahun, selewat-lewatnya 1969, masyarakat di Amerika akan runtuh. Dia berkata bahawa berjuta-juta orang akan lari ke kota. Kenapa orang pergi ke kota dalam keadaan keruntuhan sosial adalah sesuatu yang membingungkan bagi pemerhati, namun dia mengatakannya. Ini tidak terjadi, seperti yang kita semua tahu.

Pada 1966 kronologi Ussher sekali lagi diabaikan dan ada yang menghitung 1975 sebagai penghujung waktu 6,000 tahun itu. Asas perhitungan mereka ini sama anehnya seperti semua perhitungan sistem JW sebelumnya.

“Menurut kronologi Alkitab yang boleh dipercayai ini enam ribu tahun dari penciptaan manusia akan berakhir pada 1975, dan tempoh ketujuh seribu tahun sejarah manusia akan bermula pada musim luruh 1975 CE. Kewujudan manusia selama enam ribu tahun di atas bumi akan berakhir tidak lama lagi, ya dalam generasi ini. Pemerintahan Kristus…sejajar dengan milenium ke 7 …” (Life Everlasting in Freedom of the Sons of God, 1966, ms 29-30)

Jadi pada 1966 kita perhatikan bahawa JW menganjurkan 1975 dan begitu juga RCG. Ini seolah-olah “anjing-anjingku menyalak apabila anjing tetanggaku menyalak”.

“Perbincangan 1975 boleh dikatakan mengatasi semua yang lain. ‘Buku baru itu mendorong kita untuk sedar bahawa Harmagedon, sebenarnya, sudah amat dekat,’ kata seorang peserta konvensyen.” (Watchtower, 15/10/1966, ms 629)

Pada 1966 mereka menganjurkan buku ini dan menggunakannya sebagai bukti satu sistem baru (dan sama-sama palsu).

“Dalam abad kedua puluh ini satu kajian bebas telah dilakukan tanpa mengikut secara membuta beberapa perhitungan kronologi tradisional Kekristianan, dan jadual waktu yang diterbitkan hasil daripada kajian bebas ini menentukan tarikh ciptaan manusia sebagai 4026 B.C.E. Jadi tempoh enam ribu tahun kewujudan manusia di atas bumi akan tamat tidak lama lagi, ya, dalam generasi ini.” (Life Everlasting in Freedom of the Sons of God, ms 29, 1966)

Ini nampaknya berdasar pada tarikh 4026 BC yang mengakhiri 6000 tahun itu pada 1975. Kalau kita ambil ciptaan Adam pada 4004 BCE, iaitu menurut kronologi Ussher, maka kita mengambil hakikat bahawa Adam dicipta sebagai manusia dan kita boleh mendapat satu tarikh jangkaan Yobel pada 4024. Ini kemungkinan sekali andaian yang telah digunakan, namun tarikh-tarikh itu tersasar dua tahun sebagaimana yang sering berlaku dengan JW. Kebiasaan mereka menjiplak sesama mereka dan kekurangan pendidikan sejarah mereka mungkin menjadi punca kesilapan ini. Justeru yobel 1977/8 adalah yang dimaksudkan. Masalahnya kemudiannya melanjut kepada hakikat bahawa dunia ini tidak dikutuk untuk tempoh satu yobel lagi. Iaitu, ia tidak dimulakan sehingga akhir waktu pertanggungjawaban Adam hingga dia berumur tiga puluh tahun. Jadi penghujung 6,000 tahun itu paling awalpun berakhir dalam yobel 2027 dan bukan 1977. Kalaulah Herbert Armstrong dan Watchtower and Bible Tract Society memelihara Kalendar Tuhan dengan betul, dan sistem yobel, mereka tentunya tidak akan membuat kesilapan ini atau kesilapan-kesilapan sebelumnya (lihat juga karya Kalendar Tuhan (No. 156)).

1967
Kedua-dua jemaat dan kependetaan terus begitu pada 1967.

“Cuba fikirkan, 1975 menandakan penghujung 6,000 tahun pengalaman manusia….Itukah waktunya apabila Tuhan menghapuskan orang jahat?... Mungkin sekali, tetapi kita akan terpaksa menunggu untuk melihat.’ (Watchtower, 1/5/1967, ms 262)

“‘Hari Si Dia yang Abadi’ – satu waktu yang diramalkan dalam lebih daripada tiga puluh nubuatan – akan menjelang antara 5 dan 10 tahun dari sekarang!... Saya tidak menulis sembarangan, tetapi dengan amat waras, atas wibawa Kristus yang hidup!” (Herbert Armstrong, The Plain Truth, Feb 1967, ms 47)

Jadi Herbert Armstrong mengaku berbicara atas wibawa Kristus dan menjadikan Kristus subahat dalam nubuatan palsu ini.

Dalam surat rakan sekerja Julai 5, 1967, HWA menyatakan bahawa: “orang Yahudi akan menghancurkan Kubah di atas Batu (the Dome on the Rock)”.

Dia juga membuat persetujuan dengan kuasa-kuasa yang tidak berkuasa melakukan apa yang diaturnya dalam waktu yang singkat. Fakta-fakta ini menunjukkan dia benar-benar tidak memiliki pengetahuan nubuatan walau realiti jangka pendek sekalipun.

Dia berkata “Sekarang ini, lima hingga tujuh tahun sebelum Hari Tuhan yang dahsyat itu, Kristus yang hidup telah bertindak pantas untuk membuka pintu terpenting yang telah ditutup sejak zaman rasul-rasul asal!” …Tuhan yang Mahakuasa telah membuka bagi [penyiaran] The World Tomorrow, secara eksklusif, pintu raksasa radio superkuasa dari Yerusalem!... Kami telah menandatangani suatu perjanjian wajib selama lima tahun dengan Kerajaan Hashem Jordan…” “Apabila waktunya tiba, kepada siapakah Tuhan membuka kemudahan-kemudahan radio yang berharga ini? Bukan kepada Roman Katolik…ataupun Protestan! Bukan kumpulan Koptik [sic]… Tidak, Dia telah membukanya secara eksklusif, melalui perjanjian wajib dengan Kerajaan Jordan, kepada PekerjaanNya… Ini membuktikan suara yang mana di atas bumi hari ini merupakan suara Tuhan sendiri…. Sekiranya kamu pernah sangsi yang mana satu Pekerjaan Tuhan yang sejati, kamu patut pasti sekarang!” (Ibid, ms 6) (Herbert Armstrong, Surat rakan sekerja April 17, 1967, ms 3-4).

Armstrong kemudiannya berkata:
“Tidak lama lagi sebuah Bait akan ada di Yerusalem, dengan korban-korban harian yang dipersembahkan sekali lagi… Yerusalem akan dikelilingi dan ditawan…oleh tentera Fasis-Nazi Empayar Eropah, yang sekarang sudah mula bangkit daripada Pasaran Bersama.” (Herbert Armstrong, PT Jun 1967, ms 2)

Pada tahun yang sama 1967 dalam PT dia berkata: “Orang Israel akan membuat perjanjian dengan Vatican untuk mendirikan sebuah Bait Suci Ketiga selewat-lewatnya 1972”.

Pada Paskah 1967, ketika berucap di Bricket Wood, England, Herbert Armstrong berkata bahawa dalam tahun itu Jordan akan menakluk Jerusalem barat daripada Israel. Realitinya, dalam masa enam minggu Israel telah menakluk seluruh Yerusalem dan merampasnya daripada Jordan.

1968
Kumpulan JW berkata pada 1968:
“Masa hadapan terdekat ini pasti dipenuhi dengan peristiwa-peristiwa kemuncak, sebab sistem lama ini sudah hampir kesudahannya. Dalam masa beberapa tahun, paling lamapun, semua bahagian terakhir nubuatan Alkitab berkaitan zaman akhir ini akan digenapi dan berkesudahan dengan pembebasan manusia yang terselamat ke dalam pemerintahan 1000 tahun agung Kristus!” (Watchtower, 1/5/1968)

Mereka mengambil rangka waktu yang dianjurkan tahun sebelumnya dan pada 1968 berkata:
“Lapan tahun dari Musim Luruh 1967 akan membawa kita kepada Musim Luruh 1975, betul-betul 6,000 tahun ke dalam hari ketujuh Tuhan, hari perhentiannya. (Watchtower, Mei 1, 1968 ms 271).

Sekali lagi mereka berkata:
“Kenapa Kamu Tertunggu-tunggu 1975?” … “Bagaimana dengan semua cakap ini tentang tahun 1975? Perbincangan penuh semangat, sesetengahnya berdasarkan spekulasi, telah marak beberapa bulan kebelakangan ini di kalangan pelajar serius Alkitab. Minat mereka telah dibangkitkan oleh kepercayaan bahawa 1975 akan menandakan kesudahan 6,000 tahun sejarah manusia sejak ciptaan Adam. Kedekatan tarikh yang begitu penting memang menyemarakkan daya imaginasi dan menyediakan bermacam kemungkinan yang tidak terhad untuk perbincangan.” (Watchtower, Ogos 15, 1968, ms 494)

Dalam keluaran yang sama mereka berkata:

“Adam Dicipta pada Penutupan ‘Hari Keenam’ Haruskah kita menganggap daripada kajian ini bahawa perang Harmagedon akan tamat sepenuhnya selewat-lewatnya musim luruh 1975, dan pemerintahan seribu tahun Kristus yang sudah lama ditunggu-tunggu akan bermula dari waktu itu? Mungkin, namun kita menunggu untuk melihat berapa dekat waktu seribu tahun ketujuh kewujudan manusia bertepatan dengan seribu tahun pemerintahan Kristus yang umpama Sabat… Perbezaannya mungkin hanya minggu atau bulan, bukan tahun” (Watchtower, Ogos 15, 1968, ms 499).

Nubuatan palsu seta senario histeria ini nampaknya tersebar kepada pentadbiran White House, dan bukan hanya pada 1968 juga.

“Pengetahuan saya tentang apa yang berlaku cukup untuk menjamin kamu bahawa, dalam lima belas tahun dari hari ini, dunia akan menjadi terlalu berbahaya untuk didiami.” (Truth That Leads To Eternal Life, ms 9, edisi 1968, Mengutip Setiausaha Negara AS Dean Acheson pada 1960, [edisi 1981 memadamkan “dalam lima belas tahun dari hari ini” iaitu pada 1975]).

Mereka juga meneruskan sistem palsu RCG. Ini seolah-olah mereka saling mengukuhkan dengan nubuatan palsu masing-masing. Kumpulan JW berkata:
“Lebih terkini lagi, buku bertajuk “Kebuluran-1975!” [oleh W. & P. Paddock, 1967, ms 52,55,61.] berkata berhubung kekurangan makanan hari ini: “Kebuluran berleluasa secara menyeluruh dari negara ke negara, benua ke benua sekeliling kawasan tropika dan subtropika yang belum membangun. Krisis hari ini hanya menuju ke satu arah – malapetaka. Hari ini negara-negara lapar; esok negara-negara kebuluran.” … “Menjelang 1975, kekacauan sivil, anarki, kediktatoran tentera, inflasi tidak terkawal, gangguan pengangkutan dan kerusuhan kacau-bilau akan menjadi kelaziman dalam banyak negara lapar.” (The Truth That Leads To Eternal Life, ms 88-89, 1968)

“1914 suatu tahun yang ditentukan. Bertahun-tahun lebih awal Para Sarjana Alkitab menyedari bahawa 1914 akan menjadi tahun yang amat penting. Mereka menjangkakan perubahan-perubahan besar berlaku, dan fakta-fakta mengesahkan bahawa 1914 sememangnya suatu tahun yang ditentukan.” (The Truth That Leads To Eternal Life, 1968, edisi 40,000,000, ms 91).

“Alkitab memanggil waktu dalam mana kita hidup ini sebagai “zaman akhir” atau “akhir zaman.” (2 Timotius 3:1; Daniel 11:40) Fakta menunjukkan ini ialah satu waktu terbatas yang mempunyai permulaan dan pengakhiran yang nyata. Ia bermula pada 1914 tatkala Yesus Kristus ditabalkan sebagai raja di langit. Ia akan berakhir apabila Tuhan membinasakan sistem jahat sekarang ini. …Berapa dekat waktu itu? Anak Tuhan sendiri, Yesus Kristus, memberi jawapannya. Selepas menarik perhatian kepada banyak perkara yang menandakan waktu itu dari 1914 seterusnya sebagai “akhir zaman,” Yesus berkata: “Sesungguhnya angkatan ini tidak akan berlalu, sebelum semuanya ini terjadi.” (Matius 24:34) Angkatan manakah yang dimaksudnya? Yesus baru saja menyebut tentang mereka yang akan “melihat semua ini.” “Semua ini” ialah peristiwa-peristiwa yang telah berlaku sejak 1914 dan yang belum berlaku hingga kesudahan sistem jahat ini. (Matius 24:33) Mereka yang lahir lima puluh tahun dahulu sekalipun tidak dapat melihat “semua ini.” Mereka tampil sesudah peristiwa-peristiwa yang diramalkan itu sudah bermula. Namun ada orang yang masih hidup yang ada pada 1914 dan melihat apa yang berlaku waktu itu dan cukup umur ketika itu sehingga mereka masih mengingati segala peristiwa itu. Angkatan (generasi) ini kian meningkat umurnya sekarang. Sebilangan besar mereka telahpun meninggal. Namun Yesus amat jelas mengatakan: ‘Sesungguhnya angkatan ini tidak akan berlalu, sebelum semuanya ini terjadi.’ Ada antara mereka masih hidup lagi nanti untuk menyaksikan keakhiran sistem jahat ini. Ini bererti tinggal sedikit masa lagi sebelum akhir zaman tiba!” (Truth That Leads To Eternal Life, ms 94, 1968)

Di sini kumpulan JW memutarbelitkan senario 1914 itu sebagai tahun yang ditandakan atau tahun yang amat penting dan bukannya akhir zaman seperti yang mereka katakan awal-awal dahulu.

