Senin, 18 Juli 2011

Siapakah Lucifier itu?




Istilah Lucifer dikaitkan dengan Setan sebagai nama. Istilah ini telah diubah-ubah dan memberikan pengertian yang negatif. Demikina juga, istilah Bintang Fajar telah dikaitkan dengan Kristus dalam bentuk yang diubah-ubah. Apabila Alkitab merujuk Setan sebagai Bintang Pagi atau Bintang Fajar dan merujuk Kristus sebagai Pemegang terang, yang mana memberi pengertian Lucifer, orang mengaplikasikan nama-nama yang diubah-ubah ini dan membuat kesimpulan yang salah. Malah ada beberapa orang yang terkeliru dengan Kristus dan Setan.

Orang Yahudi tidak memahmi sepenuhnya apa yang berlaku dengan teks dalam Perjanjian Lama kerana mereka menolak Mesiah sebagai Bintang Fajar.

Soncino menterjemahkan Yesaya 14:12 sebagai:
"Wah, engkau sudah jatuh dari langit, hai Bintang Timur, putera Fajar,

engkau sudah dipecahkan dan jatuh ke bumi, hai yang mengalahkan bangsa-bangsa!

Soncino menterjemahkan petikan ini seperti di bawah.

12: bintang timur [atau Lucifer (pemegang terang). Bintang Timur (putera fajar) dibawah nama Istar disembah oleh orang Babilon, dan zaman kuasa dan kemuliaan Nebukanezar diwakili oleh perbandingan mereka dengan bintang yang bersinar.] Arbarbanel mengemukakan bahawa bintang ini, yakni Venus, adalah putera sorgawi Babilon.

membuang undi. Untuk menentukan hari di mana bangsa-bangsa tertentu akan menyumbangkan pelayanan (Rashi). Yang lain menterjemahkan, ‘kamu telah membunuh bangsa’ (Targum, Ibn Ezra, Kimchi).

LXX menterjemhakan teks:
Bagaimana Lucifer yang bangkit pada waktu pagi jatuh dari sorga.

Disini ianya dilambangkan oleh penggunaan istilah Lucifer dalam bahasa Inggeris dari aplikasi versi KJV. Istilah ho ‘Eosphoros ho proianatellon diterjemahkan sebagai Lucifer yang bangkit pada waktu pagi.

Ini menterjamhkan perkataan Ibrani yang bererti bagaimana (SHD 349) kamu jatuh (SHD 5307) dari langit (SHD 8064) o bintang yang bersinar (SHD 1966) putera fajar (SHD 1121 dan 7837) (lihat Green’s Interlinear). SHD 1966 (hyll) adalah perkataan heylel. Ia bererti  bintang fajar atau bintang timur dari erti kata keadaan terangnya dalam SHD 1984 halal bererti jelas dan oleh itu bersinar dengan jelas. Ia mempunyai aplikasi positif dan negatif iaitu ia boleh diertikan menyombongkan atau memuliakan, memberikan terang. Ia boleh diertikan kegilaan yang dibuat-buat dalam palikasi yang negatif. Dalam penggunaannya dalam pergertian yang positif dan diaplikasikan dalam bentuk seperti dalam SHS 1966 heylel, ia adalah bintang Fajar atau bintang timut.

Terminologi ini juga kembali kepada mitologi kuno dan mewakili satu fungsi pemerintahan. Bersama dengan orang Babilon, ianya dihubungkan dengan sistem Istar pada waktu petang sebagai bintang Petang yang mewakili kasih seksual dan bintang Fajar mewakili Istar sebagai dewi peperangan. Peperangan ini digambarkan di dalam sistem tritunggal yang digunakan oleh Babilon (lihat karya tulis Anak Lembu Emas).

Justru itu, teologi ini mewakili kosmologi langit dan berkenaan dengan pemerintahan.

Dalam Perjanjian Lama Yunani, istilah ini diterjemahkan sebagai bintang timur dalam bahasa Inggeris ianya adalah phosphoros (dalam 2 Pet 1:19) dalam pertalian dengan Kristus dalam KJV tetapi diterjemahkan sebagai bintang fajar dalam RSV. Kedua-dua versi menghindari erti kata yang sebenar iaitu pemegang terang sebagai phosphoros. Lucifer adalah terjemahan bahasa Latin untuk perkataan ini.