Pada 1968 mereka berkata:
“Cuba fikirkan, saudara, tinggal kira-kira sembilan puluh bulan lagi sebelum lengkapnya 6,000 tahun kewujudan manusia di atas bumi… Kebanyakan orang yang hidup hari ini mungkin masih hidup apabila Harmagedon tercetus, dan tiada harapan kebangkitan bagi mereka yang dibinasakan pada waktu itu. Oleh itu, lebih-lebih lagi sekarang ini, amat penting untuk tidak mengabaikan semangat ingin melakukan lebih banyak.” (Kingdom Ministry, Mac 1968, ms 4 [perhitungan ini berasaskan 1968 + 90 bulan = 1975]).

Sekali lagi urutan mereka salah.

Pada 1968 mereka menjelaskan bahawa Tuhan telah menghalang hal-hal terjadi dalam Perang Dunia I dan sebab itu mereka tidak melakukan kesilapan yang sama dalam Perang Dunia II. Betulkah? Bagaimanapun, mereka melakukannya sekali lagi sekarang, tidak kira apa mereka telah katakan atau lakukan sebelumnya.

“Ketika Perang Dunia 1, umat Tuhan menjangka ini akan membawa terus kepada Harmagedon, tetapi Yehovah mencegah kemuncak sebegitu pada waktu itu. Kami tidak tunduk kepada jangkaan sebegitu sewaktu Perang Dunia II. (Kingdom Ministry, Jan. 1968, ms 5).

Mereka teruskan pada 1968 seperti berikut. Akhir zaman sudah tiba dan tanda-tanda Alkitab telah meramalnya.

“Tetapi bagaimana hari ini? Hari ini kita ada bukti yang diperlukan, semuanya. Ia begitu banyak sekali! Semua bahagian tanda besar zaman akhir ada di sini, bersama-sama dengan kronologi Alkitab yang mengesahkannya.” (Awake!, Okt. 8, 1968, ms 23)

Malah pada 1968 JW mengisytiharkan orang sebegitu yang membuat pernyataan-pernyataan ini yang tidak menjadi kenyataan sebagai nabi palsu. Mereka berkata bahawa benda yang tidak ada pada orang-orang ini ialah Kebenaran Tuhan, dan bukti bahawa Dia menggunakan dan memimpin mereka. Amin. Kami setuju.

“Benar, ada orang dari dahulu yang meramalkan suatu “akhirat” dunia, malah mengumumkan tarikh tertentu. Namun tiada apa-apa terjadi. ‘Akhirat’ itu tidak tiba. Mereka bersalah bernubuat palsu. Kenapa? Apa yang tiada? Apa yang tiada daripada orang-orang ini ialah kebenaran Tuhan dan bukti bahawa Dia menggunakan dan memimpin mereka.” (Awake, Okt. 8, 1968)

1969
Senario ini diteruskan dalam 1969 dengan JW mengembangkan temanya. Kita akan lihat bahawa dari tahun ini RCG mula menghasilkan rangka-rangka waktu mereka dengan lebih jelas lagi.

“Hanya tinggal sedikit masa lagi sebelum Yehovah akan menghancurkan sistem yang jahat ini.” (Watchtower, Jan. 15, 1969).

“Memandangkan waktu singkat yang tinggal, keputusan untuk mengejar karier dalam sistem ini bukan saja bodoh tetapi amat berbahaya… Ramai saudara muda telah ditawarkan biasiswa atau pekerjaan yang menjanjikan gaji lumayan. Bagaimanapun, mereka menolaknya dan mendahulukan kepentingan rohaniah.” (Kingdom Ministry, Jun 1969, ms 3)

Pada 1969 mereka berkata mereka telah memeriksa semula kronologi mereka, dan mengatakan bahawa milenium keenam akan berakhir pada pertengahan tahun tujuh puluhan. Tiada perhitungan sebegitu yang mungkin sekiranya tarikh-tarikh mereka sebelumnya betul. Sesungguhnya, menurut tarikh-tarikh mereka, permulaan pemerintahan Iblis telah dimulakan dari yobel sebelum ciptaan Adam, dan bukan kemudian. Ini kesilapan mudah namun amat penting. Dengan kata lain mereka mengatakan Iblis sudahpun memerintah di Taman Eden. Kronologi mereka yang lebih awal tidak menyerupai kronologi kemudian dan berakhir pada 1874/1876, yang jelas tidak masuk akal. Namun sehingga hari inipun mereka masih mempertahankan struktur 1914 yang bermula dari 1874/76 itu seperti di atas.

“Baru-baru ini lagi para penyelidik Kitab Suci yang tekun telah memeriksa semula kronologinya. Menurut perhitungan mereka enam milenium hidup manusia di atas bumi akan berakhir pada pertengahan tujuh puluhan. Justeru milenium ketujuh dari penciptaan manusia oleh tuhan Yehovah akan bermula kurang daripada sepuluh tahun. Selain perubahan global yang, menurut keadaan dunia hari ini, semakin cepat menghampiri, ketibaan milenium ketujuh kewujudan manusia di atas bumi menyarankan satu perubahan menggembirakan bagi manusia yang sering dilanda perang. … Agar Tuan Yesus Kristus menjadi Tuan malah Tuan hari Sabat, pemerintahan seribu tahunnya seharusnya yang ketujuh dalam satu siri tempoh seribu tahun atau milenium. (Matius 12:8, AV). Justeru ini satu pemerintahan sabatik. Sejak awal dalam kewujudan manusia Iblis telahpun berkeliaran, membuatkan manusia bekerja keras dalam perhambaan, menyebabkan dunia dipenuhi kekejaman sebelum banjir seluruh dunia ketika zaman Nuh dan membuatkan dunia lama yang sama dipenuhi kekejaman yang lebih besar hari ini. Tidak lama lagi tempoh enam milenium eksploitasinya terhadap manusia sebagai hamba-hambanya akan berakhir, dalam hayat generasi yang telah telah menyaksikan peristiwa-peristiwa dunia sejak penutupan zaman bangsa-bangsa pada 1914 hingga sekarang, menurut kata-kata nubuat Yesus dalam Matius 24:34. Jadi, bukankah pengakhiran enam milenium perhambaan berat manusia di bawah Iblis merupakan waktu sesuai untuk Tuhan Yehovah membawa satu milenium Sabat untuk semua makhluk manusianya? Ya, sesungguhnya! Dan rajanya Yesus Kristus akan menjadi Tuan Sabat itu.” (Watchtower, Nov. 15, 1969, ms 622, 623).

Selepas 1969 Herbert Armstrong (sengaja atau tiada pilihan) mula bersetuju dengan kumpulan JW dan mendakwa bahawa kedatangan Kristus adalah pada 1975, sedangkan pada 1960an dia telah menyatakan waktunya 1972, seperti di atas.

Tuntutan-tuntutan 1970an
Sekawanan nabi dan nubuatan palsu dan aneh muncul pada 1970an.

Dalam surat-surat rakan sekerja awal 1970an beberapa dakwaan nubuatan mula muncul. Herbert Armstrong berkata bahawa: “Putera Charles akan menjadi raja England dan menjadi raja jahat yang dinubuatkan dalam kitab Yesaya”.

Armstrong mendakwa bahawa Jerman akan membuat perjanjian dengan Soviet untuk mengambil alih Eropah Timur. Bagaimanapun, AS sebenarnya yang merundingkan pengunduran Soviet dari Eropah Timur pada 1989-91.

Mendiang Moses David (dahulunya David Berg) merupakan pengasas kumpulan agama Kristian, The Children of God (Anak-anak Tuhan). Dia meramal bahawa sebuah komet akan mengenai bumi, mungkin pada pertengahan 1970an dan memusnahkan semua kehidupan di Amerika Syarikat. Satu sumber menyatakan dia percaya ini akan berlaku pada 1973.

Penginjil tv Arnold Murray mengajar kepercayaan anti-Trinitarian tentang Tuhan, dan Identiti Kristian. Pada 1970an, dia meramal bahawa Antikristus akan muncul sebelum 1981.

1971
Pada 1971 kumpulan JW mengatakan:

“Tidak lama lagi, dalam abad kedua puluh kita, “pertempuran hari Yehovah” akan bermula terhadap antitaip moden Yerusalem, agama Kristian.” (The Nations Shall Know That I Am Jehovah; 1971; edisi 2; ms 216).

1972
Setelah Leonid Brezhnev menjadi pemimpin Soviet pada 1964, ketegangan nuklear dengan negara-negara Barat berkurangan dengan mendadak. Menjelang 1972, Brezhnev, bersama-sama Nixon, telah membuka era pengenduran ketegangan kuasa-kuasa besar. Pengenduran ini berlaku tepat pada waktu Herbert Armstrong dan Herman Hoeh telah begitu lama mendakwa Amerika akan dibinasakan. Ini hampir seolah-olah mereka telah menyuarakan keinginan mendalam iblis setan yang tidak diizinkan muncul untuk beberapa lama lagi.

Sementara 1972 semakin dekat dan waktu telah tiba untuk lari ke “tempat selamat” kita mendengar bermacam-macam benda daripada sistem Armstrong. Pada 1972 Herbert Armstrong berkata:
“Kami tidak menetapkan tarikh!... Namun dalam semangat dan keghairahan kami sebagai manusia untuk menyelesaikan misi terbesar ini di bumi, kami hampir melakukannya beberapa kali atau kelihatan begitu – dan kami betul-betul menyesalinya…sekiranya kami...seolah-olah menetapkan satu tarikh, saya rasa saya tidak perlu meminta maaf!” (Herbert Armstrong, Tomorrow’s World, Feb. 1972, ms 31).

Apa lagi yang perlu dibuat untuk layak untuk menetapkan tarikh kalau bukan itu yang mereka lakukan?

Sementara itu kumpulan JW sudah dalam perjalanan ke arah satu lagi kegagalan yang memalukan. Pada 1972 mereka berkata:
“Sungguh, memang mudah untuk berkata bahawa kumpulan ini bertindak sebagai ‘nabi’ Tuhan. Lain lagi soalnya untuk membuktikannya. Satu-satunya cara ini boleh dilakukan adalah dengan memeriksa rekod. Apakah yang ditunjukkan?” (Watchtower April 1, 1972, ms 197)

“Adakah pengakuan membuat kesilapan ini mengecap mereka [Watchtower] sebagai nabi palsu? Tidak sama sekali, sebab nabi palsu tidak mengaku membuat kesilapan.” (Watchtower, Nov. 1, 1972, ms 644)

Mereka seolah-olah berkata di sini Kalau kami mengaku kami nabi palsu kami bukan nabi palsu sebenarnya. Namun perhatikan apa mereka katakan di atas. Itu cukup jelas. Mereka cukup jelas bersalah membuat nubuatan palsu.

“Jika dia bertujuan menyelesaikan pengindahan seluruh bumi ini selewat-lewatnya hari ciptaan ketujuhnya – menurut Alkitab satu tempoh tujuh ribu tahun, maka waktunya sudah hampir tiba untuk perosakan bumi oleh para pengeksploit dihentikan oleh kuasa teokratik dan transformasinya kepada satu taman yang menggembirakan bermula. Sudah hampir enam ribu tahun kewujudan manusia dari akhir hari ciptaan keenam berlalu. Kita seharusnya menghampiri ambang pemerintahan seribu tahun Yesus Kristus, yang semestinya diiringi oleh Firdaus menurut janji Yesus kepada penjahat yang diperkenan di pancang di Bukti Kalvari.” (Paradise Restored to Mankind – By Theocracy, 1972; ms 18).

Worldwide Church of God yang baru dinamakan dan diartikelkan berkata, dari 1973 seterusnya, bahawa:
Britain akan meninggalkan Komuniti Eropah.

Sekarang sudah tiga puluh tahun dan ia masih di dalam. Tiada referendum diizinkan untuk rakyatnya pergi. Walaupun begitu mereka mungkin sekali memilih untuk pergi sekiranya mereka mempunyai referendum.

Pada 1974 Herbert Armstrong mendakwa bahawa:
Selepas peletakan jawatan Nixon, Amerika Syarikat tidak sekali-kali akan memimpin dunia lagi atau berkesan dalam perang.

AS akan terbukti tidak sanggup & tidak mampu berperang untuk melindungi bekalan minyak dunia dari Teluk Persia.

Dua perang telahpun berlaku di Teluk Persia dan Iraq, dan tiada tanda-tanda konflik ini akan berakhir. Ia bertambah buruk dan tekanan ke atas AS kini meningkat. Armstrong dan para pendetanya tidak melihat semua ini.

Pada 1974 kumpulan JW masih merasionalkan senario nubuatan mereka yang dipenuhi kesilapan.

“sisa umat yang diurapi ini telah memperkenalkan diri mereka di atas lembaran sejarah sejak 1914 C.E. Sebelum tahun ini anggota-anggota sisa yang diurapi ini telah mempelajari Firman Tuhan dengan tekun berjauhan daripada Kekristianan. Mereka meletakkan Kitab Suci lebih dahulu daripada tradisi agama buatan manusia. Seawal tahun 1876 mereka menerbitkan bahawa Zaman Bangsa-bangsa selama 2,520 tahun akan berakhir pada tahun 1914. Segala peristiwa yang berlaku sejak tahun itu membuktikan mereka tidak salah.” (God’s “Eternal Purpose” Now Triumphing For Man’s Good, 1974, ms 178-179);

“Ya, kesudahan sistem ini sudah amat hampir! Bukankah ini sebab untuk menambahkan aktiviti kita? … Ada kedengaran tentang saudara-saudara yang menjual rumah dan hartanah mereka dan merancang untuk menghabiskan sisa hayat mereka dalam sistem lama ini dalam pelayanan perintis. Sesungguhnya ini ialah cara yang baik untuk menghabiskan waktu singkat yang tinggal sebelum akhir dunia jahat ini.” (Kingdom Ministry, Mei 1974, ms 3);

‘Ini juga memberitahu kita bahawa milenium harus didahului segera oleh perang paling membinasa dalam sejarah manusia. Sekarang kita melihat pemerintah-pemerintah politik… dikumpulkan… untuk Perang segala perang itu…” (Watchtower, Julai 1, 1974, ms 397).

Satu-satunya perkara yang mereka betul adalah Milenium sememangnya didahului oleh perang paling membinasa dalam sejarah manusia. Bagaimanapun, Armstrong, mahupun JW tidak pernah mengerti bagaimana atau bila.

Pada 1974 Ahli-ahli Astronomi John Gribben dan Setphen Plagemann meramalkan “Jupiter Effect” (Kesan Musytari). Mereka menulis bahawa apabila pelbagai planet menjadi sejajar pada sisi sama matahari, daya pasang surut akan menimbulkan nyalaan matahari, gangguan radio, gangguan suhu dan hujan serta gempa bumi besar-besaran. Planet-planet memang menjadi sejajar pada 1984 seperti banyak kali sebelumnya dalam sejarah. Penjajaran ini, seperti yang dilihat dari bumi, tidak menampakkan apa-apa luar biasa.

1975
1975 tiba dan masalah-masalahnya sama seperti yang dialami JW dengan nubuatan palsu mereka pada 1925:
“Tahun 1925 tiba dan berlalu. Para pengikut Yesus yang diurapi masih berada di atas bumi sebagai satu kelas. Orang setia dahulukala – Abraham, Daud dan yang lain – tidak dibangkitkan untuk menjadi raja-raja di atas bumi. (Mazmur 45:16) Jadi, seperti yang dikenangi Anna MacDonald: ‘1925 merupakan tahun sedih untuk ramai saudara. Ada antara mereka tersandung; harapan mereka hancur… Daripada menganggapnya satu ‘kemungkinan,’ mereka melihatnya sebagai satu ‘kepastian.’ dan sesetengah mereka membuat persiapan untuk orang kesayangan mereka dengan menjangkakan kebangkitan mereka.” (Yearbook, 1975, ms 146)

Lama-kelamaan, satu sumbangan langsung dibuat untuk tujuan membina sebuah rumah di San Diego untuk kegunaan saudara Rutherford. Berhubungan hartanah ini buku 1939 Salvation menyatakan: ‘Di San Diego, California, terdapat sebidang tanah yang kecil, dan di atasnya, pada tahun 1929, sebuah rumah dibina, yang dipanggil dan dikenali sebagai Beth Sarim. (Yearbook, 1975, ms 194)

“Jadi, adakah ini bermakna bahawa manusia kini telah mencapai 6,000 tahun daripada tempoh 7,000 tahun yang Tuhan berkati dan kuduskan sebagai hari perhentiannya? …Tidak, Ini tidak bererti begitu.” (Watchtower 1/10/1975 ms 579)

Mereka mengatakan perkara sebaliknya hingga waktu ini. Nampaknya seolah-olah para pengikut mereka hanya menyesuaikan diri kepada sebarang penyataan semula tanpa merujuk fakta-fakta masa lalu. Umat kita sedang dibiasakan kepada bentuk propaganda ini di seluruh dunia. Amalan ini akhirnya akan memusnahkan kebebasan kita dan semua kebertanggungjawapan pada pihak pemimpin-pemimpin kita dalam semua lapisan masyarakat.

Mereka juga berkata pada 1975:
Bagaimanapun, tiba-tiba, Perang Dunia 1 berakhir. Ia tidak membawa kepada, seperti yang dijangka para pelajar Alkitab, revolusi sedunia dan anarki atau perang Harmagedon. Para pengikut Yehovah yang ikhlas pula yang dalam perjanjian baru itu dengannya melalui Pengantaranya Yesus Kristus, mendapati diri mereka masih berbadan jasmaniah di atas bumi. (Man’s Salvation Out of World Distress At Hand, 1975, ms 98)

Tambahan pula, sisa Israel rohaniah telah berdekad-dekad, ya, sejak 1876, menunggu kesudahan Zaman Bangsa-bangsa pada musim luruh 1914. Mereka menjangka Kerajaan Mesias Tuhan akan didirikan sepenuhnya di langit menjelang waktu itu dan juga untuk sisa Israel rohaniah dimuliakan bersama Yesus Kristus dalam kerajaan syurgawi pada waktu itu. Semua pemahaman tentang Kitab Suci condong ke arah itu atau disesuaikan kepada idea itu. Jadi apabila tahun 1914 berakhir di tengah-tengah nyala api Perang Dunia 1 dan sisa Israel rohaniah mendapati diri mereka masih di atas bumi, mereka cenderung berfikir bahawa mereka akan dimuliakan pada tahun 1918, tiga setengah tahun selepas berakhirnya Zaman Bangsa-bangsa. (Man’s Salvation Out Of World Distress At Hand, 1975, ms 136).

Namun seperti biasa ini nampaknya tiada kesan sebenar kepada mereka atau Worldwide Church of God. Kegagalan ini merupakan kekecewaan besar bagi kedua-dua jemaat. Ramai orang telah menjual harta benda mereka dan memberi hasilnya kepada jemaat menyangka mereka akan dibawa pergi ke tempat selamat pada 1972. Harta benda ini tidak dipulangkan. Jabatan pendeta hanya menggunakan dana itu untuk tujuan mereka sendiri. Masalah-masalah ini telah dialami pada 1844 oleh umat Adventist, dan waktu-waktu kemudian seperti kita lihat di atas di bawah orang JW. Nampaknya rumah-rumah diambil setiap kali. Ramai kehilangan segalanya.

Satu perkara penting dalam urutan ini adalah selepas kegagalan 1972-1975 itu dan penarikan kembali “1975 dalam Nubuatan” oleh WCG, beberapa definisi telah ditulis semula. Herbert Armstrong mengubah definisinya tentang apa erti menyebarkan injil, untuk membeli pertemuan-pertemuan singkat dengan para pemimpin di seluruh dunia.

Peliknya, ramai pemimpin itu digulingkan daripada jawatan mereka atau dibunuhpun (seperti Presiden Allende dari Chile) dalam tempoh sebulan bertemunya.

Pandangan yang diterima Worldwide Church of God tentang aspek itu ialah: “Iblis melenyapkan orang-orang ini sebelum mereka dapat bertindak berdasarkan pesanan Tuhan”. Tiada yang mengatakan bahawa tafsiran ini menjadikan Iblis seolah-olah lebih kuat daripada Tuhan. Tafsiran “agama” sewajarnya mungkin mengatakan orang-orang ini telah disumpah kerana bertemu Herbert Armstrong, atau mendengarnya sejak mula. Mungkin juga mereka dipertanggungjawapkan atas sebab-sebab tertentu walaupun Herbert Armstrong sendiri tidak, dengan persembahannya itu.

Besarnya skala nubuatan palsu mula berkurangan selepas waktu ini, bila para pemimpinnya menjadi terlalu tua dan cukup uzur untuk membuat senario-senario yang sama besar tanpa mengubah karya dasar bertulis mereka. Orang lain pula tidak cukup pengetahuan.

Selepas 1975 hingga sekarang
Setibanya waktu ini Kristus tidak tiba seperti diramalkan. Sesungguhnya, WCG bukan saja tidak pergi ke Petra sebagai Tempat Selamat mereka seperti yang dinyatakan oleh Armstrong dan jabatan pendetanya, ia juga tidak kelihatan seperti pergi ke mana-mana. Doktrin palsu yang meliputi nubuatan ini dijelaskan dalam karya Tempat Selamat (No. 194). Seperti yang kita sudah lihat, tiada satupun nubuatan yang dibuat mereka atau kumpulan JW menjadi kenyataan.

Penarikan balik dan pembenaran diri telah bermula, ingat itu, tanpa betul-betul mengakui apa-apa kesilapan.

Pada pertengahan 1970an Herbert Armstrong menghadapi masalah dengan sebilangan besar pendeta atas kesilapan dan politik dalaman.

Dalam satu usaha untuk mengawal mereka dia berkata dalam satu surat berita pada pertengahan 1970an:
“Pendeta-pendeta yang menentang saya dan meninggalkan organisasi ini akan bekerja dengan tangan mereka.”

Pemerhatian dibuat oleh penulis lain dan orang yang meninggalkan sistem WCG bahawa komen ini merupakan satu pernyataan jelas tentang anggapannya terhadap “maruah kerja”. Sememangnya, kebanyakan pendetanya tidak pernah bekerja dengan tangan mereka dan ramai yang hampir tidak bekerjapun, melainkan kamu menganggap pelajaran Alkitab pertengahan minggu dan khotbah Sabat sebagai kerja.

Tanpa menghiraukan fakta-fakta hal itu, terdapat dua orang pendeta ini yang meninggalkannya dan menjadi kaya. Art Makarow dan Robert Kuhn menjadi jutawan. Seorang lagi, Ernest Martin, menjadi makmur, berjaya dan juga dihormati dalam komuniti akademik alkitabiah. Sesungguhnya, kalaulah Ernest Martin didengari ketika di WCG, banyak kesilapan Armstrongisme tentunya telah diperbetulkan dan mungkin ramai orang lagi masih hidup daripada doktrin-doktrin penyembuhan.

1976
1975 dianggap “menandakan permulaan satu tempoh pendidikan dalam Firman Tuhan bertulis dari sudut pandangan bahawa nubuatan Alkitab paling baik difahami selepas ia menjadi kenyataan. Jadi perlu ada pembetulan pandangan-pandangan kami sebelumnya, dan sisa Israel rohani yang masih hidup perlu disesuaikan semula kepada peluang dan realiti selepas perang. … Program pendidikan Alkitab yang disemak semula ini mempunyai kesan mendalam ke atas sisa umat. Ia menghala usaha mereka ke arah yang betul.” (Man’s Salvation Out Of World Distress At Hand, 1975, ms 191)

“Mungkin ada antara mereka yang melayani Tuhan telah merancang kehidupan mereka menurut pandangan silap tentang apa yang akan berlaku pada tarikh tertentu atau tahun tertentu. Mereka mungkin, atas sebab ini, menangguhkan atau mengabaikan hal-hal yang biasanya mereka pentingkan. Namun mereka telah terlepas maksud amaran-amaran Alkitab tentang kesudahan sistem semua ini, memikirkan bahawa kronologi Alkitab menyatakan tarikhnya yang khusus.” (Watchtower, Julai 15, 1976, ms 440)

Sesudah begitu banyak kegagalan sistem JW kini mula menyangkal bahawa Kronologi Alkitab menyatakan tarikh-tarikhnya. Dengan kata lain, mereka tidak mengerti Rahsia Tuhan dan sebab itu menyangkal kewujudannya.

1977
Herbert Armstrong belum lagi berhenti membuat pernyataan palsu, walaupun dia telah silap setiap kali dia bernubuat. Atas sebab yang tidak dijelaskan, dan mungkin dia sendiri tidak mengetahui sebabnya, dia menggunakan tahun 1927 sebagai titik rujukan. Ia tahun yobel sebelumnya dari tahun dalam mana dia bercakap, yang juga merupakan tahun yobel. Dia memang dapat membuat pengertian tertentu daripada fakta itu tetapi tidak berbuat demikian. Sebaliknya dia berkata:
“Sewaktu generasi ini-dalam 60 hingga 90 tahun atau kurang-dari 1927-Kristus akan datang semula…” (Surat rakan sekerja, Jan. 20, 1977, ms 4) HWA

Inilah satu-satunya nubuatan yang diucapkan Herbert Armstrong yang berpeluang menjadi kenyataan, tetapi pada sembilan puluh tahun kemudian itu, dan bukan enam puluh tahun iaitu waktu yang lebih awal. Kalaulah dia memahami sistem dan pewaktuan yobel dia tentunya dapat mengertikan lebih banyak daripada tempoh yang penuh kemungkinan ini, yang sebenarnya ialah akhir zaman yang dianggarkan. Jika tempoh enam ribu tahun itu yang dilambangkan oleh enam hari bekerja dalam minggu mempunyai sebarang kesahan, dan tarikh 4004 BCE Kronologi Alkitab betul, maka tempoh pemerintahan Iblis berakhir pada 2027 CE. Tahun itu adalah 6,000 tahun dari 3974/3 BCE, yang menandakan pengutukan bumi dan permulaan rangka waktu dalam tahun pertama kitar pada 3973 BCE. Waktu yang memendekkannya ialah waktu Mesias diutus ke dunia untuk menyelamatkan mereka yang tidak sabar-sabar menunggunya. Pengertian mudah inipun tidak difahami oleh Armstrong, Hoeh, Meredith atau sesiapa pendeta WCG lain, ataupun Jemaat Tuhan (Hari Ketujuh), atau cabang-cabang RCG/WCG; juga orang Adventist, atau Jehovah’s Witnesses. Ini jadual rujukan nubuatan yang paling asas dan penting sekali dan ia tidak pernah digunakan atau dihitung dengan betul. Kalendar Tuhan ialah asas pemahaman segala Nubuatan Alkitab. Untuk memahaminya, kamu harus memeliharanya dengan betul, dan kamu harus memelihara Bulan-bulan Baru Astronomikal (atau Konjungsi) sebagai dasarnya.