Pemegang terang dan Bintang Fajar atau Bintang Timur adalah satu kedudukan dan bukannya nama. Disitulah terdapat kunci kepada kekeliruan ini.

Dalam Wahyu 2:28 kedudukan ini diperluaskan kepada umat pilihan dalam bentuk astera ton proinon yang diterjemahkan sebagai bintang fajar. Bentuk ini sekali lagi didapati dalam Wahyu 22:16 sebagai aster ho [1]ampros ho proinos merujuk kepada Kristus tepat dan sebagai bintang (SGD 792 aster) fajar (SGD 4407 proinos).

Lampros (SHD 2986) bererti terang bersinar; iaitu: bintang fajar dan terang bersinar.

Nama-nama in mempunyai keasalan yang sama namun ianya merujuk kepada dua makluk yang berbeza. Justru itu, kita bercakap tentang satu kedudukan dan fungsi yang dipegang oleh Setan dan yang dipikul oleh Kristus pada waktu kedatangan.

Kedudukan atau fungsi ini boleh didemonstrasikan dengan lebih mendalam lagi oleh aplikasinya dalam Ibrani dari Ayub 38”4-7.

Perkataannya adalah SHD 1242 dan 3556. Perkataan-perkataan ini diterjemahkan sebagai bintang-bintang fajar. Terdapat sekurang-kurangnya dua daripada makluk ini atau lebih.

Justru itu, kita sedang menangani Kristus, Setan dan anggota semesta yang lain. Oleh ini, kedudukan atau fungsi dikongsikan oleh beberapa individu.

Perkataannya adalah SHD 3566 kokwb yang bererti bintang yang bulat atau bernyala dan dengan ini dilambangkan sebagai putera, dan juga SHD 1242 boquer yang bererti fajar atau masa hari.

Shd 3566 juga berasal dari erti kata 3522 rolling yang berasal dari nama akar bagi menumpukkan; atau 3554 kavah dalam erti kata bernyala atau membakar.

Makluk-makluk ini melakukan fungsi yang mana berasal secara linguistiknya dari erti kata  bernyala sebagai bintang pada waktu fajar atau bintang fajar yang merupakan bintang yang paling terang, yakni venus. Orangbabilon juga mengaplikasikan perkara ini kepada dewa mereka seperti yang kita lihat diatas. Perkataan dalam ayat 7 diterjemahkan dalam LXX seperti yang diertikan oleh Brehton sebagai: Abibila bintang-bintang dicipta, semua malaikat-malaikatku memuji aku denagn suara yang kuat.

Perkataan-perkataan ini berasal dari bahasa Ibrani (disini dalam bahasa Roma): Ote egenephesan astra, enesan me phone megale pantes aggeloi mou.

Istilah ini dalam Ibrani adalah bererti bintang fajar, ianya disusun dalam MT sebagai berikut:
apabila bernyanyi (SHD 7442) bersama (SHD 3162) bintang-bintang (SHD 3556) fajar (SHD 1242) dan berseru untuk kesenangan (SHD 7321) semua (SHD 3605) anak-anak Allah (SHD 1121 dan 430).

LXX menterjemahkan semua anak-anak Allah (kowl bene Elohim) sebagai semua malaikat-malaikat Allah. Perkataan kol atau kowl (bentuk jamaknya: kole) adalah berasal dari perkataan semua dan penggunaannya disini secara literalnya adalah bererti semua anak-anak Allah. Justru itu, disini menunjukkan terdapat ramai entiti yang difahami sebagi anak-anak Allah.

Terjemahan teks apabila bernyanyi bersama bintang-bintang fajar dalam LXX sebagai  apabila bintang-bintang dicipta telah difahami sebagai penciptaan bintang-bintang ini selepas penciptaan anak-anak Allah. Justru itu, kedudukan ini telah dicipta selepas entiti-entiti ini serta kedudukan ini telah dilambangkan oleh bintang-bintang ini sendiri yang mana membentuk sebahagian daripada wewenang mereka.

Ini juga adalah satu pengertian kepada pengalihan kuasa kedudukan bintang fajar dari Setan kepada Kristus dan kemudian distribusinya kepada jemaat-jemaat sebagai pemerintah-bersama atau pewaris-bersama.

Penjelasan yang cuba membuat Kristus dan Setan menjadi satu atau menyangkal bahawa kedua-duanya adalah bintang-bintang fajar mencemari pemahaman tentang pengalihan kuasa ini dan peranan umat pilihan pada waktu kedatangan.