Pada 1977 juga, kumpulan JW merujuk tahun Sabat 1926 dalam kitar yobel sebelumnya. Mereka seolah-olah tidakpun memahami kepentingannya walaupun ia hanya menyusuli kekecewaan 1925 dan nampaknya inilah sebabnya. Ini juga mungkin sebabnya kenapa Herbert Armstrong mengambil 1927, dan mungkin daripada, atau menggunakan, teori-teori mereka yang membingungkan. Herbert seorang penjiplak yang hebat dan dia mungkin sekali telah mencuri kesilapan-kesilapan JW serta bahan Rupert dan Allen, dan orang lain. JW berkata:
Sesungguhnya tahun 1926 patut diingati sebagai kemuncak menggembirakan untuk penutupan 1,335 hari. Mereka yang merupakan “umat” Daniel yang terus berharap dan sampai akhir 1,335 hari itu telah memperolehi kegembiraan yang tidak berkurangan, tetapi, meskipun adanya penganiayaan yang kian meningkat dan Perang Dunia II (1939-1945) serta kesusahan-kesusahan dunia yang menyusuli, terus bertahan dan bertambah. (Our Incoming World Government-God’s Kingdom, ms 146-147, 1977)

1978
Menjelang waktu ini penginjilan tv telah berkembang dengan pesat sekali dan terdapat nabi-nabi palsu yang tumbuh di mana-mana.

Pada 1978, Chuck Smith, Pendeta Gereja Calvary di Cost Mesa, CA, meramalkan pengangkatan ghaib pada 1981.

Dalam satu surat rakan sekerja 1978, HWA meramalkan bahawa paus seterusnya akan menyatukan Eropah dengan pantas. Soal paus ini pada 1978 merupakan satu unsur utama nubuatan, namun dia nampaknya tidak memahami kesan-kesan rumitnya. John Paul I telah dibunuh di Vatican setelah sebulan bertugas, dan sebelum dia dapat melaksanakan pembaharuan yang dirancangnya. John Paul II yang tidak menyatukan Eropah telah menggantinya. Bagaimanapun, EEC telah meluas di bawah kepausannya. John Paul II cacat teruk dan dijangka meninggal dalam masa terdekat (lihat karya Paus Terakhir: Mengkaji Nostradamus dan Malachy (No. 288)).

1979
Pada 1979 kumpulan Jehovah’s Witnesses menerbitkan beberapa komen tentang ilham para pemimpin Watchtower and Bible Tract Society. Mereka memanggil mereka “hamba-hamba bijaksana dan setia”, dan mereka datang daripada apa yang dikenali sebagai “kelas hamba”. Mereka mendakwa bahawa bahagian-bahagian yang membentuk bahagian Kristian Firman Tuhan adalah diilhami dan sempurna, tetapi tulisan-tulisan kemudian tidak diilhami dan sempurna. Ini merupakan pengakuan sebenar yang pertama bahawa nubuatan palsu Russell dan Rutherford yang tidak habis-habis ini tidak diilhami. Daripada pengakuan ini kita boleh membuat dua pemerhatian dan pembahagian bijak.

1. Alkitab diilhami.

2. Segala tulian JW tidak diilhami dan tidak pernah diilhami sejak penubuhan mereka.

“Disebabkan harapan ini, “hamba bijaksana dan setia” itu telah mengingatkan semua umat Tuhan kepada tanda zaman yang menunjukkan dekatnya pemerintahan Kerajaan Tuhan. Bagaimanapun, dalam soal ini, harus diperhatikan bahawa “hamba bijaksana dan setia” ini tidak pernah diilhami, tidak pernah sempurna. Tulisan-tulisan itu oleh anggota-anggota tertentu kelas “hamba” yang kemudiannya membentuk bahagian Kristian Firman Tuhan telah diilhami dan sempurna, namun itu tidak benar bagi tulisan-tulisan lain kemudian. Semua benda yang diterbitkan tidak sempurna pada zaman Charles Taze Russell, presiden pertama Watch Tower Bible and Tract Society; juga tidak sempurna pada zaman J.F. Rutherford, presiden berikutnya. Keterangan yang bertambah atas Firman Tuhan serta fakta-fakta sejarah telah berulang kali memerlukan pembetulan tertentu dibuat hingga masa ini. Tetapi janganlah kita sekali-kali lupa bahawa motif “hamba” ini sentiasa murni, tidak mementing diri; sepanjang waktu ia bermaksud baik. (The Watchtower; Mac 1, 1979; ms 24).

Kalau mereka bermaksud baik, kegagalan-kegagalan itu tentunya telah menyebabkan reaksi berlainan dan pengubahsuaian kepada kaedah dan aktiviti Watchtower and Bible Tract Society. Mereka tidak membuktikan keikhlasan mereka dalam hal itu. Mereka juga berkata:
“Sebahagiannya kerana ingin masih hidup ketika Yesus Kristus menyatakan dirinya dalam kemuliaan, terdapat umat percaya sepanjang abad-abad lalu yang mula mencari satu waktu atau tahun tertentu untuk kesudahan sistem tidak beriman ini. Ini telah berlaku sehingga “zaman akhir” ini. Oleh sebab jangkaan-jangkaan tertentu tidak menjadi nyata, ramai tersandung dan kembali kepada gaya-gaya duniawi. Dalam penggenapan kata-kata Petrus, pada hari inipun kita mendengar suara para pengejek. (2 Petrus 3:3,4)” (Choosing The Best Way Of Life, 1979, ms 169)

Pada 1979, satu rencana karya Gene Hogberg dalam PT mengatakan bahawa Perjanjian Terusan Panama bererti AS telah kehilangan kawalan terusan itu selamanya.

Pada 1989 AS menyerbu Panama dan mengusir diktator anti-Amerika, Noriega. Bagaimanapun, kehilangan terusan ini kepada kawalan tetap AS masih lagi menjadi faktor yang merisaukan dalam politik antarabangsa.

1980
Pada 1980 Leland Jensen, pemimpin sebuah kumpulan Kepercayaan Sedunia Baha’I, meramalkan bahawa satu bencana nuklear akan berlaku pada 1980. Ini akan diikuti oleh dua dekad konflik, dan berakhir dengan pendirian Kerajaan Tuhan di bumi.

Persengketaan nuklear nampaknya nyata daripada teks Alkitab. Bagaimanapun, selain daripada Jepun, ini tidak terjadi dalam abad ke 20 meskipun ada banyak nubuatan ini.

Kumpulan JW masih berdolak-dalik dan membuat pernyataan tentang nubuatan-nubuatan mereka pada 1975. Mereka kini mendakwa bahawa ada yang mengatakan ia lebih kepada kebarangkalian daripada kemungkinan. Pembaca boleh melihat sendiri apa yang mereka telah katakan sebenarnya. Mereka nampaknya terus menulis semula semua hal untuk menyesuaikan pernyataan-pernyataan mereka. Komen-komen mereka tentang aktiviti gempa bumi juga diperiksa di bahagian lain, untuk menunjukkan ia bertentangan dengan apa yang didakwa untuk abad ke 20 selepas 1914, tetapi itu hal lain untuk masa lain.

“Dengan kemunculan buku Life Everlasting in Freedom of the Sons of God, serta komen-komennya tentang betapa sesuai sekali pemerintahan milenium Kristus selari dengan milenium ketujuh kewujudan manusia, jangkaan yang cukup besar bangkit berhubung tahun 1975. Bagaimanapun, malang sekali, bersama-sama maklumat yang memberi peringatan begitu, terdapat pernyataan lain yang diterbitkan yang membayangkan bahawa pencapaian harapan begitu menjelang tahun itu lebih kepada kebarangkalian daripada kemungkinan. Ada pernyataan yang dibuat waktu itu, dan selepas itu, yang menekankan bahawa ini hanya satu kemungkinan. Sesal sekali bahawa pernyataan-pernyataan kemudian itu kelihatannya mengatasi pernyataan yang mengingati dan menyumbang kepada peningkatan jangkaan yang sudah bermula… Dalam mengatakan sesiapapun, Watchtower memasukkan semua yang kecewa daripada Jehovah’s Witnesses, jadi termasuk mereka yang terbabit dengan penerbitan maklumat yang menyumbang kepada peningkatan harapan yang berpusat pada tarikh itu. (Watchtower, Mac 15, 1980, ms 17-18).

Bagaimanapun, mereka masih tidak dapat menghentikan pernyataan-pernyataan palsu. Mereka juga berkata:

Jika sistem jahat dunia ini masih wujud hingga akhir abad (tahun 2000), yang amat tidak mungkin memandangkan kecenderungan dunia dan penggenapan nubuatan Alkitab, masih ada lagi orang yang masih hidup daripada generasi Perang Dunia I. Bagaimanapun, hakikat bahawa bilangan mereka semakin kurang ialah satu lagi petunjuk bahawa “kesudahan sistem ini” sedang bergerak pantas ke arah akhirnya. (The Watchtower, Okt. 15, 1980, ms 31)         

Hakikatnya adalah orang yang hidup pada 1914 kini hampir semua mati, dan abad itu telahpun berakhir. Kita masih belum melalui peristiwa-peristiwa perlu yang harus berlaku sebelum kedatangan Mesias. Orang termuda sudah berumur 90 tahun pada permulaan 2005.

1981
Pada 1981 Rev. Sun Myung Moon, pengasas Unification Church (Gereja Penyatuan), meramalkan bahawa Kerajaan Syurga akan didirikan dalam tahun ini. Ini tidak berlaku, dan sebab itu dia menyertai barisan nabi palsu.

1982
Pada 1982 kumpulan JW mula mengatakan bahawa ramalan-ramalan mereka sebenarnya betul, dan segalanya bermula tepat pada masanya pada 1914 seperti mereka ramalkan. Seseorang hanya perlu melihat apa yang mereka katakan di atas untuk menyedari kepalsuan dakwaan-dakwaan ini. Malah semua dakwaan mereka tentang apa yang dikatakan atau didakwa oleh para pemimpin dunia adalah palsu. Kuasa-kuasa dunia perlahan-lahan memasuki Perang Dunia I dengan kepastian yang tidak terelak lagi dan suasana petualangan dan empayar. Mereka berkata:
“Alkitab bukan saja menubuatkan hal-hal ini, tetapi menunjukkan bahawa semua itu akan meliputi seluruh dunia. Alkitab juga mengatakan bahawa semua hal ini akan berlaku ke atas generasi yang telahpun hidup pada 1914. Namun apakah yang diramalkan para pemimpin dunia terkemuka sebelum saja 1914? Mereka mengatakan bahawa keadaan waktu itulah yang terbaik bagi memupuk keamanan dunia. Namun kesusahan dahsyat yang diramalkan Alkitab bermula tepat pada waktunya, pada 1914! Malah, pemimpin-pemimpin dunia kini berkata bahawa 1914 merupakan titik peralihan dalam sejarah. Setelah menunjuk kepada banyak perkara yang menandakan tempoh itu dari 1914 seterusnya, Yesus berkata: ‘Sesungguhnya angkatan (generasi) ini tidak akan berlalu, sebelum semuanya ini [termasuk kesudahan sistem ini] terjadi.’ (Matius 24:34, 14) Angkatan manakah yang Yesus maksudkan? Dia maksudkan angkatan yang telahpun hidup pada 1914. Mereka yang masih tinggal daripada generasi itu kini amat tua. Bagaimanapun, sesetengah mereka akan masih hidup untuk menyaksikan kesudahan sistem jahat ini. Jadi kita boleh pasti tentang ini: Tidak lama lagi segala kejahatan dan orang jahat akan berakhir dengan tiba-tiba di Harmagedon.” Jadi kita boleh pasti tentang ini: Tidak lama lagi segala kejahatan dan orang jahat akan berakhir dengan tiba-tiba di Harmagedon.” (You Can Live Forever In Paradise On Earth, ms 154, 1982)

Pada 1982 Pat Robertson menyertai barisan nabi palsu. Dia meramalkan beberapa tahun sebelumnya bahawa dunia akan berakhir pada musim luruh 1982.

Pada 1982, Herbert Armstrong membuat satu lagi nubuatan palsu yang menunjukkan kejahilan totalnya tentang orang British. Dalam satu surat rakan sekerja dia memberitahu anggota setia untuk menjangka Argentina akan menenggelamkan Tentera Laut Raja Britain dalam Perang Falkland. Ini tidak terjadi, walaupun kapal-kapal pemusnah British sebenarnya didapati mempunyai kelemahan dalam sistem geladak. Bahan baja (keluli) telah digantikan dengan campuran aluminium mudah terbakar supaya ringan dan dengan itu lebih laju. Beberapa daripadanya musnah, tetapi selain itu Britain mencapai kemenangan mutlak dalam masa kurang daripada 2 bulan. Tentera Laut Argentina telah dilumpuhkan atau terperangkap di pelabuhan, dan Tentera Udara Argentina telah hancur musnah. Diktator Argentina dan para penyokongnya serta sistem mereka tumbang.

Dalam satu lagi surat rakan sekerja 1982 dia berkata:
“Saya berharap dapat mengaturkan penggunaan Petra sebagai tempat selamat atau perlindungan yang mungkin sewaktu Kesusahan Besar apabila saya bertemu Raja Hussein. Tolong doakan untuk ini.”

Sesiapapun yang telah pergi ke tempat itu pastinya akan mendoakan perkara sebaliknya. Malah pada 1992 masih ada orang yang berpendapat bahawa Tempat Selamat wujud dan tempatnya ialah Petra. Ada rencana yang diterbitkan tentang perkara ini. Salah seorang pemimpin CCG telah mendengar satu khotbah yang diberikan tentang Petra oleh seorang penginjil WCG pada 1988. Ia campuran ayat-ayat Alkitab yang digabungkan untuk menunjukkan bahawa perkataan “Selah” dalam Ibrani bermakna “Batu”, dan perkataan itu dipakaikan kepada Petra. Di mana saja ada rujukan kepada Selah ia bererti Petra. Selah digunakan dalam satu hubungan kepada Kadesh Barnea, yang sesuai sekali disalah tempat sejauh seratus lebih kilometer di seberang Laut Mati. Selah diheret daripada bahagian-bahagian dalam mazmur dan digunakan sebagai rujukan kepada Petra, tanpa menghiraukan konteks dan sama sekali terkeluar daripada konteks dan erti. Khotbah itu mengagumkan dari segi kejahilannya.

1984
Semua nubuatan Herbert Armstrong tidak pernah betul dan tiada seorangpun yang menghiraukannya kecuali mereka dalam WCG yang kehilangan pertimbangan.

Beberapa orang telah memperhatikan bahawa, pada lawatan terakhirnya ke Yerusalem, pada 1984, Herbert Armstrong mula sedar dia dianggap tidak relevan, atau lebih teruk lagi. Para pemimpin Israel tidak memandang berat terhadapnya. Menjelang waktu ini dia sudah tidak mampu bekerja sekurang-kurangnya. Ada dilaporkan bahawa dia mengherdik di hadapan sekumpulan diplomat dan berkata-kata, bahawa bencana dan kemusnahan akan menyusulinya. Dia meninggal pada Januari 1986. Tarikh 16 Januari kemudian menjadi satu tarikh pada tahun-tahun berikutnya untuk nabi-nabi palsu kemudian dalam cabang-cabangnya, contohnya Philadelphia Church of God, terus membuat nubuatan palsu.

Sumpahannya ke atas Israel nampaknya tidak berkesan. Perang dengan Lubnan (Lebanon) berakhir hampir serta-merta sesudah itu. Dekad yang menyusuli menyaksikan kemakmuran, kestabilan ekonomi dan keamanan yang lebih baik untuk Israel dan Yerusalem, dengan inflasi kini di bawah kawalan. Pemberontakan Palestin 1987 tidak mampu menggugat kuasaan Israel.

Mungkin kehilangan Yerusalem oleh Jordan dan kerajaan, kepada Israel, menyinggung Armstrong. Ini menghalangnya membuat penyiaran dari sana. Mungkin boleh dikatakan Tuhan menghentikannya daripada menyebarkan nubuatan palsunya dari Yerusalem.

Sekurang-kurangnya, kita harus mengandaikan Tuhan tidak menghiraukannya kerana Dia tidak campur tangan dan Herbert Armstrong tidak pernah melaksanakan fungsi itu. Oleh itu, dia tidak mungkin menjadi seorang saksi, atau seorang nabi sekalipun daripada semua di atas.

Pada 1984 kumpulan JW masih berspekulasi tentang bagaimana mereka yang hidup dari era 1914 dapat bertahan hingga akhirnya. Walaupun sesudah semua nubuatan palsu dan kesilapan itu mereka masih menetapkan tarikh-tarikh yang nyatanya tidak akan dituruti Kristus.

“Sesetengah orang daripada “generasi (1914)” itu boleh hidup sehingga akhir abad. Tetapi terdapat banyak petunjuk bahawa “akhir zaman” lebih dekat daripada itu!” (The Watchtower, Mac 1, 1984 ms 18-19)

Pada 1984 mereka terpaksa menulis semula pemahaman biasa istilah “generasi”. Ia biasanya diertikan sebagai satu tempoh empat puluh tahun dan tempoh itu biasanya juga dipakaikan kepada satu tempoh pertaubatan. Mereka terpaksa meluaskannya untuk bererti mereka yang betul-betul lahir pada waktu itu dan masih hidup pada waktu sekarang. Namun begitu mereka semakin kesuntukan masa dan orang yang masih hidup. Mereka berkata:
“Semua definisi ini merangkumi mereka yang lahir sekitar waktu suatu peristiwa bersejarah dan semua yang hidup pada waktu itu. Jika Yesus menggunakan ‘angkatan’ dalam ertikata itu dan kita menerapkannya kepada 1914, maka semua bayi generasi itu kini berumur 70 tahun atau lebih. Mereka yang sudah hidup pada 1914 kini berumur 80an atau 90an, dan beberapa telahpun mencapai seratus. Masih ada jutaan orang generasi itu yang hidup. Sesetengah mereka ‘tidak akan berlalu sehingga semuanya terjadi.” (Watchtower, 15 Mei 1984, ms 5)

Hakikatnya adalah, tidak kira betapa salah, mereka tidak akan melepaskan teori yang salah. Mereka tidak mengerti rangka waktu alkitabiah dan tidak tahu bagaimana untuk membetulkan apa yang sudah mereka katakan. Sekiranya mereka memelihara Hukum-hukum Tuhan dan mentaatiNya mereka semua boleh belajar, dan membetulkan pandangan-pandangan mereka, hanya dengan mengikut apa yang telah dilakukan dan dikatakan CCG. Mereka semua harus bermula dengan Hukum-hukum Tuhan dan memelihara Sabat-sabat Tuhan dahulu, dan sesudah itu pengertian akan diberikan kepada mereka sementara mereka taat. Herbert Armstrong telah merosakkan Kalendar Tuhan dalam Jemaat Tuhan, antara dosa-dosa lain, dan sebab itu pengetahuan tidak diberikan kepada dia dan para pendetanya.

1986
Pada 1986 kumpulan JW masih cuba membela 1914 sebagai tarikh penting dalam nubuatan, yang sebenarnya tidak. Mereka berkata:
“Seawal tahun 1876, Jehovah’s Witnesses menyedari bahawa nubuatan Alkitab menandakan tahun 1914 C.E. sebagai waktu berlakunya peristiwa-peristiwa utama yang akan mempunyai kesan-kesan jangka panjang ke atas hal-ehwal manusia. Mereka memberi sebab kepada fakta ini publisiti luas. (True Peace And Security, 1986, ms 70).

Pada mukasurat sama mereka berkata:
“Maklumat bernubuatan dalam Alkitab tentang zaman kita memperincikan yang berikut:… (4) Keterusan hidup sekurang-kurangnya beberapa daripada generasi yang menyaksikan permulaan “kesudahan sistem.” (True Peace And Security, 1986 ms 70).

Penjelasan ini bertentangan langsung dengan nubuatan Alkitab tentang hal-hal ini, sebab mereka tidak memahami Kebangkitan Orang Mati (No. 143). Tuhan berfirman, melalui nabi Yesaya, bahawa orang benar dibawa pergi untuk melindungi mereka daripada semua ini (Yesaya 57:1-2).

1988
Pengangkatan Ghaib (Keghaiban) diramalkan akan berlaku pada 3 Oktober 1988 oleh Edgar E. Whisenant. Tiada perkara begitu berlaku, seperti kita semua tahu. Sesungguhnya ia tidak mungkin berlaku. Ia bertentangan nubuatan Alkitab seperti yang kami jelaskan dalam Milenium dan Keghaiban (No. 95). Dia kemudiannya menjelaskan bahawa perkiraannya tidak betul.

Pada 1989 kumpulan JW masih bekerja keras membuat kesilapan.

“Rasul Paulus mempelopori aktiviti misionaris Kristian. Dia juga menyediakan dasar untuk pekerjaan yang akan diselesaikan dalam abad ke 20 kita.” (Watchtower, Jan. 1, 1989, ms 12 [jilid yang dibukukan mengubah “abad ke 20” kepada “zaman”])

Dalam tahun ini mereka mula merasionalkan bagaimana kumpulan JW awal (Pelajar-pelajar Alkitab) sebenarnya sebahagian daripada sebuah kultus keperibadian yang berasaskan pengagungan Russell dan Judge (Hakim). Justeru itu, jabatan pemimpin menjauhkan diri mereka daripada nubuatan palsu dan nabi-nabi palsu walaupun mereka sendiri telah dan masih melakukan perkara sama. Mereka berkata:
“Pada awal abad ke 20 sebelum 1919, Pelajar-pelajar Alkitab, sebagaimana Jehovah’s Witnesses dulunya dikenali, terpaksa dibebaskan daripada sejenis tawanan rohani kepada idea dan amalan agama palsu. Walaupun mereka sudah menolak ajaran palsu seperti Tritunggal (Trinitas) dan jiwa abadi, mereka masih dinodai amalan-amalan Babel. Ramai membentuk sikap benar diri dalam pembentukan perwatakan. Ada yang mengagungkan ciptaan, membabitkan diri dalam kultus keperibadian yang menumpu pada Charles T. Russell, presiden pertama Watch Tower Bible and Tract Society. Tanpa sebarang asas Alkitabiah, mereka merayakan hari lahir dan Krismas. Salib masih penting dalam pemikiran mereka. Malah ada yang memakai lambang lapel berupa salib-dan-mahkota, sementara orang lain pula mengingini kehormatan yang diberikan umat Kristian” (The Watchtower, Mei 1, 1989, ms 3)

Perhatikan mereka masih mengekalkan doktrin-doktrin “Jemaat Tuhan” mereka, sebagai Unitarian, dan menolak doktrin jiwa, hari lahir, Krismas dsb. Namun dasar penolakan mereka terhadap amalan-amalan ini berpunca daripada Hukum-hukum Tuhan, yang didakwa mereka pada masa itu telah dilenyapkan untuk menolak Sabat dan Kalendar. Teologi mereka tidak dapat dipertahankan dari segi logik. Ia berasaskan kesilapan-kesilapan seorang yang terbukti nabi palsu yang kini mereka akui sebahagian daripada kultus keperibadian. Jadi kenapa mereka tidak bertaubat dan memulihkan Hukum-hukum Tuhan? Ini terlalu sukar dan mereka tidak memahaminya.

Pada 1989 mereka juga terpaksa menjelaskan hakikat bahawa mereka telah berkembang dan kini lebih banyak lagi yang dipertaruhkan. Mereka cukup puas hati dengan keadaan mereka.

“Pada 1904 dahulu, buku The New Creation menarik perhatian kepada organisasi baru ini yang mula wujud pada abad pertama C.E. (Studies In The Scriptures, Series VI, Study V, bertajuk “Organisasi Ciptaan Baru”). Oleh sebab pandangannya tentang apa kesan tamatnya Zaman Bangsa-bangsa, buku ini tidak membayangkan usaha organisasi hebat yang kemudiannya berlaku selepas perang dunia pertama yang melumpuhkan dalam sejarah manusia.” (The Watchtower; Sept. 1, 1989; ms 12-13)

Malah mereka menterbalikkan beberapa ramalan dan pewaktuan mereka yang lebih awal. Mereka mengecapkan jemaat Roman Katolik kerana melakukan sesuatu yang mereka sendiri telah lakukan. Pada 1989 mereka berkata:
“Sesetengah orang Roman Katolik telah mendakwa bahawa Pemerintahan Seribu Tahun Yesus Kristus berakhir pada 1799 apabila tentera Perancis menakluk Rom dan menggulingkan paus selaku pemerintahnya, hingga dia dibawa sebagai tawanan ke Perancis, di mana dia meninggal.” (Watchtower, Sept. 1, 1989, ms 12) Dalam karya Creation 1927 mereka membuat hujah yang sama pada mukasurat 293 & 294.)

Mereka meneruskan untuk membela hakikat bahawa mereka terus hidup selepas 1918, dan itu mungkin telah menghalang mereka daripada betul-betul memahami Kebangkitan Orang Mati.

1989
Pemeliharaan sisa ciptaan baru rohaniah hingga akhir Perang Dunia 1 pada 1918 dan pemeliharaan mereka hingga terus hidup pada tahun selepas perang 1919 datang sebagai kejutan menakjubkan. (The Watchtower, Sep. 1, 1989, ms 13).

Mereka menjauhkan diri mereka lebih lanjut daripada nubuatan palsu namun merujuk semula kepada apa yang dikenali sebagai “kelas hamba” yang para pemimpin mereka kata mereka ikuti mengikut jejak rasul-rasul. Jika mereka mengikut jejak para rasul mereka tentunya akan berbuat seperti mereka dan memelihara semua Sabat, Bulan Baru, dan Hari Raya Tuhan. Mereka mengatakan bahawa mereka mempunyai:
“sebuah Badan Pentadbir moden yang dianggotai lelaki Kristian lebih berumur dari pelbagai tempat di bumi yang memberi bimbingan kepada aktiviti-aktiviti umat Tuhan di seluruh dunia. Orang-orang ini, seperti para rasul dan orang tua-tua di Yerusalem pada abad pertama, ialah anggota-anggota diurapi kelas hamba yang bijaksana dan taat setia yang ditentukan oleh Yesus untuk menjaga segala kepentingan Kerajaannya di sini di bumi. Sejarah telah membuktikan bahawa mereka boleh dipercayai untuk mengikut pimpinan roh kudus dan bahawa mereka tidak bersandar pada kebijaksanaan manusia untuk mengajar umat Tuhan ajaran kedamaian sejati” (The Watchtower; Dis. 15, 1989, ms 6).

Dalam suasana waktu ini yang dipenuhi nubuatan bersifat tekaan, kumpulan Pentecostal tidak mahu ketinggalan, jadi mereka juga turut serta pada 1989, dalam bentuk Benny Hinn. Pada 31 Disember 1989, Benny Hinn, yang bercakap di Pusat Kristian Orlando, dilaporkan berkata seperti begini:
“Roh memberitahuku … Fidel Castro akan mati … dalam tahun 90an. Ada yang akan cuba membunuhnya dan tidak berjaya. Namun akan berlaku perubahan dalam kesihatan jasmaninya, dan dia tidak akan kekal berkuasa, dan Cuba akan sudah diziarahi Tuhan.”

Dia juga dikatakan meneruskannya dan berkata di pertemuan sama:
”Tuhan juga memberitahuku untuk memberitahumu pada pertengahan 90an, sekitar ’94-’95, tidak lebih lewat, Tuhan akan memusnahkan komuniti homoseksual Amerika. [Pada ketika ini hadirin bertepuk tangan] Tetapi Dia tidak akan membinasakannya – dengan apa yang dianggap ramai tentangNya, Dia akan membinasakannya dengan api. Dan ramai akan bertaubat dan diselamatkan, dan ramai akan memberontak dan dibinasakan.” – Benny Hinn Orlando Christian Center, 31 Dis. 1989)

1990
Pada 1990, Elizabeth Clare, Nabi perempuan Church Universal and Triumphant, menubuatkan bahawa perang nuklear akan terjadi dalam tahun itu. Ini satu lagi nubuatan palsu.

Pada tahun ini kumpulan JW masih cuba mententeramkan mereka yang marah dan anggota yang hampa.

“Umat Kristian dewasa juga boleh kecewa, dan ini dalam beberapa kasus telah membawa kepada bencana rohaniah. Ada yang menempatkan harapan mereka pada satu tarikh apabila mereka pasti Harmagedon akan datang. Apabila tiada yang berlaku pada hari itu, mereka berasa dikecewakan. (The Watchtower, 4/15/1990, ms 27)

1992
Meskipun dengan nubuatan palsu mereka, kumpulan JW masih belum belajar dan memberi kita satu lagi dos pada 1992.

“Hari ini, satu peratusan kecil manusia masih dapat ingat peristiwa-peristiwa dramatik tahun 1914. Adakah generasi berumur ini akan berlalu sebelum Tuhan menyelamatkan dunia daripada kemusnahan? Tidak, menurut nubuatan Alkitab. ‘Demikian juga, jika kamu melihat semuanya ini,’ Yesus MENJANJIKAN, ‘ketahuilah, bahwa waktunya sudah dekat, sudah di ambang pintu. Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya angkatan INI tidak akan berlalu, sebelum semuanya ini terjadi.’ – Matius 24:33, 34.” (Watchtower Mei 1, 1992 ms 3: The Year That Shocked The World)

Kita juga menyaksikan orang baru ditambah kepada barisan nabi-nabi ini pada 1992. Jemaat Church of the Living Stone Mission for the Coming Days, menubuatkan bahawa Yesus akan kembali pada Oktober 28 1992.

1993
Pada 1993 kumpulan Watchtower and Bible Tract Society mula mengubah sejarah nubuatan dan ramalannya. Kumpulan ini mengeluarkan satu karya yang kononnya mengandungi sejarah peristiwa dan tarikh penting untuk kumpulan itu dan gerakan agama. Ia bertajuk Jehovah’s Witnesses, Proclaimers of God’s Kingdom, dan diterbitkan pada 1993. Seperti yang ramai perhatikan, pada akhir buku ini terdapat satu bahagian kronologi bernama “Notable Dates” (Tarikh-tarikh Penting). Kebanyakan pemerhati terkejut bahawa ramalan-ramalan untuk 1925 dan 1975, yang seperti kita lihat daripada karya ini kelihatan tidak habis-habis dalam spekulasi mereka, tidakpun disenaraikan. Ada pemerhati telah mengatakan bahawa ia satu ubahan sejarah untuk mualaf baru yang mudah percaya.

Namun mereka ada menyebut 1914 dan 1925 dalam tulisan-tulisan mereka tahun itu. Ini kelihatan seperti pengunaan sejenis disonans kognitif.

“Selanjutnya, buku kecil Millions Now Living Will Never Die yang disebar luas mengemukakan pandangan bahawa pada 1925, segala tujuan Tuhan berhubung pemulihan bumi kepada Firdaus dan kebangkitan orang setia dahulukala akan mula digenapi. …Tahun 1925 tamat, namun akhir zaman belum tiba! Sejak 1870an, Pelajar-pelajar Alkitab telah melayani dengan satu tarikh dalam fikiran mereka – mula-mula 1914, kemudian 1925. Kini mereka sedar bahawa mereka harus melayani sepanjang yang diingini Yehovah.” (Watchtower, Nov. 1, 1993, ms 12).

1995
Pada 1995 JW memperkenalkan satu lagi versi istilah “angkatan ini” yang digunakan dalam Matius 24 oleh Kristus, daripada apa yang mereka gunakan sebelumnya dalam memakaikannya kepada generasi 1914. Mereka berkata istilah ini

“nampaknya merujuk kepada orang bumi (sekarang) yang melihat tanda kehadiran Kristus tetapi gagal membaiki hidup mereka.” (Watchtower November 1, 1995 ms 12).

Bagaimanapun mereka juga berkata pada Juni 1995:
Pelajar-pelajar Alkitab, dikenali sejak 1931 sebagai Saksi-saksi Yehovah, juga menjangka bahawa tahun 1925 akan menyaksikan penggenapan nubuatan-nubuatan Alkitab yang menakjubkan. … Lebih terkini lagi, ramai Saksi meneka bahawa peristiwa-peristiwa berkaitan permulaan Pemerintahan Milenium Kristus mungkin mula berlaku pada 1975. Pengharapan mereka adalah berdasarkan pemahaman bahawa milenium ketujuh sejarah manusia akan bermula waktu itu. (Awake, Jun 22, 1995 ms 9)

Perubahan yang dibayangi dalam teks rencana 1 November 1995 Watchtower dibayangi dalam penerbitan Awake pada 1995, “Kenapa Awake Diterbitkan”. Sebelum 8 November 1995 mereka berkata:
“Paling penting sekali, majalah ini membina keyakinan dalam janji Pencipta akan dunia baru yang selamat dan damai sebelum angkatan yang menyaksikan peristiwa-peristiwa 1914 itu berlalu.”

Selepas 8 November 1995 rujukan kepada “angkatan 1914” dihapuskan. Edisi itu menyatakan:
“Paling penting sekali, majalah ini membina keyakinan dalam janji Pencipta akan dunia selamat dan damai yang sudah hampir menggantikan sistem jahat dan tidak berundang-undang sekarang ini.”

Justeru itu, seperti karya Orwell Ministry of Truth, dalam 1984, dalam mana Winston bekerja tanpa henti untuk mengubah rekod-rekod masa lalu untuk sesuai dengan suasana politik sekarang, kita lihat nubuatan-nubuatan itu diolah dan ditulis semula, atau dipadamkan untuk menyembunyikan hakikat bahawa para pemimpin boleh berbuat silap dan lebih-lebih lagi, mengaku berbicara bagi pihak Tuhan sedangkan mereka tidak diberikan perintah begitu. Lebih penting lagi, mereka tidak henti-henti dalam kesalahan.

Perkara paling penting untuk diingati adalah sekiranya ada sesiapa yang mengaku berbicara untuk Tuhan dan tidak berbicara menurut Hukum dan Kesaksian, maka tiada terang dalam diri mereka (Yesaya 8:20).

Herbert Armstrong bukan saja bukan seorang nabi Tuhan, tetapi dia juga tidak pernah membuat nubuatan yang betul atau menjadi kenyataan. Justeru, dia gagal ujian pertama. Dia hanyalah seorang pendeta biasa Jemaat Tuhan (SD) yang menjadi pendeta bebas, dan bertugas dalam satu pelayanan bebas Jemaat-jemaat Tuhan. Dia diakui oleh kumpulan JW sebagai seorang pendeta sejati Tuhan.

Demikian juga kita boleh menolak Charles Taze Russell, dan Judge Rutherford, dan semua orang lain yang telah membuat nubuatan palsu dalam rekod ini. Mereka bukan nabi. Mereka hanya pegawai-pegawai sistem Adventist yang mengambil doktrin-doktrin itu dan menggunakannya untuk kepentingan mereka, seperti Herbert Armstrong.

Sejarah Para Pemimpin Watchtower and Bible Tract Society.

Charles Taze Russell, lahir Februari 16, 1852, di Pittsburgh, Pennsylvania. Dia asalnya dibesarkan sebagai seorang Presbyterian tetapi menjadi seorang Congregationalist. Pada umur 16 tahun pada 1868, dia mendapati dirinya kehilangan kepercayaannya. Dia telah mula meragui bukan saja syahadat dan doktrin jemaat, tetapi juga Tuhan dan Alkitab sendiri. Pada titik waktu yang genting ini satu pertemuan yang tidak disangka-sangka telah memulihkan imannya dan meletakkan dirinya di bawah pengaruh pendeta Second Adventist, Jonas Wendell.

Dia kemudiannya dipengaruhi pelbagai pendeta dan anggota awam Adventist. Orang paling terkemuka daripada semua ini ialah pendeta Advent Christian Church, George Stetson dan penerbit Bible Examiner’s, George Storrs. Dia kemudiannya bertemu di kawasan tempatan secara tetap dengan sebilangan kecil sahabat untuk membincangkan Alkitab, dan kumpulan belajar yang tidak rasmi ini kemudiannya menganggap dia sebagai pemimpin atau pastor mereka.

Russell kemudiannya berhubungan dengan satu sistem Adventist yang dia terdedah kepada pada Januari 1876 ketika berumur 23 tahun. Russell telah menerima satu salinan The Herald of the Morning, sebuah majalah Adventist yang diterbitkan oleh Nelson H. Barbour dari Rochester, New York.

Pembaca mungkin ingat daripada terbitan kami yang lain, bahawa umat Adventist telah melalui “Kekecewaan Besar” pada 1844 apabila kedatangan Mesias yang dikhabar-khabarkan tidak menjadi kenyataan. Advent meliputi tempoh yang bermula pada 1842 mengumumkan Advent dari Mac 1843 dan diatur semula kepada Mac 1844, dan berakhir pada Pendamaian pada Oktober 1844. Segala nubuatan itu gagal menghasilkan seorang Mesias. Umat Adventist memanggil ini “Kekecewaan Besar.” Ellen G. White telah berkembang daripada aspek ini, dan jenis nubuatan palsunya yang khusus bertujuan untuk membuktikan vegetarianisme. Milenium syurgawi bertujuan menyembunyikan nubuatan-nubuatan yang membuktikan suatu sistem duniawi dengan pemakanan daging ketika sistem milenium itu. Kami telah menunjukkan semua kesilapan dan nubuatan palsu ini dalam karya Penghakiman Pra-Advent (No. 176) dan Milenium dan Keghaiban (No. 95).

Jemaat Tuhan (Hari Ketujuh) telah dibentuk daripada sekumpulan Jemaat-jemaat Tuhan yang tidak terbabit dalam nubuatan palsu yang sama ini, dan telah berpisah daripada golongan Adventist yang mengikut segala kesalahan pasangan White dan nubuatan palsu Ellen G. White. Orang lain, di bawah tajuk luas “Adventisme” termasuklah Advent Christian Church, Life and Advent Union, Seventh-Day Adventist, dan berbagai kumpulan Second Adventist (Kedatangan Kedua).

Kumpulan Barbour timbul daripada umat Adventist yang mengalami “Kekecewaan Besar”. Mereka dapat memintasi kegagalan ini dengan mengunjurkan kedatangan yang tidak kelihatan, dan menjelang 1870an mereka telahpun mempunyai organisasi bebas hingga dapat menerbitkan dakwaan-dakwaan ini. Kumpulan Barbour pada waktu itu mendakwa bahawa Kristus telah kembali pada 1874 tanpa kelihatan.

Barbour telah mendapatkan dasar untuk mentafsirkan semula Kedatangan Kedua sebagai peristiwa tidak kelihatan dengan cara ini. Dalam terjemahan Perjanjian Baru Emphatic Diaglott oleh Benjamin Wilson, perkataan yang diterjemah sebagai coming (kedatangan) dalam Versi King James bagi Matius 24:27, 37, 39, diterjemah sebagai presence (kehadiran). Terjemahan ini menjadi dasar untuk kumpulan Barbour menyokong kehadiran tidak kelihatan Kristus berdasarkan perhitungan masa mereka untuk peristiwa itu.

Pada Januari 1876 Russell melihat konsep ini dalam Herald dan menarik perhatiannya. Dia menyedari potensi kumpulan serpihan Adventist ini. Dengan cara ini, kegagalan Kristus untuk muncul pada 1844 sebagaimana ramalan para pemimpin Adventist, telah diatasi. Ia satu kesilapan untuk menyatakan bahawa kumpulan ini hanya berkata bahawa Kristus memang datang pada 1844, tetapi tidak kelihatan. Mereka mungkin telah melakukannya lebih awal, tetapi tiada catatan yang diterbitkan tentang tuntutan itu. Bagaimanapun, tarikh yang diterbitkan telah disusun sekitar 1874, kira-kira tiga puluh tahun kemudian dan mungkin selepas penerbitan Diaglott Wilson.

Russell agak kaya dan sebab itu dia menanggung perjalanan Barbour ke Philadelphia dan bertemu dengannya untuk membincangkan kepercayaan bersama mereka dan kewangan. Daripada rundingan-rundingan ini, Russell menjadi penyokong kewangan majalah itu. Dia dijadikan seorang Pembantu Penyunting. Dia dikatakan menyumbang banyak rencana untuk penerbitan serta pemberian wang. Dengan cara yang sama, pertemuan kumpulan belajar kecil dengan Russell kemudiannya bergabung dengan kumpulan Barbour, dan sistem dibentuk untuk memanfaatkan pendekatan baru ini.

Sebagai hasilnya, keengganan orang awam untuk menerima pandangan semak semula ini telah diatasi cukup untuk menarik sokongan.

Pada mulanya, Russell dan Barbour membentuk kepercayaan itu dan mengajar bahawa kedatangan tidak kelihatan Kristus pada 1874 akan diikuti oleh pengangkatan ghaib tubuh orang percaya ke syurga, yang dipanggil “Rapture” (Kegembiraan Luar Biasa), pada 1878.

“Rapture” ialah satu ajaran palsu yang tidak berasal dalam kumpulan Adventist, tetapi nampaknya telah digunakan oleh Russell dan Barbour untuk tujuan mereka sendiri.

Justeru mereka telah dijangkiti satu ajaran palsu, yang mungkin telah menjadi pendahulu kepada ajaran-ajaran palsu yang diterima oleh pasangan White berhubung Milenium berada di syurga.

Saksi-saksi Yehovah tidak mempercayai “Rapture” dalam doktrin zaman moden, tetapi bahawa hanya 144,000 akan pergi ke syurga.

Awal dalam Adventisme Abad Kesembilan belas, golongan Adventist merupakan campuran Unitarian dan Trinitarian serta terbahagi kepada pemelihara Sabat dan penganut hari Minggu. Aspek ini juga dibincangkan dalam karya Peranan Hukum Keempat di dalam Jemaat-jemaat Tuhan Pemelihara Sabat dalam Sejarah (No. 170). Keadaan ini serupa seperti pada permulaan Reformasi apabila golongan pemelihara Sabat bergelar Waldensian (Waldenses) gagal menangani mereka yang tidak meninggalkan kesilapan Trinitarian.

Golongan Waldenses dikatakan namun tidak betul, dipercayai dinamakan sempena Peter Waldo iaitu salah seorang penatua zaman pertengahan mereka. Perkara sebenarnya terbalik. Dia dinamakan Valdez atau Waldo, sempena Vallense, iaitu lembah di mana mereka berpengaruh.

Orang yang menyertai gerakan Advent bukan saja datang daripada Jemaat-jemaat Tuhan, tetapi juga berasal daripada Protestantisme.

Sesudah kegagalan Rapture 1878, Barbour, penyunting Herald, mengubahnya dan doktrin lain. Russell dan beberapa anggota lain telah menolak sesetengah idea baru itu. Russell meninggalkan majalah Adventist itu dan memulakan Zion’s Watch Tower and Herald of Christ’s Presence. Ia menerbitkan keluaran pertamanya bertarikh Julai, 1879. Dia juga berkahwin dengan Maria Frances Ackley dalam tahun sama. Dengan menggunakan senarai surat-menyurat Herald, Russell memulakan perang langganan.

Charles Russell terus memandang Miller dan Barbour sebagai alat-alat yang dipilih Tuhan untuk memimpin umatNya pada masa lalu. Russell tidak berputus dengan Adventisme, tetapi dengan doktrin-doktrin N.H. Barbour dan Herald.

Zion’s Watchtower mencapai kemajuan dengan menarik mazhab-mazhab Protestan, dan Russell lazim berbicara dalam jemaat-jemaat ini serta kepada para pengikutnya sendiri dalam kira-kira 30 kumpulan belajar dari Ohio ke New England.

Pada mulanya, Russell mengikut proses tidak berkonfrontasi dengan tidak mengecam Trinitarianisme sebagai bidaah. Malah umat Trinitarian wujud bersama dalam persekutuannya dengan Barbour dan pembantu penyunting yang seorang lagi di Herald, John H. Paton, yang dikatakan Trinitarian, atau sekurang-kurangnya pesimpati Trinitarian. Pada 1882 Paton berputus dengan Russell atas isu ini dan majalah ini terang-terangan menjadi Unitarian dan anti-Trinitarian.

Para pengikut Russell kemudian menganggapnya sebagai “hamba setia dan bijaksana” Matius 24:45 dan “Utusan Laodikia”, jurucakap ketujuh dan terakhir Tuhan kepada jemaat Kristian.

Dia sempat hidup untuk menyaksikan kegagalan nubuatan-nubuatan palsunya. Dia meninggal pada 31 Oktober 1916, lebih dua tahun daripada waktu untuk sistem dunia semasa sepatutnya berakhir, menurut perhitungannya, pada awal Oktober 1914. Hari ini ialah Halloween dan pesta ini menjadi tumpuan utama bagi sesetengah orang untuk mengingati kematiannya. Malah tugu piramid dekat kuburnya mengandungi salib Masuni (Masonic) dan bukan alkitabiah serta lambang mahkota yang disukainya. Prasasti pada kuburnya memperkenalkannya sebagai Utusan Laodikia. Justeru para pengikutnya sendiri melihat diri mereka sebagai jemaat Laodikia. Identifikasi ini juga telah dipakaikan kepada golongan Adventist dari mana dia datang.

Mereka timbul daripada era Sardis Jemaat-jemaat Tuhan. Era itu berakhir, seperti dinubuatkan dalam Wahyu 3:1, dengan penubuhan Living Church of God. Kedua-dua era ini merangkumi dasar dan struktur nabi-nabi palsu, dan nubuatan palsu Abad Kesembilan belas dan Kedua puluh dan mereka kekal sehingga hari ini.

Russell telah memerintahkan agar penggantinya bagi jawatan presiden akan berkongsi kuasa dengan jawatankuasa penyunting dan dengan lembaga pengarah Syarikat Watch Tower and Bible Tract Society, yang dilantik oleh Russell “seumur hidup”.

Bagaimanapun, naib presiden (iaitu Joseph Franklin “Judge” Rutherford) seorang pakar undang-undang terlatih tidak lama kemudian merampas semua kuasa organisasi untuk dirinya sendiri.

Joe (Judge) Rutherford lahir dalam keadaan hampir miskin di Missouri pada November 8, 1869. Rutherford mempelajari undang-undang di bawah sistem perantis dan lulus peperiksaan badan peguam pada 1892, dan kemudiannya bertugas sekali-sekala sebagai hakim, daripada mana dia mendapat nama panggilannya itu.

Dia merupakan penasihat undang-undang utama kepada Russell. Dia mungkin sekali telah mendalangi segalanya kerana dia menggunakan satu jalan keluar dalam pelantikan mereka untuk menjatuhkan kebanyakan pengarah Watch Tower tanpa membuat undian keanggotaan. Malah dia dikatakan telah meminta seorang bawahannya untuk memanggil polis ke dalam bangunan ibu pejabat Brooklyn Persatuan itu untuk menyuraikan mesyuarat lembaga mereka dan mengusir mereka daripada bangunan itu. (A.H. Macmillan, Faith on the March, ms 78-80).

Rutherford memperolehi struktur perbadanan mazhab itu. Dia kemudiannya menjamin kuasanya atas organisasi itu selebihnya dengan penggantian ansur-ansur semua penatua pilihan tempatan dengan orang-orangnya sendiri. Dengan cara ini jemaat-jemaat separa autonomi dan tersusun secara demokrasi itu telah dikekang menjadi satu struktur rapat di bawah kawalan peribadinya.

Tumpuan kuasa yang tidak patut ini menyaksikan pembentukan kumpulan-kumpulan serpihan Russell, seperti Chicago Bible Students, Dawn Bible Students, dan Laymen's Home Missionary Movement. Mereka masih wujud. Bagaimanapun, Rutherford terus menguasai kebanyakan Bible Students (Pelajar-pelajar Alkitab) dan dia menamakan semula mereka Jehovah’s Witnesses (Saksi-saksi Yehovah) pada 1931, untuk membezakan mereka daripada semua kumpulan lain itu.

Russell telah menumpu pada perkembangan perwatakan individu. Rutherford menarik jenis keperibadian berbeza dengan perubahan haluan kepada sejenis pekerjaan kesaksian umum yang penuh bersemangat dan mula menyebarkan bahan bacaan Persatuan ini dari rumah ke rumah.

Menjelang 1927 Rutherford menuntut kesaksian pintu-ke-pintu dan penyebaran bahan terbitan oleh semua anggota. Rutherford menumpukan serangannya terhadap empat perkara: kerajaan, larangan, perniagaan besar dan Jemaat Roman Katolik. Pada waktu ini Rutherford menempa sebuah jaringan radio yang amat besar. Dia memanfaatkan sentimen populis dan anti-Katolik untuk menarik ribuan mualaf tambahan.

Kebanyakan permusuhan atau penganiayaan yang didakwa ditujukan kepada Saksi-saksi itu sepanjang waktu ini, dan sehingga Perang Dunia II, disebabkan oleh bidasan menuduh dan histeris yang dibuat Saksi-saksi ini terhadap orang lain daripada gramofon dan pembesar suara mudah alih, kedua-duanya dipegang dalam tangan dan di dalam kereta yang diletak di seberang jalan dari gereja-gereja dan di luar rumah-rumah. Dengan cara ini mereka mengundang keganasan orang ramai. Kelakuan mereka tidak akan ditoleransi hari ini.

Rutherford seorang nabi palsu seperti yang kita lihat di atas.Bagaimanapun, dia memang mengaku hakikat itu. Dia berkata seperti yang diterbitkan dalam Watchtower 1984:
“Saya memperbodohkan diri sendiri.” (The Watchtower, Oktober 1, 1984, ms 24).

Rutherford dilaporkan menyokong gerakan Nazi di Eropah walaupun orang Nazi kemudiannya membunuh ramai orang sebagai “Bibel Forschers” atau Penyelidik Alkitab.

Ada dilaporkan bahawa Rutherford berkata:
“Kerajaan Jerman sekarang telah menyatakan dengan tegas ia menentang penindas-penindas Perniagaan Besar dan membantah pengaruh agama yang tidak patut dalam hal-ehwal politik negara. Itulah pandangan kami: Daripada menentang prinsip-prinsip yang dianjurkan oleh kerajaan Jerman, kami menyokong kuat prinsip-prinsip demikian dan ingin menyatakan bahawa Tuhan Yehovah melalui Kristus Yesus akan merealisasikan prinsip-prinsip ini sepenuhnya.” Joseph Franklin Rutherford (Watchtower and Bible Tract Society)

Kebanyakan ini adalah seperti pemupukan awal orang Nazi oleh semua kumpulan. Kebanyakannya mempunyai salah tanggapan bahawa ia bukan giliran mereka kemudian.

Naib Presiden Nathan Homer Knorr mewarisi jawatan presiden selepas kematian Rutherford pada 1942. Knorr menyerahkan kebanyakan hal kedoktrinan kepada Frederick W. Franz, yang menyertai mazhab itu di bawah Russell, dan telah bertugas di ibu pejabat Brooklyn sejak 1920.

Knorr kekurangan karisma dan daya tarik peribadi yang dimiliki Russell dan Rutherford. Sebaliknya dia menumpukan perhatian pada perkembangan organisasi. Knorr menumpukan ketaatan semua pengikut pada organisasi “Ibu” dan bukan dirinya sendiri.

Di bawah Knorr, untuk pertama kalinya, Persatuan Watchtower mula mengeluarkan bahan bacaan yang ditulis tanpa nama penulisnya. Organisasi ini sendiri dilambangkan dengan cara ini. Para pembaca diminta untuk

“menunjukkan rasa hormat kita untuk organisasi Yehovah, kerana dia ibu kita dan isteri dikasihi Bapa syurgawi kita, Tuhan Yehovah.” (The Watchtower, Mei 1, 1957, ms 285).

Ini sistem sama yang dipakai WCG untuk menumpukan kesetiaan pada Jemaat selepas kematian Armstrong, sebab dia telah menjadi orang yang disayangi di situ, dan seorang pujaan dengan sendirinya.

Knorr dikatakan mengubah tumpuan mazhab ini daripada kepimpinan dinamik kepada keanggotaan dinamik. Dia memulakan program-program latihan untuk mengubah anggota menjadi perekrut berkesan. Saksi Yehovah biasa mula menerima pengajaran tentang bagaimana untuk bercakap secara meyakinkan. Lelaki, perempuan, dan anak-anak diajar untuk memberi khotbah pendek di pintu-pintu rumah tentang berbagai perkara.

Sebagai ahli teologinya, Fred Franz bekerja di sebalik tabir untuk memulihkan kepercayaan dalam perhitungan kronologi mazhab itu. Seperti yang kita saksikan, warisan kegagalan nubuatan dari 1925 merupakan satu malapetaka, namun para pemimpin tidak dapat mengakui kesilapan sehingga beberapa dekad kemudian. Mereka masih membuat kesilapan selepas 1975 dan tidak mengakui kesilapan Rutherford dalam kata-katanya sendiri hingga kira-kira empat puluh dua tahun telah berlalu.

Kronologi yang disemak semula itu menentukan kepulangan tidak kelihatan Kristus sebagai telah berlaku pada 1914 dan bukan 1874. Ketika 1960an, seperti yang kita lihat dalam karya ini, semua terbitan Persatuan ini mula menunjuk kepada tahun 1975 sebagai waktu mungkin untuk Harmagedon dan akhirat dunia.

Propaganda umum di kalangan Saksi-saksi Yehovah hari ini adalah bahawa Persatuan ini tidak pernah meramalkan “akhirat” untuk 1975, tetapi beberapa anggota yang terlalu bersemangat telah salah mengertikan ini dalam pengajaran itu. Bagaimanapun, ramalan rasminya jelas dicatatkan seperti yang kita sudah lihat. Rencana lain, contohnya, “Kenapa Anda Tertunggu-tunggu 1975?” dalam The Watchtower Ogos 15, 1968, ms 494-501.

Perbincangan panjang lebar itu berakhir:
“Haruskah kita andaikan daripada kajian ini bahawa pertempuran Harmagedon akan berakhir semuanya menjelang musim luruh 1975, dan pemerintahan seribu tahun Kristus yang lama ditunggu-tunggu akan bermula waktu itu? Mungkin, tetapi kita menunggu untuk melihat berapa dekat tempoh ketujuh ribu tahun kewujudan manusia bertepatan dengan pemerintahan seribu tahun Kristus yang berupa sabat itu…. Ia mungkin hanya membabitkan perbezaan minggu atau bulan, bukan tahun.” (ms 499) (Untuk petikan 1975 lain, lihat juga David A. Reed, Index of Watchtower Errors, Baker Book House, 1990 ms 106-110).

Program-program latihan yang dimulakan oleh Knorr untuk menarik anggota baru, bergabung dengan unjuran malapetaka Franz untuk 1975, bergabung untuk menghasilkan pertumbuhan pesat dalam keanggotaan.

Herbert Armstrong memulakan teknik sama sepanjang tempoh ini dari 1932 berhubungan penyiaran radio. Ini sehaluan dengan inisiatif Rutherford. Mereka kurang berjaya daripada kumpulan JW di bawah Knorr kerana Knorr membina individu-individu sebagai mesin perekrut dari pintu ke pintu, menggunakan sistem yang Rutherford dirikan. Armstrong tidak mempercayai atau membina anggotanya sebaik itu, dan mereka dibatas kerana larangan-larangan Sabat itu sendiri. Terus-terang, lebih mudah untuk mengabaikan Sabat dan Hari-hari Raya daripada memeliharanya, dan pertunjukan pemergian dari pintu ke pintu mempunyai tarikan lebih besar kepada sesetengah orang yang lebih bersifat benar diri.

Kadar pertumbuhan tahunan dilaporkan memuncak pada 13.5 peratus pada 1974. Kehadiran di Dewan-dewan Kerajaan JW (Kingdom Halls) bertambah daripada sekitar 100,000 pada 1941 kepada hampir-hampir 5 juta pada 1975. Pertumbuhannya dalam kebanyakan tahun lebih perlahan, tetapi dengan cukup tetap. Terdapat hampir 11.5 juta pada 1992 untuk acara “Peringatan” tahunan Saksi-saksi ini yang memperingati kematian Kristus dengan roti tidak beragi dan wain merah. Bilangan mereka kini dilaporkan berada sekitar 13.5 juta.

Kadar pertumbuhan ini serupa kepada Seventh Day Adventist (Adventist Hari Ketujuh) yang mempunyai jumlah keanggotaan yang lebih kurang sama, walaupun kadar pertumbuhan tahunan berbeza.

Ketika 1970an pimpinan satu orang dari ibu pejabat Watchtower telah dicabar. Dalam usaha untuk meniru Kekristianan zaman rasul asli pada 1971, sebuah Badan Pentadbir yang diperluaskan telah dicipta dengan jumlah sebelas anggota, termasuk tujuh Pengarah asal yang dilihat menyederhanakan pimpinan presiden tunggal yang sebenarnya wujud dan didaftar di bawah undang-undang Pennsylvania. Ini dianggap bukti bahawa mereka ialah Jemaat Sebenar yang asli.

Sebenarnya, Nathan Knorr terus memimpin Saksi-saksi Yehovah sama seperti Russell dan Rutherford sebelumnya. Pada 1975, anggota-anggota Badan Pentadbir mula menuntut untuk mengerjakan kuasa yang diberikan kepada mereka pada teorinya tetapi tidak diberikan pada praktiknya.

Franz telah tercemar namanya kerana kegagalan 1975nya dalam nubuatan sama seperti Armstrong sebelumnya dalam WCG. Walaupun dia membantah, badan yang dibuat dengan bantuannya mula mentadbir dan, selepas kematian Knorr pada 1977, Franz tidak menikmati kuasa yang sama seperti semua pendahulunya.

Ada dilaporkan bahawa di ibu pejabat Brooklyn sekalipun, kumpulan-kumpulan belajar Alkitab persendirian telah mula mempersoalkan kronologi berasaskan 1914 itu yang menghasilkan tarikh akhir 1975.

Teologi itu juga memandang bulu. Golongan lama telah mengajar bahawa “panggilan syurgawi” umat percaya berakhir pada 1935. Mualaf baru selepas tarikh itu terpaksa menerima firdaus duniawi sebagai ganjaran kekal mereka. Pandangan ini juga dipersoalkan, dan memang betul, sebab ia sama sekali tidak berlandaskan alkitab.

1975 menyaksikan pengurangan besar bilangan dan kehilangan anggota yang diselindungkan oleh “statistik” daripada Ibu Pejabat. Kehilangan ini dilaporkan dalam satu rencana penyiasatan dalam Los Angeles Times Januari 30, 1982 (ms 4-5). Artikel ini membuatkan presiden, Franz, dan majoriti yang konservatif dalam Badan Pentadbir, untuk bertindak keras atas golongan penentang pada musim bunga 1980. Mereka membentuk jawatankuasa kehakiman dan membubarkan kumpulan-kumpulan Belajar Alkitab yang bebas. Mereka kemudiannya membicarakan ketua-ketua mereka kerana “tidak setia” dan “murtad”.

Penyingkiran ini berkesudahan dengan peletakan jawatan secara paksa dan pembuangan keanggotaan anak saudara presiden, seta anggota Badan Pentadbir, Raymond V. Franz. Majalah Time mengkhaskan artikel mukasurat penuh kepada peristiwa ini (Feb. 22, 1982, ms 66).

Di bawah mentaliti pengepungan histeris, mereka yang pergi dengan senyap dan dengan rela atas sebab-sebab peribadi sekalipun telah dikecam sebagai tidak setia. Perintah dikeluarkan agar mereka dijauhi.

Frederick W. Franz merupakan ahli teologi utama mazhab itu sejak Knorr menjadi presiden pada 1942 hingga kematiannya pada Disember 22, 1992. Dia bertugas selama lima puluh tahun dan hidup lebih lama daripada nubuatan-nubuatannya yang gagal sebanyak lebih lima belas tahun.

Herbert Armstrong melakukan perkara sama, hanya dia hidup lebih lama. Armstrong mengekalkan pimpinan ketakutan melebihi kritikan. Dengan cara yang sama, Franz mengenakan Pasitan kecil ke atas keanggotaan JW.

Sementara WCG hanya berpura-pura bahawa mereka tidak pernah mengatakan apa yang mereka katakan, kedua-dua mereka dan Franz menindas golongan penentang. Franz berbuat begitu untuk mengekalkan rangka waktu kronologi dan kedokrinannya untuk sisa hayatnya. WCG tiada idea langsung tentang apa yang harus dilakukan untuk pengalihan teologi, sebab Armstrong sudah terlalu uzur untuk bertekun menjelang pertengahan 1980an dan meninggal pada Januari 1986. Penggantinya, Joseph W. Tkach, tidak cukup bijak untuk menyusun semula dan tidak tahu apa yang harus dibuat dari segi teologi. Dia hanya melakukan apa yang disuruh para penasihat rapatnya. Mereka datang dari luar dan menghancurkan organisasi itu. Dalam kedua-dua contoh, orang-orang ini mendapat balasan setimpal.

Milton G. Henschel telah dipilih sebagai presiden Watchtower kelima pada Disember 30, 1992. Dia dianggap sebagai peluang terakhir golongan lama konservatif untuk menentang perubahan radikal dalam kepimpinan dan doktrin mazhab itu.

Pada umur 72 Henschel menjadi anggota kedua termuda Badan Pentadbir. Purata umur dan umur median pada waktu pelantikan Henschel dihitung pada kira-kira 82 tahun. Anggota-anggota berumur 80an diketahui tidur semasa mesyuarat dan mengundi untuk hal-hal berkenaan selepas dibangunkan. (Lihat keterangan saksi dalam tulisan Raymond Franz Crisis of Conscience, ms 40).

Justeru Badan ini dilihat kehilangan kebolehannya untuk memberikan kepimpinan tegas dan bertujuan. Oleh sebab doktrin-doktrin itu telahpun silap sejak semula dan pemimpin tidak mengerti struktur Alkitab, mereka bersandar pada nubuatan palsu. Semua pengganti Russell dan kemudian Rutherford terpaksa menulis semula teologi mereka. Doktrin-doktrin palsu mereka tentang penyembuhan sama-sama bahaya dan membawa maut seperti doktrin WCG dan semua pengikut yang kini berada dalam cabang-cabangnya yang mengikuti doktrin-doktrin itu. Sementara itu, kerana kesilapan, ramai lagi terus mati dan salah erti tujuan dan rencana Tuhan.

[Beberapa komen di atas tentang aktiviti dan kesilapan JW terkini disadur daripada buku-buku David A. Reed, Worse Than Waco: Jehovah's Witnesses Hide a Tragedy, hakcipta © 1993, (P.O. Box 819, Assonet, MA 02702); BLOOD ON THE ALTAR, Amherst, NY: Prometheus Publishers, 1996; dan Index of Watchtower Errors, Baker Book House, 1990]. Kelakuan dan skandal yang dilaporkan dan dikaitkan kepada Persatuan ini tidak dilaporkan di sini, sebab subjeknya ialah Nubuatan Palsu dan kesan organisasi ke atas nubuatan Alkitab.

Malah sesetengah Saksi mendakwa bahawa Loma Armstrong juga seorang Saksi, dan Herbert Armstrong telah diilhamkan dan menganggotai 144,000 itu. Dakwaan ini dikatakan telah disangkal, sekurang-kurangnya baru-baru ini.

Justeru tidak terlalu sukar untuk melihat jaringan nubuatan yang kusut yang berkembang daripada pendedahan orang oportunis (pengambil kesempatan) ini kepada Rahsia Tuhan dalam Jemaat-jemaat Tuhan. Toleransi Trinitarianisme dan Binitarianisme/Diteisme dalam Jemaat-jemaat Tuhan telah menyebabkan sesetengah umat Protestan mendakwa bahawa Unitarianisme mereka sama ada tidak wujud, atau berasal daripada pandangan mereka sendiri, yang dapat dibuktikan palsu. Adventisme sendiri kukuh sebagai Unitarian sepanjang Abad Kesembilan belas, dan kebanyakan Abad Kedua puluh. Oportunisme orang-orang ini membahayakan Jemaat Tuhan dan doktrin-doktrinnya berkenaan Sifat Tuhan.

Anggota organisasi yang menganggap mereka sebagai nabi-nabi Tuhan yang diilhami harus dipecat. Lebih penting lagi, ujian kedua juga digunakan untuk semua orang yang mengaku bercakap bagi pihak mereka, dan itulah ujian paling penting dan asas sekali: “Adakah mereka berbicara menurut Hukum dan Kesaksian?” Jawapannya haruslah “TIDAK!”

Mereka tidak memelihara Kalendar Alkitab dan Bait Suci Tuhan. Ramai yang disebut di sini tidakpun mentaati Hukum-hukum Tuhan. Mereka mengetuk pintu seseorang dan apabila terpaksa, mengaku bahawa Hukum-hukum Tuhan telah dilenyapkan. Mereka tidakpun mentaati Hukum Sepuluh yang asas, apa lagi Bulan Baru, dan Sabat, dan Hari Raya.

Kebanyakan nubuatan palsu merupakan selitan sengaja “semut putih” dalam sistem. Sesetengah orang yang ingin merosakkan atau memanfaatkannya akan memasuki cabang-cabang untuk menggunakan serta mengubah doktrin-doktrin.

Sehingga hari ini, CCG mendapati orang masuk yang mengaku ingin menjadi anggota Jemaat dan selepas itu menghabiskan waktu mereka mengumpulkan maklumat tentang dan mengecam umat kita, doktrin dan sejarah kita. Apabila mereka tidak menemui apa-apa untuk dikecam, mereka membuat-buatnya. Kadangkala ini bertujuan untuk menutup kelemahan atau aktiviti korup khusus mereka sendiri.

Sesetengah individu yang lebih tidak waras mendakwa berbagai macam perkara yang, apabila disiasat, terbukti kilasan khayalan sesat mereka sendiri. Setiap dakwaan disiasat satu persatu, sebagaimana yang dituntut Perlembagaan kita, tidak kira siapa yang ditentang. Peminum minuman keras yang sudah membuang tabiat, atau Wowsers, mendakwa ketagihan minuman keras, sedangkan definisi mereka bagi seorang yang ketagih adalah sesiapa yang minum. Paling baikpun, mereka nampaknya berfikir bahawa seorang penagih minuman keras ialah seorang yang minum lebih daripada mereka. Ada orang yang melihat teori konspirasi. Ada yang melihat Free Masonry (Masuni) di mana-manapun. Kadangkala golongan Masuni itulah yang cuba menganggu kita kerana banyak sebab termasuk pendapatan wang.  Malah ada orang yang mendakwa bekas Masuni, sedangkan mereka bukan, kerana apa-apa sebabpun. Kadangkala mereka yang tidak waras mendakwa masalah mental pada orang lain. Kadangkala orang yang mengecam kita ialah bekas Jemaat-jemaat Tuhan, atau Katolik, atau Baptist, atau Adventist, atau Pembebasan Haiwan atau sesiapapun. Sifat umum yang biasanya ada pada mereka adalah mereka nampaknya ingin mengecam seseorang, dan pada waktu itu sasarannya kebetulan Jemaat-jemaat Tuhan yang kita wakili. Seringkali mereka ingin meletakkan tafsiran mereka sendiri pada doktrin dan begitulah biasanya bagaimana nubuatan palsu mencerobohi Rahsia Tuhan.

Kebanyakan orang ini merupakan ahli perniagaan seperti Charles Taze Russell dan F. B. Rutherford, dan sedikit sebanyak Herbert Armstrong, yang melihat kesempatan untuk memeras orang awam mudah percaya yang tidak cukup taat untuk menuruti ajaran-ajaran Alkitab sepenuhnya dan dengan betul.

Untuk adil, penting untuk memperhatikan bahawa setiap kita bermula dalam dunia yang telah mengubah Alkitab dan apabila Alkitab dipelajari ia didapati jauh berbeza daripada apa yang diajar oleh agama-agama Kristian kononnya. Itulah kisah kebanyakan anggota Jemaat-jemaat Tuhan. Kita datang kepada kebenaran kerana keinginan untuk mengenali kebenara, dan di situlah guru-guru palsu ini paling bersalah. Mereka mengganggu kemampuan umat pilihan untuk mencapai kebenaran kerana kepentingan diri mereka sendiri.

Satu-satunya perkara yang kita boleh pastikan adalah, setiap orang yang dipanggil ke dalam tubuh Kristus ialah orang berdosa, dan memerlukan baptisan dan Roh Kudus. Semua kita telah berdosa. Sesetengah saudara telah melakukan jenayah dan ada antara mereka telah dibicarakan dan dikenakan hukuman.

Sudah tercatat dalam doktrin bahawa kita tidak boleh memuja manusia dan organisasi. Kejayaan Tubuh Kristus bergantung pada kesetiaan setiap orang di dalamnya kepada kebenaran dan Rahsia Tuhan.